Program Sarjana Muda Online INTI Meningkatkan Kebolehupayaan Digital

Mendepani era informasi teknologi yang semakin maju. INTI International University & Colleges (INTI) kini meneruskan usaha memperkasa sistem pembelajaran dengan program online sepenuhnya Sarjana Muda (Kepujian) Perniagaan (Bachelor of Business (Hons) - BBUS) Learning Simplified. Program terkini dalam mempertingkatkan lagi keupayaan dan kemahiran digital golongan bekerja yang merupakan sebahagian modul melalui IBM Innovation Centre for Education (ICE).

BBUS Online Learning Simplified,

Program online Bachelor of Business (Hons) Learning Simplified


Setelah 30 tahun, INTI merupakan jenama dihormati dan dipercayai dalam industri pendidikan tinggi swasta Malaysia. INTI adalah sebahagian rangkaian Laureate International Universities, memiliki lebih 70 universiti diiktiraf, lebih 200 kampus di 25 negara dan memenuhi keperluan lebih satu juta pelajar seluruh dunia. Satu penghormatan buat diri ini berpeluang bergiat dalam pemerkasaan sosial dan informasi bersama INTI.

Program Sarjana Muda BBUS INTI online merupakan platform pembelajaran paling fleksibel dengan yuran berpatutan. Ia membantu golongan bekerja yang berhasrat melanjutkan pelajaran demi kerjaya. Selain itu, meningkatkan kebolehupayaan dan kefahaman digital warga profesional yang merupakan 30% kemahiran paling penting penilaian prestasi kerjaya masa kini.

Program ini merangkumi empat modul IBM ICE di bawah bimbingan pakar-pakar IBM yang bertauliah. Ia termasuk Analitik Perniagaan untuk Bidang Fungsian, Pengenalan tentang Analitik Perniagaan, Kaedah Kuantitatif untuk Perniagaan, dan Analitik Sosial, Web dan Mudah Alih.

Bachelor of Business (Hons), BBUS, Learning Simplified,

Program BBUS - Learning Simplified Mendepani Era Digital


INTI telah lama memperkenalkan Learning Simplified sebagai platform pembelajaran fleksibel online. Melalui platform inovasi Black Board, program Sarjana Muda Perniagaan BBUS Learning Simplified ini dirangka khusus untuk memudahkan jadual harian para graduan Diploma yang bekerjaya.

Melalui BBUS, pelajar hanya perlu 1 jam sehari sebagai kelayakan. Peperiksaan hanya mewakili 30% daripada penilaian program dan secara online yang memberikan pelajar kebebasan memlih waktu dan tempat peperiksaan. Pelajar akan mendapat bimbingan peribadi dari mentor khusus secara langsung seperti pembelajaran bilik kuliah.

Menurut Timothy Bulow, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI, “Graduan diploma semakin memikul tanggungjawab besar tugasan. Kami dapat membantu dengan menyediakan kemahiran, maklumat dan kelayakan baharu. Namun, ramai tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan dan masa. Program BBUS INTI ini memberi kemudahan tanpa mengganggu keseimbangan kerjaya dan kehidupan.”

Bachelor of Business (Hons), BBUS INTI, Learning Simplified,

Yuran BBUS serendah RM372 sebulan, dengan kemudahan akses sumber pembelajaran 24 jam sehari, 7 hari seminggu. BBUS juga menyediakan pelbagai bantuan kewangan pembelajaran melalui pelan pembayaran ansuran bulanan tanpa faedah, pengeluaran simpanan KWSP atau Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Selaras hasrat menjana pembelajaran cemerlang, INTI berjaya mencatat tahap kebolehpekerjaan graduan mengagumkan 2015. Ia disahkan oleh BDO Governance Advisory dengan rekod kejayaan 98% graduan INTI mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan tamat pengajian, 82% menerima pendapatan lebih tinggi berbanding purata pasaran dan 25% mendapat tawaran kerjaya sebelum tamat pengajian.

Program pertama BBUS Online diperkenalkan adalah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Pemasaran – Learning Simplified. Kemasukan pelajar dibuka pada Ogos 2017 dan Oktober 2017.

Maklumat lanjut, sila layari www.newinti.edu.my/BBUS-LS.

19 comments:

  1. Menarik juga sistem pengajian sekarang. Dengan teknologi yang semakin membangun kini program B.A hons dapat diikuti secara online di INTI.

    ReplyDelete
  2. Program yang ditawarkan menarik. Malah kini lebih mudah untuk diambil, hanya melalui online sahaja.

    ReplyDelete
  3. Satu langkah kehadapan.Bila mana teknologi dimanfaatkan sebaiknya.Alhamdulillah..memudahkan dan meluaskan peluang.

    ReplyDelete
  4. Pembelanjaran secara online lebih mudah mesti ramai yg berminat nk sertai

    ReplyDelete
  5. Mudah dengan pembelajaran online dan memberi peluang kepada semua untuk sambung belajar

    ReplyDelete
  6. good info on education. with internet so easy to study online.

    ReplyDelete
  7. Baca entry ni rasa macam nak sumbung study Master lak ada tak online juga hehehehe sambil bekerja sambil study tak perlu hadir kelas.....

    ReplyDelete
  8. bagus info sini untuk yang nak sambung belajar.

    ReplyDelete
  9. Zaman teknologi it sekarang ini . Pembelajaran pun dah semakin canggih

    ReplyDelete
  10. Menarik! Makin maju dan seronok dah pembelajaran sekarang. Rasa nak sambung studi lagi tapi untuk Master pulalah. InsyaAllah... :D

    ReplyDelete
  11. Wow! Dengan pakej yuran sebegitu, insyaAllah ramai yang boleh melanjutkan pengajian. Tahniah INTI!

    ReplyDelete
  12. Menarik sangat ni.. Kalau bokeh g sambung study syok ni hahahaha

    ReplyDelete
  13. Ada plan nak sambung ke program sarjana.. Tapi result degree tak beberapa ok sangat.. Pengalaman kerja pun xbanyak sangat

    ReplyDelete
  14. murah sgt tu yurannya...kena grab

    ReplyDelete
  15. Ok sangat course yg ada ni. Byk peluang kerjaya menanti lps belajar

    ReplyDelete
  16. Boleh membuka lebih banyak peluang utk adik2 dan anak2

    ReplyDelete
  17. Menarik pengajian sekarang nih kan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.