Promosi Kuih Bulan @ Resorts World Genting

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan istimewa masyarakat Cina yang disambut pada akhir bulan Ogos hingga akhir September. Kuih Bulan menjadi hidangan istimewa yang turut digemari pelbagai bangsa di Malaysia juga antarabangsa. Tahun ini, Resorts World Genting menyediakan pilihan terbaru buat pengunjung dan penggemar Kuih Bulan.

Kuih Bulan, Genting Highlands, Moon Cakes, Chef Gan Chee Keong,

Mooncakes Galore @ Genting World Resorts


Sempena menyambut Perayaan Kuih Bulan, Resorts World Genting memperkenalkan perisa terbaru Kuih Bulan antaranya Snow skin blueberry paste, Green tea paste with black sesame jingsa, Sweet corn paste with single yolk, White pandan jade with buttermilk custard, Dragon fruit lotus paste with coconut jingsa, Pu er lotus paste with dry mandarin orange jingsa.

Selain itu turut disediakan citarasa Kuih Bulan tradisional kegemaran ramai iaitu Low Sugar white lotus paste, Lotus paste with single yolk, Lotus paste with double yolk, Red bean paste, Green tea lotus paste, Golden jade with single yolk, Durian lotus paste, pelbagai kacang ‘Ag Yan’, White lotus paste with black sesame yolk dan Single yolk with pu er lotus paste.

Gambar dibawah adalah hidangan Kuih Bulan terbaru dengan harga RM19.00 nett per no. 

Kuih Bulan, Moon Cakes, Genting Highlands,

Pelbagai perisa Kuih Bulan ini boleh didapati antaranya di Genting Palace (2nd Floor, Genting Grand Hotel), Good Friends Restaurant (Leven 2, Maxim Hotel), Malaysian Food Street (T4, SkyAvenue), Garden Courtyard (T1, SkyAvenue) dan Grab & Win (Level 1, Sky Casino) bermula 19 Ogos hingga 4 Oktober, jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Ia juga boleh didapati di kiosk OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resorts World Tours) bermula 11 hingga 29 September (kecuali weekend dan cuti umum) dari jam 11 pagi hingga 4 petang.

God of Wealth cookies juga disediakan dengan dua keping dalam satu paket. Setiap pembelian 50 kotak (setiap kotak mengandungi 4 keping) melayakkan anda mendapat 30% diskaun. Setiap pembelian 4 keping Kuih Bulan didatangkan bersama ‘free career mooncake box’.

Justeru, dapatkan info lanjut Promosi Kuih Bulan @ Resorts World Genting dengan menghubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com.

7 comments:

  1. Peminat kuih bulan bolehla dptknnya di sini

    ReplyDelete
  2. Suka tengok kuih bulan..dalamnya tu ada yang warna warni..

    ReplyDelete
  3. Pelbagai nama yang diberi untuk identiti kuih bulan ini. Peluang terbaik untuk dapat harga promosi bagi yang berkunjung ke resorts world genting.

    ReplyDelete
  4. minat gak makan kuih bulan
    teringa ms masih di kampung
    time CNY mesti jiran2 cina akan bagi kuih bulan ni
    el ngan mak perabis makan hahaha

    ReplyDelete
  5. xpenah mkn lg kuih bulan ni. org kata manis melenting

    ReplyDelete
  6. menarik betul corak da warna kuih bulan tu..
    suka tengok sbb nmpk unik..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.