Melewati Sejarah Bukit Kepong Muar Johor

Bukit Kepong, nama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Pasti ramai diantara kita akan teringat cerita Allahyarham Tan Sri Jins Samsudin yang mengabadikan sejarahnya ke layar perak. Atas inspirasi tersebut juga terpanggil kali ini mengabadikan lagi ekspresi jurnal familia berkaitan sejarah pada kesempatan cuti Aidilfitri yang lalu, melewati sejarah Bukit Kepong di Muar, Johor.

Galeri Darurat Bukit Kepong,

Galeri Darurat Bukit Kepong


Perjalanan ke Bukit Kepong ini sebenarnya tidak dirancang. Kesempatan jalan-jalan cuti Hari Raya telah membawa kami ke sini dan secara tak langsung memanfaatkan waktu yang ada singgah ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Satu pendedahan yang baik buat anak-anak yang bersekolah dan pernah menonton cerita Bukit Kepong di TV.

Galeri Darurat Bukit Kepong ini terletak di balai polis tempat berlakunya peristiwa bersejarah serangan pengganas komunis pada 23 Februari 1950. Sayangnya, Galeri ini telah ditutup sewaktu ketibaan kami selepas jam 6 petang. Namun, atas jasa baik polis yang menjaga, beliau membenarkan kami meninjau kawasan sekitar. Terima kasih… kebetulan singgah jalan-jalan cuti beraya.

Bukit Kepong, Muar, Johor,

Galeri Darurat Bukit Kepong dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor pada 23 Februari 2017. Ia mempamerkan sejarah dan informasi semasa darurat dan berkaitan polis serta menghargai jasa 25 anggota polis, keluarga dan orang awam yang terkorban mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong

Tapak Balai Polis dan quaters dahulu terletak bersebelahan dan menjadi sebahagian Galeri. Seperti yang ramai ketahui, bangunan lama Balai Polis Bukit Kepong telah ranap dijilat api dan dibangunkan pula selepas itu bangunan yang lebih terjamin kekuatan dan keselamatannya. Dapat mengambil beberapa gambar persekitaran untuk dikongsikan di blog ini. 

Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,

Di bahagian belakang bangunan Galeri Darurat Bukit Kepong ini terletaknya Sungai Muar dan jeti yang dahulunya menjadi tempat bot polis berlabuh. Di bawah jeti itulah juga tempat dimana Osman Yusof, salah seorang anggota polis yang terselamat dari serangan komunis bersembunyi setelah gagal menyusup keluar untuk mendapatkan bantuan.

Kini seluruh kawasan tebing Sungai Muar yang menjadi sebahagian tapak Balai Polis dan Galeri Darurat Bukit Kepong ini telah dinaiktaraf dengan persekitaran yang cantik dan tenang. Suasana petang secara tidak langsung menimbulkan perasaan sayu terhadap sejarah yang pernah berlaku di sini. Terlintas di minda bagaimana keadaan sebelum tragedi dan kehidupan masyarakat sekelilingnya dahulu.  

Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor,

Pusara Pejuang Bukit Kepong


Terletak di seberang jalan kawasan berhampiran adalah Pusara Pejuang Bukit Kepong yang merupakan Tanah Perkuburan Islam kawasan Bukit Kepong ini. Terdapat satu kawasan yang bertembok batu di persekitaran tanah perkuburan itulah bersemadinya para-para pejuang yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong.

Al Fatihah buat semua para pejuang yang terkorban. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan roh mereka semua dikalangan orang-orang yang beriman. Jasa dan pengorbanan mereka semua merupakan sebahagian penting dalam lipatan sejarah negara yang patut dikenang.

Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,
Bukit Kepong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Muar, Johor,

Bila jam menunjukkan waktu sudah melangkaui 7 petang. Kami pun beredar meninggalkan Bukit Kepong. Walaupun sekejap, jurnal familia berkaitan sejarah memang menjadi antara pilihan untuk diabadikan sebagai kenangan ilmiah buat anak-anak sebagai bacaan dimasa-masa mendatang. Moga jasa pengorbanan insan-insan terdahulu demi kemakmuran tanah air sentiasa dihargai.

Sebahagian Lagi Jurnal Familia Sejarah

13 comments:

  1. Wahh baru taw bukit kepong kat johor bahru.. Pernah sampai johor 2 kali atas urusan kerja dulu2..

    ReplyDelete
  2. Legend sgt tmpt ni...huhu... Time tgok cite yg dilakonkan balik...semngat ad sedih ad kagum dgn perjuanagn semua pejuang..huu

    ReplyDelete
  3. PC pernah lalu tapi belum pernah lagi singgah...di sini banyak memori untuk dikenang.

    ReplyDelete
  4. baru perasan..bukit kepong ada di Muar Johor.

    itupun selepas membaca artikel ini..

    ReplyDelete
  5. Terus teringat drama pasal bukit kepong , tak jejakkan lagi kaki kat sini , tq for info

    ReplyDelete
  6. Teringat filem bukit kepong tu. Suka sangat tgk. Bersemangat jiwa & raga.

    Ada x yang ada masalah Hb rendah? Jom semak 10 Makanan Naikkan Hb

    ReplyDelete
  7. laaa bukit kepong ni kat johor rupanya. ingat kat selangor..

    ReplyDelete
  8. Selalu lalu sini..tapi tak sempat lagi nak singgah huhu..jalan nak pegi sane pun boleh tahan seram jugak hehe

    ReplyDelete
  9. Bukit Kepong mencatat kisah keperwiraan polis yg terkorban menentang kezaliman komunis...moga sejarah duka tidak berulang.

    ReplyDelete
  10. kali terakhir sy ke bkt kepong kalu x silap thn 1990... mesti dah byk perubahan kan?

    ReplyDelete
  11. Sedih bila tengok cerita bukit kepong tu..
    Al fatihah untuk yang telah terkorban

    ReplyDelete
  12. OMG!!! LeYa pun taktahu Galeri Bukit Kepong ni dah siap.. Ni nak kena ajak Otomen singgah ni... LeYa pun suka melawat tempat2 bersejarah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.