Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor

Sunway Start-It Challenge and Innovation Career Fair, Sunway Innovation Labs, Sunway iLabs,



Memperkasa ilmu keusahawanan terutamanya kepada generasi muda masa kini merupakan antara teras penting dalam membentuk pembangunan sosio-masyarakat yang mampan. Ia turut menjadi aspirasi Sunway Innovation Labs (Sunway iLabs) demi melahirkan warga belia kendiri, berinovasi dan berdaya keusahawanan dengan menganjurkan Start-It Challenge and Innovative Career Fair.

Sunway iLabs, Start-It Challenge and Innovation Career Fair,

Sunway iLabs Start-It Challenge And Innovation Career Fair


Antara perkara yang menginspirasikan dalam aspirasi keusahawanan sosial ialah apabila berpeluang terlibat memperkasa Sunway iLabs Start-It Challenge di Menara Sunway pada 25 Ogos 2017. Merupakan inisiatif Sunway iLabs yang dimiliki Jeffrey Cheah Foundation dan 'smart partnership' antara Sunway Ventures, Sunway dan Sunway University.

Ia disokong syarikat ternama seperti DiGi, CIMB, Axiata Digital, Lazada, Impiro dan Grab yang turut membentangkan pelbagai cabaran realiti keusahawanan sebagai pendedahan strategik kepada peserta agar mampu mengenalpasti isu terkait dan mencipta solusi sendiri, menyelesaikan permasalahan yang dihadapi syarikat-syarikat terpilih.

Matlamat utama adalah memperkasa minda generasi muda dengan suntikan realiti keusahawanan , semangat, bakat dan inovasi kepada pelajar dan graduan warga belia Selangor. Pelancaran Start-It Challenge ini telah disempurnakan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Pengasas Kumpulan Sunway, Tan Sri Dato’ Sri Dr Jeffrey Cheah.


Sunway iLabs Start-It Challenge Memperkasa Wawasan Negara


Sempena pelancaran, Tan Sri Dr Jeffery Cheah, selaku Pengasas Sunway turut berkongsi aspirasi, juga realiti pengalaman serta cabaran keusahawanan yang beliau tempuhi dalam menjadikan bandar Sunway seperti yang kita lihat hari ini. Ia sememangnya perkongsian bernilai yang menjadi contoh inspirasi yang menyuntik semangat.

Tan Sri Dr Jeffrey Cheah juga merupakan Pengasas Jeffrey Cheah Foundation dengan komitmen pembangunan sosio masyarakat yang kini mencecah bernilai RM1 billion. Penganjuran Start-It Challenge ini juga selaras dengan objektif Jeffrey Cheah Foundation dalam memperkasa semangat keusahawanan dikalangan generasi muda demi mencapai wawasan negara.

Sunway iLabs Start-It Challenge, Tan Sri Jeffrey Cheah, Khir Khalid, Jeffrey Cheah Foundation,

Sunway Start-It Challenge turut disokong DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang juga merupakan Royal Patron of Selangor Youth Community (SAY Community). Tengku juga menyatakan aspirasi beliau terhadap generasi muda yang merupakan aset terpenting negeri Selangor.

Selaras hasrat negeri Selangor yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, Sunway Start-It Challenge ini merupakan inisiatif strategik dalam memupuk dan memperkasa minda generasi muda agar dapat mendepani cabaran keusahawanan disamping melahirkan pemimpin industri yang berwibawa di masa akan datang.

Raja Muda Selangor, Sunway iLabs Start-It Challenge, Khir Khalid,

Selain itu, saya berpeluang mengenali lebih dekat Mr Matt van Leeuwen, Pengarah Sunway iLabs. Berkelulusan Cambridge University, pernah melalui jatuh bangun keusahawanan dan kini juga merupakan antara 'key opinion leader' pembangunan keusahawanan belia. Syukur dapat berkerjasama dengan individu yang luas pengalaman dalam perniagaan dan akademik.

Beliau turut mengetengahkan 3 objektif jangka panjang Smart-It Challenge iaitu menyuntik daya fikir keusahawanan, mengasah bakat inovasi dan memperkasa daya keupayaan ‘problem solving skills’ dikalangan peserta. Ia menjadi hasrat agar dapat melahirkan usahawan muda yang memahami pasaran, prihatin terhadap isu sosial dan pencetus peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Sunway iLabs Start-It Challenge, Khir Khalid, Matt van Leeuwen,

Pengisian Lanjutan Sunway iLabs Start-It Challenge


Sunwai iLabs turut mengadakan Ideation Weekend pada 26 hingga 27 Ogos merangkumi pengisian ‘design thinking workshop’ dan sesi perkongsian pengasas-pengasas perniagaan yang berjaya disamping bimbingan dalam mencipta formulasi idea untuk Start-It Challenge.

Seterusnya, 20 peserta teratas akan dipilih menyertai Bootcamp Weekend pada 9 dan 10 September untuk meneruskan perincian merangkumi ‘start-up methodology’, model perniagaan termasuk kewangan dan juga ‘pitching skills’ yang merupakan elemen penting keusahawanan.

Sunway iLabs, Start-It Challenge and Innovation Career Fair,

Melalui kesemua aktiviti, 3 pemenang bertuah bakal dianugerahkan wang tunai keseluruhan RM9,000 dan berpeluang menyertai program lanjutan Sunway iLabs untuk merealisasikan idea dan membangunkan kerjasama sebenar. Perserta yang lain turut beroleh peluang dipilih menyertai beberapa syarikat untuk membina kerjaya atau pengalaman internship.

Program Start-It Challenge ini merupakan platform penglibatan bersama dengan pelbagai pengisian strategik terkini. Ia dibuka kepada pelajar undergraduate dan postgraduate (3 tahun akhir) universiti dan kolej seluruh negeri Selangor.

Info lanjut boleh dilayari di www.sunwaystart-it.com.my

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor
Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor
Sunway Start-It Challenge and Innovation Career Fair, Sunway Innovation Labs, Sunway iLabs,
https://2.bp.blogspot.com/-jmAoDvyZHCM/WaPyGj0PE3I/AAAAAAAAQ6c/6OV2barN310zBblb_YlToA-rfOh7NuP7gCLcBGAs/s640/Sunway%2BiLabs1-min.png
https://2.bp.blogspot.com/-jmAoDvyZHCM/WaPyGj0PE3I/AAAAAAAAQ6c/6OV2barN310zBblb_YlToA-rfOh7NuP7gCLcBGAs/s72-c/Sunway%2BiLabs1-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/08/sunway-ilabs-start-it-challenge.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/08/sunway-ilabs-start-it-challenge.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy