Fashion For Love - Aspirasi Pendidikan Membantu Kanak-Kanak Ke Sekolah

Fashion for Love - Supporting Children to School, Membantu kanak-kanak kurang berkemampuan ke sekolah,

Ilmu pelita hidup, landasan penting yang mampu mengubah perjalanan kehidupan ke arah kejayaan. Atas aspirasi tersebut, satu 'community education fund raising project' bertemakan Fashion for Love dengan slogan 'Supporting Childern to School' telah diadakan bagi menggalakkan penglibatan orang ramai membantu kanak-kanak kurang berkemampuan agar dapat ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.

The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,

Fashion for Love – Supporting Children to School


Fashion for Love - Supporting Children to School merupakan projek tidak berasaskan keuntungan anjuran The Giving Bank bersama Creight Event & Services dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu pembelajaran kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan pada sesi persekolahan 2018. 

Sesi media telah diadakan pada 21 September 2017 bagi menjelaskan hasrat murni ini kepada masyarakat. Inisiatif utama adalah untuk membantu seramai 300 kanak-kanak kurang berkemampuan dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama memperolehi pendidikan persekolahan melalui sokongan dana daripada orang ramai. Ia secara langsung memberi pendedahan dan peluang bermakna dalam kehidupan mereka seperti kanak-kanak lain.

Menurut Dr. Janson Ang, Pengasas The Giving Bank; pendidikan merupakan asas penting kejayaan. Membantu mereka yang memerlukan melalui pendidikan adalah asas penting kepada pengukuhan pembangunan masyarakat yang stabil, harmoni dan makmur.

The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,

Menerusi Fashion for Love – Supporting Childern to School ini, segala sumbangan dana akan melalui acara penyerahan rasmi dengan pemantauan sekolah-sekolah terlibat, guru besar dan guru-guru termasuk komiti PIBG. Ia bakal digunakan untuk menampung pembiayaan yuran sekolah, buku-buku, uniform, beg dan kasut serta pelbagai lagi keperluan persekolahan.

Terdapat sebanyak 12 sekolah yang terlibat dalam inisiatif Fashion for Love iaitu;

1. SKJC Bukit Tangga
2. SKJT Bukit Beruntung
3. SK Bukit Beruntung
4. SJKC Kalumpang
5. SKJC Kerling
6. SKJC Serendah
7. SKJC Bukit Fraser
8. SJKC Batang Kali
9. SJKT Ladang Sg. Choh
10. SK Taman Bunga Raya
11. SKJC Choong Wen
12. SJKC Mun Chong


Projek komuniti ini turut membantu rumah-rumah anak yatim yang memerlukan bagi memastikan pengurusan bulanan dan pembangunan pendidikan sentiasa terbela. Terdapat 7 buah rumah anak-anak yatim yang terlibat untuk dibantu iaitu;

1. Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Anak Yatim Dan Miskin Raudhatul Nurr Jannah
2. Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur
3. Persatuan Kebajikan Damai Cempaka Kuala Lumpur & Selangor
4. Lighthouse Children Welfare Home Association
5. Rumah Victory Children Home
6. Persatuan Kebajikan Ti-Ratana Kuala Lumpur
7. Rumah Kanak-Kanak Angels Kuala Lumpur

Selain itu, The Fashion for Love turut menjalin perjanjian persefahaman dengan Octopreneur College. Ia menawarkan 100 biasiswa kepada lepasan SPM yang berpotensi namun tidak mampu meneruskan pelajaran. Jurusan yang ditawarkan adalah Diploma in Business Studies berdasarkan kriteria dan syarat kelayakan melalui proses temuduga.

The Giving Bank, Fashion for Love, Supporting Children To School,

The Giving Bank - Platform Kebajikan Online


Justeru, ini merupakan platform yang baik untuk kita bersama-sama terlibat membantu dengan menghulurkan sumbangan dan sokongan. The Giving Bank Foundation merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan (NGO) dan ‘online fundraising platform’ dengan misi menyatukan ruang kebajikan dan orang ramai melalui kelestarian teknologi.

Setiap dana yang diperolehi akan diagihkan demi memperkasa 3 aspek utama sosio-masyarakat iaitu kesihatan, pendidikan dan kebudayaan. Berteraskan tagline ‘The Bank That Gives’, ia menjadi aspirasi utama The Giving Bank dalam memberi galakan kepada orang ramai untuk menyumbang membantu golongan yang memerlukan sebagai masyarakat prihatin.

Info lanjut dan sumbangan boleh dirujuk melalui maklumat yang disediakan;

THE GIVING BANK ORGANISATION (PPM-008-14-12082016)
11-3 Jalan Radin Bagus 7, 57000, Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Tel: +603 9054 1383 Emel: we@thegivingbank.com


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Fashion For Love - Aspirasi Pendidikan Membantu Kanak-Kanak Ke Sekolah
Fashion For Love - Aspirasi Pendidikan Membantu Kanak-Kanak Ke Sekolah
Fashion for Love - Supporting Children to School, Membantu kanak-kanak kurang berkemampuan ke sekolah,
https://1.bp.blogspot.com/-8vueA3D1Pi4/WcVvIRgHn8I/AAAAAAAAREA/7pZEVCITgQoy_CTCQ_LqVLYYMMQl31UDACEwYBhgL/s640/Fashion%2Bfor%2BLove.png
https://1.bp.blogspot.com/-8vueA3D1Pi4/WcVvIRgHn8I/AAAAAAAAREA/7pZEVCITgQoy_CTCQ_LqVLYYMMQl31UDACEwYBhgL/s72-c/Fashion%2Bfor%2BLove.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/09/fashion-for-love-aspirasi-pendidikan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/09/fashion-for-love-aspirasi-pendidikan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy