Mersing Harbour Centre - Pusat Tarikan Pelancongan Dan Keusahawanan ECER

Mersing Harbour Centre, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECERDC, ECER,

Vanessa Mering, Mersing Harbour Centre, ECERDC,

Mersing Harbour Centre merupakan antara projek berimpak tinggi yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai komitmen mengukuhkan kedudukan Mersing menjadi destinasi pelancongan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia menjadi sebahagian infrastruktur penting pengukuhan transformasi negara dalam membantu meningkatkan taraf hidup sosioekonomi masyarakat dan tarikan pelancongan. 

ECERDC, Mersing Harbour Centre,

Pelancaran Mersing Harbour Centre Oleh DYMM Sultan Johor


Pada 10 September 2017, saya sekali lagi berpeluang menyaksikan realiti pembangunan dan infrastruktur pemerkasaan transformasi negara apabila diberi kepercayaan menyertai media trip ke pelancaran Mersing Harbour Centre. Ia dilancarkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj sempena Kembara Mahkota Johor 2017.

Bagi anda yang pernah berkunjung pasti mengetahui, Mersing merupakan destinasi pelancongan yang menarik dan berpotensi. Justeru, pelancaran Mersing Harbour Centre yang turut terkandung dalam aturcara Kembara Mahkota Johor 2017 ini secara tidak langsung menterjemahkan peranan serta kepentingannya dalam pemerkasaan pembangunan sosioekonomi negeri Johor dan juga negara.

Selain menandatangani plak pelancaran Mersing Harbour Centre, DYMM Sultan Johor turut memperkenan menadatangani beberapa pengiktirafan dan penyampaian Sijil Penghargaan Pelajar Akademik empower ECER, Anugerah Khas Peserta empower ECER Mersing dan Anugerah Peserta entrepreneur ECER Mersing serta membuat lawatan persekitaran.

Sultan Ibrahim Ismail, Mersing Harbour Centre, ECERDC,

Mersing Harbour Centre merupakan kompleks perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pelancongan bersepadu yang menyediakan lebih daripada 50 unit kedai makanan dan minuman, 'push cart' dan kiosk. Ia memberi keutamaan kepada usahawan-usahawan berkelayakan daripada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40), termasuk 9 peserta dewasa Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower Ecer dibawah inisiatif Pembangunan Modal Insan ECERDC.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan penting seperti tempat letak kereta, kaunter informasi, dewan pameran, surau, taman permainan kanak-kanak dan lain-lain fasiliti, sekaligus berperanan sebagai sebuah lokasi sehenti bagi pelancong dan penduduk tempatan. Pembinaan Mersing Harbour Centre ini telah dimulakan pada Januari 2016 dan beroperasi sepenuhnya bermula September 2017.

ECERDC, Mersing Harbour Centre,
ECERDC, Mersing Harbour Centre,

Mersing Harbour Centre Memperkasa Usahawan ECER


Pada majlis tersebut, seramai 29 pelajar dari Program Latihan Akademik empower ECER, 5 peserta Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER dan 1 peserta entrepreneur ECER di Mersing telah menerima anugerah pencapaian sebagai pengiktirafan kejayaan mereka dalam bidang akademik atau keusahawanan.

Saya juga berpeluang mengenali encik Krishnan A/L Ramasami, antara usahawan yang menerima Anugerah Khas Peserta empower ECER dalam kategori usahawan jati diri. Beliau yang sebelum ini pernah gagal dalam perniagaan telah menyertai kursus 'business enhancement' dibawah program empower ECER susulan galakan dari isteri dan berjaya memajukan perniagaan marukunya.

Turut berpeluang menemubual puan Rahimah yang mengusahakan produk cili giling dibawah jenama sendiri iaitu My Payung dan berkunjung ke outlet jenama Moras Factory Outlet. Kesemua jenama dan produk tempatan ini sememangnya mempunyai potensi setaraf jenama antarabangsa. Terpanggil berkongsi kisah keusahawanan mereka ini dalam artikel-artikel mendatang, in shaa Allah.

Usahawan ECER, Mersing Harbour Centre, ECERDC,
Usahawan ECER, Mersing Harbour Centre, ECERDC,
Vanessa Mering, RTM, Mersing Harbour Centre, ECERDC, Moras,

Mersing Harbour Centre Melonjakkan Sosioekonomi Mersing Sebagai Destinasi Pelancongan Utama ECER


Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John menyatakan bahawa sehingga kini, lebih 750 peserta dewasa dan 2,400 pelajar di Mersing telah mendapat manfaat daripada program-program Pembangunan Modal Insan ECER termasuk entrepreneur ECER dan empower ECER yang mana 97% daripada pesertanya adalah dari komuniti B40.

Beliau menyatakan lagi, pelaburan awam di Wilayah ini juga telah membantu mewujudkan 714 perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta mewujudkan lebih 1,085 peluang pekerjaan di Mersing. Ini merupakan sebahagian daripada matlamat ECERDC dalam memastikan agar rakyat turut menerima manfaat daripada pertumbuhan sektor pelancongan di Mersing.

ECERDC, Mersing Harbour Centre, ECER,

Mersing Harbour Centre ini merupakan antara langkah strategik ECER menyokong pembangunan sosioekonomi dan pelancongan. Mersing turut dimartabatkan sebagai gerbang perlancongan ke Taman Laut Sultan Iskandar dan gugusan kepulauan berteraskan konsep ‘Hutan Hujan ke Terumbu Karang’ (Rainforest to Reef). Menggabungkan Taman Negara Endau-Rompin ke pantai, pulau dan terumbu karang di persisiran pantai Mersing yang berkelas dunia. 

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Mersing Harbour Centre - Pusat Tarikan Pelancongan Dan Keusahawanan ECER
Mersing Harbour Centre - Pusat Tarikan Pelancongan Dan Keusahawanan ECER
Mersing Harbour Centre, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, ECERDC, ECER,
https://1.bp.blogspot.com/-ZlTH4XuhtKM/Wi4evzDRQyI/AAAAAAAASC4/wHoUPrFaeSQroQr0kmDvwTPO6xGoNK44QCLcBGAs/s640/Mersing%2BHarbour%2BCentre9-min.png
https://1.bp.blogspot.com/-ZlTH4XuhtKM/Wi4evzDRQyI/AAAAAAAASC4/wHoUPrFaeSQroQr0kmDvwTPO6xGoNK44QCLcBGAs/s72-c/Mersing%2BHarbour%2BCentre9-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/09/mersing-harbour-centre.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/09/mersing-harbour-centre.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy