Teater The Monkey King Bakal Memeriahkan Resorts World Genting

Berita baik buat semua peminat kisah mitos novel popular China, The Monkey King. Persembahan teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod bakal memeriahkan Resorts World Genting sepanjang penghujung tahun ini. Teater bertaraf dunia ini bakal dipersembahkan di Genting International Showroom bermula 11 September 2017 hingga 1 Januari 2018.

The Monkey King, Genting International Showroom, Resorts World Genting,

Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod


Pada 14 September 2017, saya telah ke sesi media Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod, antara pengisian istimewa di Resorts World Genting sepanjang hujung tahun ini. Ia merupakan persembahan teater 'live acrobatics' dan visual 3D oleh 'award winning' Nanjing Acrobatics Troupe.

The Monkey King merupakan figura mitos dalam siri pengembaraan Journey to the West, kisah daripada novel klasik popular di China. Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod bakal dipersembahkan secara 'live' kisah kuasa baik melawan kejahatan sebagai hiburan tauladan.

Ia telah dipersembahkan di Nanjing Cultural Arts Centre, Lian Yun Gang Cultural Artistic Centre, Nanjing Sun Palace dan Shanghai Poly Theater sejak 2016 dan telah menerima pelbagai galakan. Persembahan ini merupakan yang julung kali di luar China.

The Monkey King, Genting International Showroom, Resorts World Genting,

Sinopsis Adventure of the Monkey King


Teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod merupakan antara siri pengembaraan Journey to the West yang mengisahkan cabaran setelah Monkey King menemui 'golden-hooped rod' di Laut Timur China. Monkey King turut mendapati musuhnya Chi You, telah dibebaskan dan berhasrat menghapuskan 'rod' tersebut.

Bagi mengalahkan Chi You, Monkey King dan 'rod' tersebut perlu menjalani Mana Practice, iaitu fasa latihan untuk memanjangkan kuasanya. Namun, Chi You mengetahui kelemahan 'rod' tersebut dan berjaya memenjarakannya semula di Pantai Timur China. Maka bermulalah pertarungan besar antara keduanya yang menjadi antara tarikan hebat persembahan teater ini.

The Monkey King, Genting International Showroom, Resorts World Genting,
The Monkey King, Genting International Showroom, Resorts World Genting,

Teater The Monkey King Di Genting International Shorwoom   


Antara perkara menarik teater ini juga adalah adunan persembahan akrobatik secara 'live' yang dihidupkan dengan visual 3D, tarian dan jiwa lakonan bertaraf dunia. Ia dipersembahan dalam bahasa Mandarin dengan terjemahan 'subtitle' bahasa Inggeris sepanjang persembahan.  

Tiket persembahan teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod boleh diperolehi seperti berikut; RM176.00 (VIP), RM136.00 (PS1) dan RM96.00 (PS2). Members Genting Rewards Card (GRC) berpeluang menikmati 10% diskaun harga tiket.

Info lanjut dan tempahan boleh hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.

12 comments:

  1. Lama tempoh teater ni berlangsung..hingga tahun depan..bagi yang gemar bercuti dihujung tahun,bolehlah datang dan menyaksikan.

    ReplyDelete
  2. Menariknya di buat dalam bentuk teater. Cerita journey to the west ni dulu memang fav Ana. Hari2 duduk dpn tv sbb tak nak lepas tgk episod yg di tayang. Ye lah masa tu mana boleh rekod semua dan internet pun xde nk tgk di youtube.

    ReplyDelete
  3. Macam menarik. Kalau berpeluang tengok mesti best.

    ReplyDelete
  4. Wukong memang terkenal suatu ketika dahulu....

    ReplyDelete
  5. best jugak sesekali tengok teater.
    Singgah bw sini

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik ni. Ada masa nanti boleh lah ke sana :)

    ReplyDelete
  7. Nama Chi You pernah juga terdapat dalam komik-komik kartun sewaktu di zaman persekolahan dulu. Rupanya mitos ini begitu digemari ramai. Pementasan live Monkey King di Resort World Genting pasti menghiburkan ramai.

    ReplyDelete
  8. tingat ms memula cite journey to the west msk tv... mmg mengadap tv tiap2 hari... tp bla da byk version, rs mcm dah x best... tp krn watak monkey king ni laa yg byk mempopularkan cite ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.