Nippon Paint Child Wellness Programme Memperkasa Kesejahteraan Kanak-Kanak

Baru-baru ini, Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) secara rasminya telah melancarkan Nippon Paint Child Wellness Programme (Program Kesejahteraan Kanak-Kanak). Ia merupakan kempen bagi memperkasa pengetahuan ibu bapa serta pihak terlibat melalui elemen pendidikan tentang kepentingan persekitaran yang baik untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Program ini menerapkan pelbagai inisiatif kesedaran kesihatan melalui penglibatan persatuan-persatuan nasional seperti Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Alergi Dan Imunologi Malaysia (MSAI), Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) serta Persatuan Tadika Malaysia (PTM), dengan kerjasama para perubatan dan pemilik atau pengendali pusat jagaan kanak-kanak.

Nippon Paint Child Wellness Programme,

Nippon Paint Child Awareness Programme


Bagi pembaca blog ini pasti mengetahui, Nippon Paint merupakan antara pihak komersil yang giat memperkasa aspirasi sosio-masyarakat dalam meningkatkan kesedaran tentang persekitaran sihat dan selamat. Kempen ini juga merupakan inisiatif terkini yang terkait dengan diskusi Nippon Paint’s Wellness for Children Expert Roundtable yang dihadiri sebelum ini.

Ia dilancarkan seiring memperkenalkan Rangkaian Mesra Kanak-Kanak, iaitu siri cat Nippon Paint pertama di Malaysia yang memberi tumpuan kepada udara bersih, permukaan yang selamat dan daya kreativiti bagi 3 pencapaian pertumbuhan utama – pada peringkat bayi, kanak-kanak sedang bertatih dan pra-sekolah.

Rangkaian cat berasaskan air Nippon Paint ini bebas plumbum dan raksa serta memiliki kadar pelepasan Sebatian Organik Mudah Meruap (Total Volatile Organic Compound – TVOC) yang rendah, berserta Teknologi Karbon Aktif untuk menyerap bahan formaldehid berbahaya untuk persekitaran dalaman dan luar yang lebih bersih dan selamat.

Selain itu, cat ini mengandungi Teknologi Ion Perak yang berupaya mengurangkan pembiakan virus dan bakteria berbahaya seperti virus Influenza A (H1N1) dan Coxsackie A16, penyebab Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) termasuk beberapa bakteria lain seperti E.Coli, MRSA dan Stapphylococcus Aureus, dan sertai Teknologi Anti-Cemar untuk kesan kotor dinding yang mudah dibersihkan.

Nippon Paint Child Wellness Programme,

Pembentangan Dan Diskusi Program Kesejahteraan Kanak-Kanak


Pelancaran Program Kesejahteraan Kanak-Kanak ini dihadiri Prof Datuk Dr Mohd Sham Kasim, Bekas Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Bekas Ketua Setiausaha Persatuan Pediatrik Asia Pasifik (APPA), Presiden Persatuan Alergi Dan Imunologi Malaysia (MSAI), Ms Norsheila Abdullah, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Ms Eveleen Ling, Presiden Persatuan Tadika Malaysia.

Turut membentangkan pelbagai fakta kesihatan persekitaran melalui sesi diskusi, antaranya merujuk fakta MSAI yang menyatakan, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah alergi, manakala anak-anak daripada ibu bapa yang alergi berkemungkinan 50-80% mengalami alergi. Ibu bapa dan penyedia penjagaan kanak-kanak mungkin tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang persekitaran bangunan kondusif untuk pembesaran kanak-kanak yang bebas dari alergi.

Selain itu, bayi menghabiskan kebanyakan masa di katil bayi dan mereka bernafas dua kali jumlah udara berbanding oranng dewasa. Mutu udara dalam bangunan tidak boleh diambil ringan kerana kanak-kanak kecil berada diantara 8 hingga 20 jam sehari di dalam bangunan. 

Nippon Paint Child Wellness Programme,

Fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan 4.3 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat pendedahan kepada bahan cemar dalaman seperti radon, karbon monoksida, VOC dan formaldehid, manakala 1 dalam 5 orang sangat peka terhadap formaldehid walaupun pada kadar pendedahan yang rendah, terutama bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak bawah umur 5 tahun merupakan kumpulan yang paling mudah dijangkiti virus dan bakteria seperti HFMD. Memandangkan penyakit HFMD dan H1N1 sering muncul di Malaysia, maklumat yang releven untuk mendidik ibu bapa dan penyedia penjagaan kanak-kanak tentang kepentingan persekitaran yang selamat perlu disebarkan kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa sama ada di pusat jagaan kanak-kanak, di sekolah atau di rumah.

Nippon Paint Child Wellness Programme,

Inisiatif Nippon Paint Bersama Persatuan Nasional Memperkasa Kesedaran Masyarakat Terhadap Persekitaran Kanak-Kanak Yang Sihat Dan Selamat


Justeru, Program Kesejahteraan Kanak-Kanak ini bakal menjadi inisiatif penting mendekati masyarakat demi menyuntik pengetahuan dan kesedaran tentang persekitaran yang terbaik demi kesejahteraan kanak-kanak. Perkongsian kerjasama dengan MPA juga bakal menyaksikan usaha penyebaran maklumat melalui penglibatan pakar perubatan serta sesi meja bulat.

Selain itu, menerusi kerjasama dengan MSAI, Nippon Paint akan menonjolkan beberapa maklumat penting untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan berkaitan bahan alergi persekitaran dalaman menerusi satu siri web dan klinik media sosial secara langsung (Facebook Live Clinics) menerusi platform digital dan Facebook, siri penceramah dan sesi meja bulat bersama pakar.

Nippon Paint Child Wellness Programme,

Nippon Paint juga akan memainkan peranan utama sebagai panel penasihat kepada PPBM dan PTM dengan mengadakan sesi latihan dan bengkel bagi mendidik penyedia penjagaan kanak-kanak dan pengendali tadika tentang kepentingan persekitaran melalui khidmat nasihat, pilihan warna dan cat yang selamat untuk kanak-kanak demi persekitaran yang lebih sihat dan sejahtera.

Info lanjut Nippon Paint Child Wellness Programme boleh dilayari di www.nipponpaint.com.my

13 comments:

  1. Replies
    1. ishh.. takde la hebat, gaya je lebih hehe :)

      Delete
  2. Menarik apabila jenama cat dapat mewujudkan kempen persekitaran Nippon Paint Child wellness programme dan lebih hebat lagi penggunaan teknologi dalam kandungan cat yang berupaya mengurangkan virus-virus merbahaya. Tahniah Nippon Paint.

    ReplyDelete
  3. Perlu ada kesedaran tntg risiko cat terhadap keshtan kanak2 n nippon paint menjalan peranan memperjelaskannya bagus tu

    ReplyDelete
  4. bagus sgt ni..
    terima kasih perkongsiannya

    ReplyDelete
  5. bagus ada program camni, untuk jaga anak2 kita

    ReplyDelete
  6. kalu x silap ms 2015 sy ada g 1 shopping mall ni. nippon ada buat event bersama2 kanak2 OKU. bgs event nyer sbb membantu kanak2 oku mengenal warna

    ReplyDelete
  7. Bsgusnya Nippon mengadakan child wellness programme macam ni

    ReplyDelete
  8. Bagus betul sebab banyak kempen kesedaran tentang anak anak sekarang ni

    ReplyDelete
  9. Bagusnya Nippon sediakan cat yang mesra dan selamat untuk kanak-kanak.

    ReplyDelete
  10. bagus Nippon, mementingkan kesihatan kanak-kanak juga

    ReplyDelete
  11. Saya pun tak tau, apa jenama cat yang digunakan sekarang ni. Mungkin bila nak tukar nanti, akan cari Nippon Paint ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.