Puteri Diana - Antara Inspirasi, Tragedi Dan Kenangan

Kisah Puteri Diana bertajuk Diana: In Her Own Words di National Geographic channel sungguh menyayat hati. Saya baru selesai membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah semasa ia ditayangkan. Sambil menonton tv, ingatan melayang ke Ilford Essex, East London hampir 20 tahun lalu. Sungguh pantas masa berlalu, begitu juga kenangan tentang pemergian 'Princess of Wales' ini.

Puteri Diana,  Khir Khalid,
Patung Lady D di Madame Tussauds London beberapa bulan sebelum tragedi

Diana: In Her Own Words


Terpanggil mencoret kenangan kerana terkesan menonton dokumentari tersebut. Sewaktu kejadian saya menetap di Ilford, East London. Masih ingat lagi pagi penghujung musim panas yang hujan, saya keluar ke News Store berhampiran rumah untuk membeli surat khabar.

Ketika itulah saya terbaca berita tragedi tersebut. Macam tidak percaya... malah seluruh rakyat Britain dan dunia terkejut dengan kematian Princess Diana bersama anak pemilik Harrods ketika itu bernama Dodi Al Fayed, akibat kemalangan kereta di Paris pada malam 31 Ogos 1997. Tarikh sama sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Tragedi ini turut menjadi antara episode bersejarah yang dapat saya saksikan dalam jurnal di perantauan selepas tragedi pengeboman di King Cross Station beberapa bulan sebelum itu. Tersentap juga bila mengetahui berita tersebut kerana sebagai antara perantau di United Kingdom, Princess Diana sememangnya dikenali, disayangai dan menjadi idola serta inspirasi rakyat.

Princess Diana

Lady Diana - Princess of Wales


Saya akui, Princess Diana disenangi rakyat kerana keterampilan yang sopan, sentiasa senyum dan lemah lembut. Populariti beliau juga meletakkannya sebagai selebriti yang dihormati dunia kerana kerap turun padang bertemu rakyat, malah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sukarelawan terutamanya berkaitan HIV dan AIDS di United Kingdom.

Sayangnya, usaha beliau tidak disenangi sebahagian institusi Diraja Britain yang sebelum ini lebih dianggap ‘reserved’. Malah, terdapat pelbagai krisis perkahwinan beliau dengan Prince Charles sehingga membawa kepada pencerian pada 1996. Berita sensasi terakhir adalah hubungannya bersama Dodi Al Fayed sehinggalah tragedi kemalangan dan meninggal dunia.

Bagi yang pernah membaca antara kenangan yang pernah saya nukilkan, tragedi Princess Diana ini berlaku kira-kira 3 minggu selepas Jez menghilangkan diri, lenyap dari jurnal kehidupan Kota London. Ia boleh di baca di sini> Gadis Alternative Punk Rock London.

Princess Diana, London,

Princes Diana – Good Bye England's Rose


Sejak berita kematian Princess Diana tersebar, boleh dikatakan seluruh Britain dipenuhi jambangan bunga di setiap tugu, taman dan padang, termasuk roundabout. Melihat sendiri penghormatan rakyat Britan dengan jambangan bunga-bunga dan lilin menangisi pemergian Puteri Britain ini.

Tidak kurang juga pelbagai persoalan yang meragui kemalangan dan kematiannya di radio dan tv, selain kedengaran lagu Good Bye England’s Rose gubahan dan nyanyian Sir Elton John sebagai penghormatan terakhir.

Saya turut mengambil kesempatan melihat ribuan bunga dan ekspresi orang ramai yang berkumpul di Kensington Palace sebelum mendiang dikebumikan pada 6 September 1997. Ia sememangnya tragedi dan kenangan sedih yang dapat dirasai seluruh U.K… good bye England's Rose.

22 comments:

  1. Saya dengar berita ni di radio, lepas balik dari sambutan kemerdekaan ,

    ReplyDelete
  2. 1997..waktu ini PC ditingkatan 1.Setiap kali ke perpustakaan sekolah diakhbar hangat berita tentang kemalangan yang berlaku melibatkan Puteri Diana.Ada macam-macam versi dan spekulasi.Mungkin usia PC yang baru 13 tahu masih keliru antara fakta dan reka.Selepas 20 tahun Puteri Diana tetap dikenang dengan kebaikkannya.

    ReplyDelete
  3. Kehilangan besar sgt yg dirasai oleh semua rakyat London n dunia..

    ReplyDelete
  4. Peristiwa yang sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.. Pemergian puteri kebanggaan rakyat..

    ReplyDelete
  5. ketika tahun 1997 saya berada di Selangor manakala tuan berada di England..

    jauh sangat perbezaan 'kasta' kita berdua tuan.

    berita kematian Puteri Diana sangat hangat di media massa..

    rasanya jualan suratkhabar berganda-ganda ketika itu.

    ReplyDelete
  6. sepeninggal putri Diana ini, istana inggris hampir ndak memiliki lagi putri dengan karisma sebaik karisma putri Diana....

    ReplyDelete
  7. tahun 1997 tu saya 18 tahun. masa tu sedih juga. dalam kisah princess diana her own words tu baru faham rupanya awal lagi charles mmg tak cinta dia. kesian dengan kisah dia. kahwin tak gembira, mati eksiden. RIP princess diana.

    ReplyDelete
  8. teringat tentang kisah kematian yang tersebar luas masa tu.Tapi memang suka dengan cara Puteri Diana mendekati rakyatnya..

    ReplyDelete
  9. Ana pun tengok dokumentari Diana in her own word. Banyak info yg ana dpt dr dokumentari tu. Banyak kisah disebalik senyuman manis Puteri Diana tu rupanya.

    ReplyDelete
  10. Sedih juga baca berita kehilangan puteri Diana yg cantik anggun sambil terkesan dgn kisah rumahtangga yg dibicara media massa

    ReplyDelete
  11. Masih ingat lagi kisah ni. Mula2 hampir tak percaya

    ReplyDelete
  12. Masih ingat lagi satu family dok ikut tentang Lady D ni. Suka dengan penampilan dia

    ReplyDelete
  13. bang, masa ni saya sekolah menengah lagi..ldah 20 tahun rupanya, macam baru tahun lepas tragedi ini..

    ReplyDelete
  14. Masa ni sy tingkatan 1.Masa tahu bertita kematian Lady D, byk juga spekulasi mengenai tragis kematian beliau.

    ReplyDelete
  15. masa ni baru darjah satu hehehe. nice info ni KK. baru tahu cerita sebenarnya.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  16. masa saya sekolah lagi..sememangnya dia puteri kesayangan ramai.memang kejutan besar dengan pemergian dia.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  17. Saya teringat Lady D sewaktu melalui terowong pulang dari terengganu cuti baru ni.
    Waktu kejadian pemergiannya, saya masih kecil dan tidak pernah kenal pun siapa beliau.

    ReplyDelete
  18. kehialangan besar buat rakyat britain..

    ReplyDelete
  19. baru layan kat Astro hari tu.. dokumentari pasal Lady D.. em.. saya masih kanak2 mentah masa kejadian.. tapi tau beliau sangat disayangi rakyat..

    ReplyDelete
  20. Hakikatnya kalau hidup kita berbudi

    dah mati pun orang masih ingat

    ReplyDelete
  21. sy igt lg ms tu, nk beli paper almaklum laa x de internet ms tu... paper sold out! xpenah2 terjadi... then ada 1 bas tu, deko dalamannya penuh dgn gambar2 puteri diana...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.