Filem RAFATHAR Kisah Si Cilik 'Superkid'

Kebanyakkan filem-filem dari seberang selalunya memang tidak menghampakan. Begitu juga dengan RAFATHAR, sebuah filem ‘family-comedy’ dari Indonesia yang pasti buat anda tidak kering gusi, malah sesuai ditonton santai seisi keluarga. Filem yang mengisahkan seorang bayi ‘superkid’ ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 September 2017.

RAFATHAR Si Cilik Superkid,
Movie Preview RAFATHAR - kredit foto www.ienaeliena.com

Sinopsis RAFATAR Si Cilik Superkid


Pada Sabtu 23 September 2017, saya sekeluarga telah menghadiri Tayangan Perdana RAFATHAR. Filem mengisahkan seorang bayi bernama Rafathar yang memiliki kuasa luar biasa dan telah diserahkan  kepada pasangan keluarga kaya dan terkenal sebagai anak angkat.  

Kisahnya bermula apabila sepasang penjenayah profesional Jonny Gold dan Popo Palupi telah menerima tugasan baru untuk menculik Rafathar atas sebab yang dirahsiakan. Namun mereka tidak mengetahui bahawa Rafathar memiliki kuasa luarbiasa dan bukan calang-calang bayi biasa.

Maka berlakulah pelbagai aksi mencabar dan mencuit hati semasa mereka berusaha menculik Rafathar sehinggalah kejadian melibatkan pihak berkuasa dan orang ramai. Rentetan kejadian yang berlaku telah membongkar siapa Rafathar dan bagaimana bayi sepertinya memiliki kuasa luar biasa.

Rafathar si cilik Superkid,

RAFATHAR dibintangi oleh Rafathar (memegang watak Rafathar), anak kepada pelakon sinetron popular Indonesia Raffi Ahmad (Jonny Gold), dan pasangannya Nagita Slavina (Detektif Julie) yang juga membintangi filem ini, bersama selebriti popular Malaysia, Fazura (Mila).

Filem arahan Bounty Umara dengan terbitan Raffi Ahmad dan Anggy Umbara ini turut dibintangi Babe Cabita (Popo Palupi), Agus Kuncoro (Bos Viktor), Arie Untung (Bondan), Ence Bagus (Inspektor Bagus Nyadi), Verdi Solaiman (Kolonel Demon) dan Henky Solaiman (Prof Bagyo). 

RAFATHAR Si Cilik 'Superkid'

RAFATHAR Sarat Aksi, Komedi Dan Menarik


Saya berpendapat filem ini unik dan sememangnya mencuit hati. Bermula ia ditayangkan sehingga ke pengakhir cerita amat menghiburkan kami sekeluarga. Penampilan animasi CGI juga amat ‘real’ dan menambahkan lagi ‘adventurous’ dan unsur 'humor' dalam setiap aksi yang ditampilkan.

Namun atas semua perkara tersebut, RAFATHAR berjaya memikat hati dengan penghayatan lakonan oleh kesemua barisan pelakonnya dalam menghidupkan watak dan situasi dengan sempurna. Sejujurnya, filem ini berisi dengan pelbagai gelagat aksi dan komedi yang hidup dan bersahaja. Syabas dan tahniah buat RAFATHAR!

RAFATHAR Si Cilik Superkid,

RAFATHAR Ditayangkan Bermula 28 September 2017


Penghargaan terima kasih kepada Antenna Entertainments atas peluang mengundang kami sekeluarga ke majlis Tayangan Perdana RAFATHAR ini. Merupakan pengalaman istimewa berhibur santai sekeluarga menonton filem komedi berkualiti dan amat menghiburkan. 

Justeru, jangan lupa saksikan filem 'family-comedy' RAFATHAR bermula 28 September 2017 di pawagam seluruh Malaysia. Filem wajib tonton buat anda semua.

13 comments:

  1. Menarik...sesekali PC ada juga mengikuti telatah Rafathar di youtube..moga Rafathar terus success di masa-masa akan datang..dan untuk filem Rafathar moga mendapat sokongan.Aminn.

    ReplyDelete
  2. Filem mearik utk tontonan sekeluarga

    ReplyDelete
  3. ok boleh safe movie ni nti boleh download hihihi

    ReplyDelete
  4. kalau komedi berkualiti...

    memang tak rugi nak pergi nonton..

    boleh bawa satu keluarga

    ReplyDelete
  5. waduh,...main lambung nih,..hhehehe...soalnya ane saja belum nonton nih filmnya

    ReplyDelete
  6. peminat fazura mesti x lps kn menonton filem ni... filem2 indon ni kdg2 lain drpd lain tu yg uniknya karya dr sn...

    ReplyDelete
  7. Filem yang menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga. Elok juga jika terdapat banyak pengajaran dari filem ini agar dapat membina kefahaman dan mendidik.

    ReplyDelete
  8. Macam best ni, boleh lah tengok nanti :)

    ReplyDelete
  9. Macam nak bawa anak² je tengok wayang ni. Nanti plan ngan suami lah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.