Sunway Velocity Hotel - Pembukaan Hotel Terbesar Di Cheras

Pagi Selasa 12 September 2017, saya telah menghadiri Media Preview Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur bagi memperkenalkan hotel baru dan terbesar di Cheras. Hotel ini terletak di lokasi strategik pembangunan Kuala Lumpur, dibangunkan dengan usahasama Sunway Berhad dan Fawanis Sdn Bhd dengan perbelanjaan bernilai RM146 juta. Ia dibuka secara rasmi bermula 20 September 2017.

Sunway Velocity Hotel Cheras, Kuala Lumpur, Khir Khalid,

Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur


Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Mr. Kelly Leong, Cluster Director of Operations, Sunway Hotels & Resorts. Beliau menjelaskan hasrat Sunway Velocity Hotel dalam memenuhi keperluan semasa dan menjadi sebahagian elemen penting prasarana keseluruhan Sunway Velocity Kuala Lumpur di Cheras ini.

Sunway Velocity Hotel turut dilengkapi kemudahan strategik seperti pusat membeli belah, makanan dan hiburan Sunway Velocity Mall, menara pejabat, ‘service residences’ termasuk pusat perubatan yang bakal siap menjelang 2019. Ia dipermudahkan lagi dengan kepelbagaian ‘accessibility’ merangkumi kemudahan awam seperti MRT dan LRT di kawasan berdekatan.

Ia juga bakal memenuhi keperluan strategik Pusat Kewangan Tun Razak Exchange (TRX), pembangunan pesat Bukit Bintang City Centre dan KL City Centre. Berteraskan konsep gaya hidup metropolitan bercirikan 60% korporat dan 40% keriangan, Sunway Velocity Hotel mensasarkan 60% pengunjung warga Malaysia dan selebihnya Singapura, China dan rantau Asia Pasifik.

Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras,

Kemeriahan acara diteruskan dengan persembahan tarian dan sesi bergambar sebelum kami berpeluang melawat prasarana dalaman hotel untuk melihat sendiri bilik-bilik hotel serta pelbagai kemudahan yang disediakan di Sunway Velocity Hotel ini. Satu pengalaman yang menarik hingga tak sabar untuk menginap di sini bila ia dibuka nanti.

Sunway Velocity Hotel menyediakan sebanyak 351 bilik hotel dengan 3 kategori pilihan iaitu Superior, Superior Plus dan Superior Premier. Hiasan dalaman serta kemasan dengan konsep pilihan warna asas hijau, kuning dan keemasan menimbulkan suasana selesa, rehat dan menenangkan. 

Setiap bilik juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk wi-fi dan broadband, LED Smart TV, peti keselamatan eletronik, peti sejuk mini berserta penyediaan kopi dan teh. Selain itu turut disediakan 'Snack-Tray' sebagai koplimentari seperti mee segera, biskut dan minuman ringan.  

Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras, Kuala Lumpur,

Seterusnya kami juga berpeluang melawat lokasi riadah disamping santai makan tengah hari di tingkat 16 'roof top' Sunway Velocity Hotel. Ia dilengkapi Fitness Centre yang dibuka 24 jam dan kolam renang dengan panorama metropolitan Kuala Lumpur, saujana mata memandang... superb view!

Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras,
Sunway Velocity Hotel Cheras,

Sunway Velocity Hotel Dibuka Bermula 20 September 2017

  
Sempena pembukaan rasmi pada 20 September 2017, Sunway Velocity Hotel menawarkan rate istimewa bermula RM198.00++ sebilik untuk satu malam. Turut menawarkan 4X mata Sunway Pals dan 'free city wide shuttle services' dengan perhentian di KLCC, Bukit Bintang dan Sunway Shopping Mall secara percuma. Tetamu juga boleh menikmati voucer istimewa 'Shop & Stay' dan komplimentari 'in-room snack'.

Selain itu, tetamu yang membuat tempahan terus di laman web Sunway Velocity Hotel yang disediakan di akhir artikel ini bermula 20 September hingga 31 Disember 2017 akan mendapat 20X AirAsia BIG Points untuk setiap tempoh bermalam. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi +603 2726 3991 atau melalui emel ke svkl.reservations@sunwayhotels.com.

Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur,

Selaras dengan konsep dan matlamatnya, Sunway Velocity Hotel memenuhi citarasa gaya hidup metropolitan dengan bilik hotel yang selesa dan menarik, serta kemudahan dan perkhidmatan dengan harga berpatutan. Ia bersesuaian memenuhi keperluan penginapan tetamu sama ada dari sektor korporat, pelancong termasuk orang ramai sebagai pilihan istimewa bermalam sekeluarga.

Info lanjut Sunway Velocity Hotel boleh anda layari di laman web www.velocity.sunwayhotels dan facebook SunwayVelocityHotelKL.

17 comments:

  1. menarik kolam dia kat atas sekali, sejuk wooo

    ReplyDelete
  2. Ala best nyerrrrr..kenapa tak pegi smalam..kalau tak boleh jumpa hero malaya ;)

    ReplyDelete
  3. kolam dia best tu..bilik pun menarik sejuk je mata memandang

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnyaa! Facilities pun semua lengkap. Boleh lah kalau nak buat short getaway ke sini :)

    ReplyDelete
  5. mesti best dpt bau perabot baru hahahah

    ReplyDelete
  6. pernah dah ke Sunway Velocity Mall, bila adanya hotel pasti memberikan lebih pilihan untuk menghuni di hotel yang sesuai dengan bajet dan keperluan pelanggan :)

    ReplyDelete
  7. wah boleh la p review kt sana nnti. nampak macam menarik

    ReplyDelete
  8. Memang menariklah dekorasi hotel ni. Ada promosi mesti lagi best

    ReplyDelete
  9. Banyak fasiliti itu yang menarik lebih ramai pengunjung..selesa..harga berpatutan.

    ReplyDelete
  10. menarik dan cantik biliknya selain banyak fasiliti yang disediakan..boleh p bercuti di sana nanti..

    ReplyDelete
  11. Hebat SUNWAY ni kan.. Hotel dia semua memang WOW...

    ReplyDelete
  12. Ni memang sangat menarik. Hiasan dalaman biliknya ringkas tapi nice. Kolam renang dengan view KL tu pun memang awesome sangat. Tak sabarnya tunggu 20hb ni...

    ReplyDelete
  13. bestnya hotel macam ni.. lengkap dengan gym.. miera suka.. senang nak exercise bila bangun pagi.

    ReplyDelete
  14. Dpt tgk pemandangan indah ibu kota malaysia..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.