Brooklyn Day Out Sky Avenue, Resorts World Genting

Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting, SkySymphony Winch Show,

Brooklyn Day Out party!... kemeriahan yang menjadi pengalaman manis hujung minggu bersama puan Mem dan rakan-rakan di Sky Avenue, Resorts World Genting. Merupakan festival ‘Brooklyn-inspired food and music’ yang mempunyai inspirasi tarikan istimewa dan tersendiri buat pengunjung. Pelbagai acara di Brooklyn Day Out ini yang secara langsung membangkitkan kemeriahan sentuhan gaya hidup Brooklyn ke Sky Avenue, Resorts World Genting.

Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Brooklyn Day Out Di Sky Avenue, Resorts World Genting


Brooklyn Day Out ini dianjurkan bagi meraikan pembukaan rasmi Restoran Motorino Pizza di Sky Avenue, Resorts World Genting. Motorino merupakan penjenamaan restoran pizza terkenal antarabangsa dari Brooklyn, New York yang menghidangkan pelbagai sajian pizza gaya Itali Neopolitan diiktiraf terbaik. Ia juga merupakan restoran pizza ikonik pertama di Malaysia.

Saya pernah berkongsi jurnal menikmati Motorino Pizza sebelum ini; Menikmati MOTORINO Pizza Di Sky Avenue. Kini ia secara rasmi telah beroperasi sepenuhnya di Sky Avenue dan Brooklyn Day Out ini juga diadakan bagi memeriahkan lagi Sky Avenue dengan ‘mood’ Brooklyn melalui suasana ikonik persekitaran, persembahan muzik dan makanan. Teruja... rugi rasanya jika tidak berswafoto bersama rakan-rakan... let's party!

Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Kami tiba sekitar jam 3 petang sewaktu pelbagai acara sedang meriah. Acara yang bermula jam 1 petang hingga 9 malam di Aras 2, Sky Avenue ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa seperti Kyoto Protocol, Ryot Jones, Radio 3000, Octopus Dance Crew, Dan Shiv, Rigot Jones dan Zamaera. Terdapat juga aktiviti seperti free photobooth, tattoo drawing (lukisan sahaja, bukan tattoo betul) dan lukisan karikatur yang menarik.

Setiap kami diberikan kupon yang boleh ditukarkan untuk makanan. Selain pizza, disediakan juga chicken wings, meatball, tiramisu, salad, popcorn dan pelbagai minuman. Bagi saya pizza sudah mencukupi sebab Motorino Pizza memang sedap dan kini peluang menikmatinya dengan meriah. Muzik, makan dan keceriaan Brooklyn Day Out, sempat tukar baju lagi haha. Apa pun biarlah gambar berbicara... perfect moments!

Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Chelsea Chil Hsia Wong, Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting,

SkySymphony Winch Show


Sekitar 6 petang, kami diundang menyaksikan SkySymphony Winch Show yang diadakan di perkarangan lain Aras 1, Sky Avenue ini. Sebelum ke sana, berpeluang juga mengenali Miss Chelsea Chil Hsia Wong, Ex Miss Malaysia Queen of the World, Selebriti dan juga Pengacara Brooklyn Day Out. Gambar bersama di atas... tinggi dan cantik kan? Beliau juga sangat peramah.

SkySymphony Winch Show merupakan pertunjukan multimedia unik dan kreatif. Ia 'permanent multimedia winch installation' pertama dan terbesar di Asia dengan 1001 bebola winch yang boleh diprogram dan mampu bergerak dengan kelajuan 17.5 miter dalam 6 saat. Lengkap grafik visual dan audio simponi orkestra dengan 3 pertunjukan iaitu Goddess, Urban Symphony dan Forest.

SkySymphony Winch Show,
SkySymphony Winch Show,

Terpegun menyaksikan keunikan SkySymphony Winch Show sejak mula hingga akhir. Pertunjukan SkySymphony ini dipertontonkan kepada orang ramai di Aras 1, Sky Avenue pada setiap hari bermula 1 September 2017 yang lalu. Tiada bayaran dikenakan untuk menyaksikan SkySymphony Winch Show kerana ia terletak di lokasi tumpuan orang ramai.

Waktu pertunjukan adalah setiap 2 jam (10 pagi hingga 6 petang), dan setiap 1 jam (6 petang hingga 12 malam). Pertunjukan yang patut anda saksikan jika berkunjung ke Sky Avenue, Resorts World Genting. Boleh rujuk info SkySymphony di www.rwgenting.com/attractions/SkySymphony/

Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting, SkySymphony Winch Show,

Penghargaan terima kasih kepada Irene Chua dan Resorts World Genting atas peluang menikmati kemeriahan Brooklyn Day Out disamping menyaksikan keunikan SkySymphony Winch Show ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang berkongsi keceriaan santai hujung minggu bersama-sama. Pengalaman terbaik 6000 kaki dari aras laut yang pasti tidak akan dilupakan. Semoga berjumpa lagi.

Info lanjut Resorts World Genting boleh dilayari di: www.rwgenting.com.  

Jom tonton vlog SkySymphony Winch Show bertema: Forest
Tonton juga tema The Goddess dan Urban Symphony di VlogKK


COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Bisnes,36,Blogging,64,Durex,2,ECERDC,8,Ekspresi,115,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,8,Hartanah,14,Health & Fitness,15,Hiburan,30,IJM Land,5,Informasi,99,Intervensi,27,INTI,30,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,66,MDEC,3,Motivasi,119,Movie,13,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,RWGenting,21,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,82,Sunway,6,Teater,5,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Brooklyn Day Out Sky Avenue, Resorts World Genting
Brooklyn Day Out Sky Avenue, Resorts World Genting
Brooklyn Day Out, Sky Avenue, Resorts World Genting, SkySymphony Winch Show,
https://2.bp.blogspot.com/-wcS2na2ffok/WdN2pAphZoI/AAAAAAAARIk/R85k1SSMznQchEYoSdW4WkRnHsNJe2d4ACLcBGAs/s640/Brooklyn%2BDay%2BOut.png
https://2.bp.blogspot.com/-wcS2na2ffok/WdN2pAphZoI/AAAAAAAARIk/R85k1SSMznQchEYoSdW4WkRnHsNJe2d4ACLcBGAs/s72-c/Brooklyn%2BDay%2BOut.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/brooklyn-day-out-sky-avenue-genting.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/brooklyn-day-out-sky-avenue-genting.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy