Penampilan Aura Maskulin Dengan Wangian DASHING Anytime EDT

Penerampilan diri adalah perkara asas yang perlu dijaga sama ada dalam kerjaya mahu pun pergaulan sosial. Selain berpakaian sopan, kemas dan sikap diri yang menyenangkan, bau badan juga antara faktor penting yang perlu diambil kira. Atas aspirasi tersebut, DASHING, jenama peneraju pasaran wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan DASHING Anytime EDT untuk memenuhi keperluan trend gaya hidup jejaka masa kini.

DASHING Anytime EDT, Dashing,

DASHING Anytime EDT


DASHING Anytime EDT merupakan barisan produk wangian terbaru DASHING. Apa yang membezakan dengan wangian DASHING yang lain adalah keunikan saiznya yang kecil dan trendy. Kini dengan DASHING Anytime EDT, kita boleh sentiasa bersedia dengan wangian dalam poket. Ia mudah dibawa ke mana-mana dan digunakan pada bila-bila masa.

Berdasarkan kualiti bau wangian, sememangnya tidak dinafikan DASHING adalah pilihan terbaik buat jejaka. Pengalaman pertama kali menggunakan bedak DASHING masa zaman sekolah menjadikan saya antara pengguna setia barisan produk-produk yang ada sehingga kini. Sejujurnya, saya teruja bila diperkenalkan dengan DASHING Anytime EDT ini. Pilihan terbaik… perfect!

DASHING Anytime EDT, Dashing,

DASHING Anytime EDT Dengan 4 Variasi Unik


Lebih menarik lagi, DASHING Anytime EDT ini ada 4 variasi unik dan trendy iaitu Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Saya sudah cuba kesemua variasi tersebut semasa urusan kerjaya, menghadiri acara formal termasuk santai beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Justeru, saya simpulkan 4 variasi wangian mengikut kesesuaian yang terbaik.

COOL
Wangian gabungan Bergamot dan Galbanum, dilapisi dengan Amber dan Kasturi, variasi wangian ini direka khas untuk membangkitkan personaliti maskulin yang ‘cool’ secara semulajadi. Sesuai dipakai untuk urusan kerjaya terutama yang melibatkan temujanji, mesyuarat mahu pun temuduga.

ACTIVE 
Khas untuk lelaki lasak sesuai dengan namanya, adunan haruman Fougere digabungkan dengan Citrus, Lavender dan Amber. Ia membangkitkan aura maskulin aktif dengan personaliti berkeyakinan. Pilihan terbaik untuk aktiviti-aktiviti riadah dan bersukan.

ULTIMATE KICK
Bagi anda yang sering terlibat dalam urusan ‘outdoor’. Ultimate Kick adalah pilihan terbaik. Berkonsepkan ala musim panas yang aktif, ia mengadunkan citrus lemon dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan haruman kayuan serta rempah.

HATTRICK 
Gabungan unik kesegaran Epal sitrus yang diadun bersama aroma bunga dan calitan Amber, Hattrick menyemarakkan personaliti seorang pemenang. Pilihan terbaik untuk ke majlis-majlis rasmi dan keramaian, tetapi hati-hati… khuatir ramai gadis-gadis yang terpikat nanti :).

DASHING Anytime EDT, Dashing,

Bagi saya, DASHING Anytime EDT ini sememangnya dihasilkan untuk memahami keperluan gaya hidup jejaka moden. Mudah nak bawa kesemua variasi wangian ini untuk travel, malah dengan kelebaran saiznya seperti kad kredit, ia mudah dibawa dalam poket baju atau seluar. 

'Smells Great, Anytime, Anywhere'... wangian aura maskulin sememangnya meningkatkan lagi penerampilan diri jejaka setiap masa dan di mana sahaja. Harga DASHING Anytime EDT pun sangat berpatutan, 18ml dijual dengan harga RM7.00 dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.  

15 comments:

  1. Packaging tu nampak senang dan mudah di bawa

    ReplyDelete
  2. Perrghhh lepas ni akan berbau Dashing aje la bro Khir bila berjumpa....mudah dan praktikal!

    ReplyDelete
  3. Senang nak dibawa ke mana-mana dan tidak perlu bimbang akan bau badan dah. Hehe

    ReplyDelete
  4. Eh murah aje rupanya produk ni. Nampak senang nak bawa ke mana mana :)

    ReplyDelete
  5. MESTI RAMAI YG MINAT MILIKINYA

    ReplyDelete
  6. Memudahkan,,dengan saiz yang fleksibel,,harga berpatutan..boleh suggest pada En Suami ni..

    ReplyDelete
  7. qaseh suka Hattrick , so aiols yang pakai haha

    ReplyDelete
  8. ayat paling last...memang win.

    ramai gadis terpikat..

    jika kita tak nak..

    tak akan jadi juga

    hehehehe

    ReplyDelete
  9. Sejak guna ni x perlu bawak botol besar dah

    ReplyDelete
  10. salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html

    ReplyDelete
  11. bagus dashing buat packaging macam ni. mudah nak bawak kemana2. nak2 kalau kaki travel macam saya ni

    ReplyDelete
  12. Dashing Anytime EDT ni memang trendy tuan, dari Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Apa lagi yang jejaka mahu..

    ReplyDelete
  13. Wahhh... comel gitu boleh muat dalam poket seluar... Memang sesuai sangat untuk Otomen ni..hehehe..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.