GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia

GreenAcres, Malaysia's Premier Retirement Village, Ipoh, Perak, Perumahan untuk warga pesara,

Pernahkah kita terfikir apakah antara perancangan terbaik bila mencecah usia persaraan. Tambahan bila anak-anak sudah menempuh haluan masing-masing dan hanya kita, sama ada bersama pasangan atau sendirian di rumah. Anak-anak hanya mampu melawat sesekali, kita pula jenis 'independent', tidak mahu menyusahkan walaupun berkali-kali diajak tinggal bersama.

Mungkin juga ada diantara kita yang mengharapkan kelainan dalam persekitaran gaya hidup yang lebih terjamin dan tersendiri setelah bersara. Tidak kiralah apa pun hasrat, keperluan dan keinginan yang ada, GreenAcres, taman perumahan komuniti persaraan pertama Malaysia ini merupakan antara pilihan yang patut dipertimbangkan dalam memenuhi segala keperluan gaya hidup menjelang usia persaraan seawal 55 tahun.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

GreenAcres – Malaysia’s Premier Retirement Village


Pagi Sabtu, 7 Oktober 2017, saya telah menghadiri acara Pembukaan Rasmi GreenAcres di Meru, Ipoh. Ia merupakan taman perumahan baharu direka khas bagi memenuhi keperluan gaya hidup residen berusia 55 tahun ke atas. Konsep 'premier retirement village' pertama di Malaysia ini dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah Total Investment Sdn Bhd (TI Homes).

Pembukaan GreenAcres dirasmikan oleh Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew Keong dengan keseluruhan pembangunan bernilai RM100 juta. Menyaksikan pembukaan fasa pertama perumahan yang telah siap, menempatkan 26 unit villa satu tingkat dengan lanskap persekitaran menghijau dilengkapi taman, gazebo, laluan pejalan kaki dan tema air dalam komuniti 'well-guarded' sepenuhnya.

Keseluruhan projek melibatkan beberapa fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2021. Fasa pertama villa GreenAcres bukan sahaja menarik minat pesara Malaysia, tetapi juga Hong Kong dan Kanada. GreenAcres Retirement Village ini juga merupakan inisiatif strategik dalam mengubah stigma pemikiran konvensional orang ramai tentang 'old age' dan 'old folks home'. 

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Rumah kelab juga telah siap dibangunkan dengan keluasan 30,000 kaki persegi bernilai RM10 juta sebagai pusat komuniti dan pemangkin aktiviti kejiranan. Ia dilengkapi dewan utama dengan pelbagai kemudahan seperti lounge area, games room, bilik bacaan, saloon, gym, bilik karaoke dan 24 seater mini-cinema, termasuk private function room, café dan dining area. Prasarana selesa dan eksklusif ini merupakan ‘residential clubhouse’ terbesar di Ipoh. 

Selesai majlis perasmian, kami bersama YB Datuk Seri Mah Siew Keong, delegasi kehormat, tetamu undangan dan warga komuniti dibawa melawat persekitaran dalaman rumah kelab ini. Kagum melihat infrastruktur dan kemudahan istimewa yang disediakan untuk kegunaan residen di sini.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Perumahan GreenAcres Memenuhi Keperluan Warga Pesara


Kami juga dibawa melawat 'villa' yang telah siap dan sedia untuk diduduki. Terdapat 6 jenis layout dalaman dengan keluasan antara 734 kaki persegi hingga 1,105 kaki persegi. Mempunyai 2 bilik dan 2 bilik air, setiap villa dilengkapi struktur mesra residen seperti rail, ramp, handle dan kerusi khas bilik mandi termasuk ‘emergency calls button’ untuk perkara yang tidak diduga.

Villa GreenAcres cantik dan selesa, dilengkapi lampu, kipas, penghawa dingin, grill, mosquito netting, cabinet pasang siap dan sistem penggera keselamatan. Kesemua rumah di sini direka sepenuhnya bagi memudahkan warga pesara yang mendudukinya. Malah, terdapat pengurusan komuniti terlatih (first-aid trained) yang sentiasa bersedia untuk apa jua permasalahan yang dihadapi.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

Selain villa dan clubhouse, GreenAcres turut menganjurkan pelbagai ‘age-friendly activities’ dari masa ke semasa yang merangkumi aktiviti riadah dan bersosial seperti movie nights, karaoke evening, senior zumba, yoga, tai chi dan ceramah kesihatan. Boleh dikatakan, residen di sini sentiasa didorong dengan gaya hidup positif dan aktiviti-aktiviti sihat yang bersesuaian dengan peringkat umur persaraan.

Dianjurkan juga siri lawatan ke tempat-tempat menarik yang berhampiran dan lokasi tarikan pelancong terkenal di Ipoh seperti Kledang Saiong Forest Eco Park yang hanya 3 minit dari GreenAcres, taman tema Lost World Of Tambun, Movie Animation Park Studios (MAPS), Kellie’s Castle dan Gua Tempurung sebagai aktiviti riadah bersiar-siar dan makan angin.

GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,
GreenAcres, Malaysia’s Premier Retirement Village, Ipoh,

GreenAcres Pelaburan Bijak Di Usia Persaraan



Pemilikan villa GreenAcres ditawarkan kepada golongan pesara berdasarkan kaedah 'novel lease deposit structure' bermula dengan RM300,000. Ini bermaksud 'lease deposits' akan dipulangkan kepada waris sekiranya kita meninggal dunia. Kita hanya membayar yuran penyelenggaraan bulanan sepertimana di kondominium dan juga bayaran perkhidmatan housekeeping sebagai pilihan.

Sejujurnya pengalaman ke GreenAcres ini telah membuka mata saya bahawa usia persaraan bukanlah penghujung kehidupan tetapi permulaan kepada fasa kehidupan baru. GreenAcres merupakan lokasi kediaman persaraan yang selamat, selesa dan lebih terjamin dari mana-mana taman perumahan biasa. Kehidupan sejahtera, tenang, ceria dan damai sebagai 'reward' menghargai usia persaraan. 

Info lanjut GreenAcres boleh dilayari di www.greenacres.com.my  

COMMENTS

BLOGGER: 34
Loading...
image
Name

Bisnes,32,Blogging,64,Ekspresi,110,Familia,35,Foodie,34,Gadget,8,Hartanah,13,Health & Fitness,11,Hiburan,26,Informasi,98,Intervensi,27,Komuniti,36,Lifestyle,58,Motivasi,118,Movie,12,Pendidikan,38,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,Segmen Dan Giveaway,68,Sosial,41,Teater,5,Travelog,14,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia
GreenAcres – Taman Perumahan Komuniti Pesaraan Pertama Malaysia
GreenAcres, Malaysia's Premier Retirement Village, Ipoh, Perak, Perumahan untuk warga pesara,
https://2.bp.blogspot.com/-4FiwFqOVew8/WdpW80bnD8I/AAAAAAAARMY/lO3BTggfLXMMiGgiUgnPY8WBbaJopPBjwCLcBGAs/s640/GreenAcres%2BIpoh.png
https://2.bp.blogspot.com/-4FiwFqOVew8/WdpW80bnD8I/AAAAAAAARMY/lO3BTggfLXMMiGgiUgnPY8WBbaJopPBjwCLcBGAs/s72-c/GreenAcres%2BIpoh.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/greenacres-taman-perumahan-pesara.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/greenacres-taman-perumahan-pesara.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy