HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter

Tayangan filem istimewa anjuran HyppTV meraikan kanak-kanak Agathians Shelter sempena Deepavali,

Sempena perayaan Deepavali, HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video TM yang pernah menerima anugerah dan dinikmati menerusi pelbagai platform di Malaysia telah mengambil inisiatif meraikan 20 kanak-kanak dan penjaga rumah kebajikan Agathians Shelter dengan acara tayangan filem istimewa. Turut diadakan, kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan barangan asas untuk keperluan rumah kebajikan Agathians Shelter.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Tayangan Istimewa HyppTV Bersama Agathians Shelter


Petang Rabu 12 Oktober 2017, saya telah menghadiri acara HyppTV ini yang diadakan di GSC Signature, The Garden. Ia merupakan program tanggungjawab sosial keraian istimewa merapatkan hubungan serta memupuk keperihatinan masyarakat untuk bersama-sama memberi keceriaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik sempena musim perayaan.

Agathians Shelter menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 kanak-kanak lelaki anak yatim terbuang dan keluarga bermasalah berusia lingkungan 5 hingga 20 tahun, menyelamatkan kanak-kanak dari hidup di jalanan dengan menyediakan perlindungan, makanan, pendidikan serta jagaan kasih sayang agar mereka dapat membesar dengan sempurna.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai dan baucar membeli-belah bernilai RM7,000 oleh Mr Jeramy Kung, Naib Presiden Eksekutif New Media TM kepada Cik Lotus, sukarelawan perancang pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Sebahagian sumbangan diperolehi melalui tabung sumbangan lobi Menara TM oleh warga keluarga TM dan orang ramai baru-baru ini.

Acara diteruskan dengan menonton tayangan filem Cars 3 bersama kanak-kanak Agathians Shelter dan berakhir sekitar 6 petang dengan penuh keceriaan. Pengalaman menarik buat diri ini dalam memupuk keperihatinan dan kasih sayang sebagai masyarakat majmuk yang sejahtera.

HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter,

Kempen Tambah Lagi HyppTV Sempena Deepavali


Sempena perayaan Deepavali, HyppTV turut mengumumkan kempen Tambah Lagi dengan memberikan tayangan percuma selama 15 hari untuk kesemua saluran di Varnam Pack bermula 14 hingga 29 Oktober 2017. Para penonton berpeluang menyaksikan pelbagai hiburan, filem-filem dan siri-siri terbaru melalui saluran-saluran yang tersedia.

HyppTV Varnam Pack saluran program berbahasa Tamil dan Hindi yang menayangkan filem-filem blockbuster, hiburan menarik dan pelbagai lagi serendah RM30 sebulan, ditayangkan percuma selama 15 hari sempena Deepavali.

Layari info lanjut HyppTV di laman web dan media sosial:
Website: www.tm.com.my/hypptv
Facebook: hypptv
Twitter: hyppworld
Instagram: hypptv
Youtube: tmyoutube

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter
HyppTV Meraikan Deepavali Bersama Kanak-Kanak Agathians Shelter
Tayangan filem istimewa anjuran HyppTV meraikan kanak-kanak Agathians Shelter sempena Deepavali,
https://4.bp.blogspot.com/-7rpRENjHD3w/WeC5BqH3T1I/AAAAAAAARRg/3jpioa83b-I459oQTONFxdO2VGcO_9w0wCLcBGAs/s640/HyppTV.png
https://4.bp.blogspot.com/-7rpRENjHD3w/WeC5BqH3T1I/AAAAAAAARRg/3jpioa83b-I459oQTONFxdO2VGcO_9w0wCLcBGAs/s72-c/HyppTV.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/hypptv-meraikan-kanak-kanak-agathians-shelter.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/hypptv-meraikan-kanak-kanak-agathians-shelter.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy