iPro SubangJaya – Repair Smartphone Face To Face Dalam Masa 30 Minit

Sekiranya ada masalah dengan iphone, smartphone dan gajet anda, iPro SubangJaya merupakan pusat repair terbaik yang pasti saya perkenalkan kepada semua. Merupakan pusat repair Apple iDevice dan motherboard Specialist yang menawarkan servis ‘face to face repairing’ dan siap dalam masa 30 minit. iPro SubangJaya memang memudahkan dan mesra pelanggan.

iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,

iPro SubangJaya – iDevice Smartphone Repair  


Minggu lepas, saya telah ke iPro SubangJaya kerana masalah smartphone yang selalu ‘hang’ dan tidak berfungsi dengan baik. Maklumlah, urusan saya pun memang kebanyakkannya di sekitar Subang Jaya, maka ada lebih baik saya singgah melihat sendiri pusat repair smartphone yang menjadi saranan ramai pengguna iphone dan smartphone terutama di kawasan Subang Jaya ini.

Tujuan saya ke sini juga disamping itu adalah untuk mendapatkan serba sedikit nasihat berkaitan iPhone 6 bagi kegunaan kerja. Ternyata lokasi iPro SubangJaya ini sangat mudah ditemui. Ia terletak di tingkat atas lot kedai berhadapan (seberang jalan) Pasaraya AEON Big, Subang Avenue. Jika menggunakan aplikasi waze atau google maps, lokasi iPro SubangJaya akan terus mengarah ke sini.

iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,

iPro SubangJaya menyediakan perkhidmatan repair smartphone ‘Face To Face’. Maka tidak perlu risau tentang ‘originality’ alat ganti kerana segala kerja-kerja baikpulih iphone, smartphone mahupun gajet dilakukan dihadapan kita. Ia juga tidak mengambil masa lama untuk baikpulih masalah yang kebiasaannya berlaku pada iphone dan smartphone. Boleh disiapkan dalam masa 30 minit sahaja.

iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,

iPro SubangJaya Pakar Repair Motherboard iPhone


iPro SubangJaya juga merupakan ‘motherboard specialist’, pakar baikpulih masalah motherboard iPhone seperti isu iPhone Apple stuck logo, charging ic, touch ic, masalah ‘signal searching’ mahupun ‘no service’. Ini juga antara USP yang diterapkan dengan jaminan segala kerosakan seumpamanya mampu diselesaikan dalam 1 atau 2 hari sahaja berbanding kedai lain yang kebiasaannya mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk masalah motherboard.

Perlu juga diketahui, jaminan repair kerosakan motherboard dalam masa 1 atau 2 hari hanya sekiranya iPro SubangJaya merupakan kedai pertama kita kunjungi setelah berlaku kerosakan (1st hand repair dan non-sorting case) dan kerosakan yang tidak melibatkan short circuit, kerana ia memerlukan lebih masa untuk manual checking beberapa ic yang terlibat bagi mengelakkan masalah dikemudian hari. Kedai yang bukan pakar akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk kerja-kerja repair yang sama.  

iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,
iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,

Warranty Untuk Baikpulih iDevice Dan Smartphone


Selain perkhidmatan baikpulih ‘face to face’ dengan harga berpatutan, iPro SubangJaya turut menyediakan warranty untuk setiap repair. Sebagai Apple iDevice Specialist, ia mempunyai kepakaran dalam membaikpulih device keluaran Apple termasuk motherboard berserta warranty mengikut kadar waktu standard yang dipiawaikan.

Bukan sekadar itu sahaja, iPro SubangJaya mempunyai ruang menunggu dan suasana studio yang selesa. Peralatan membaikpulih pun lengkap, malah semua pakar repair iphone, smartphone dan gajet di sini mesra dan peramah. Tiada masalah untuk kita bertanya apa-apa kemusyikilan sewaktu kerja-kerja repair dilakukan. Semuanya akan dijawab dengan sebaiknya.

iPro SubangJaya, iDevice Smartphone Repair, Subang Jaya,

Justeru, sekiranya anda mempunyai masalah dengan iphone, smartphone dan gajet saya sarankan anda untuk berkunjung terus ke iPro SubangJaya ini. Saya sediakan info dan alamat iPro SubangJaya termasuk info media sosial untuk rujukan semua.

iPro SubangJaya – iDevice Smartphone Repairing
17A, Jalan SS15/2A, SS15,
47500 Petaling Jaya, Selangor
Hp: 011 3300 9919
Whatsapp Appointment: iproiphonerepair.wasap.my

Waktu Operasi:
Isnin – Ahad: 10:00 pagi – 10:00 malam
Jumaat: 3 petang – 10:00 malam

Instagram: @IproSubangJaya
Facebook: iprosubangjaya

12 comments:

  1. Replies
    1. Anies sampai separuh dunia boleh pergi, inikan pula sebelah kampung je hehee.. klu hp problem dtg sini je, senang dah tau :)

      Delete
  2. cari macam ni bagus..takdelah kita risau tinggalkan hp lama² kat kedai kan KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah betul.. lagi pun mudah sbb apa2 repair dgn yg pakar. rasa selamat.

      Delete
  3. Bagus dapat tengok sendiri mereka repair depan mata

    kalau buat belakang ktia nanti ada kemungkinan copy isi handphone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau kan klu apa2 yg kita tak tau.. mudah klu buat depan kita, apa2 kita nampak :)

      Delete
  4. Bagus ni. Tempat yang boleh dipercayai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Take note address n contact Fidah. Apa2 mudah klu phone problem.

      Delete
  5. Motherboard iphone pun dapat dibaik pulih. Ini memang manarik tuan. Sekarang bertambah banyak pusat baik pulih smart phone seperti ipro subang jaya yang berurusan dari face to face.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg specialist motherboard ni tuan, mudah klu ada mcm ni. Dah kenal org2nya lagi tak risau :)

      Delete
  6. cepat betul kalau 30 minit je..

    ReplyDelete
  7. Yang jenis face to face ni senang kita nak tengok, betul ke dia tukar benda yang rosak tu kan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.