Asas penting website untuk kerjaya dan perniagaan

Assalamualaikum. Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Bisnes.

Sepanjang tahun ini, saya berpeluang menimba pelbagai input dari usahawan, rakan industri dan institusi tentang beberapa perkara yang perlu ada pada sesebuah laman sesawang atau laman web (website) untuk kepentingan kerjaya dan perniagaan.

Bagi sesetengah rakan institusi, mereka ada bisnes sampingan yang diusahakan. Malah ia juga menjadi kepentingan bagi sesetengah penuntut institusi untuk memiliki sebuah website sebagai platform rujukan C.V. dan persediaan kerjaya melalui portfolio digital.

Secara tidak langsung, input ini saya kongsikan buat rujukan anda yang mempunyai kepentingan yang sama. Perkara asas ini secara realiti telah banyak membantu saya dalam membina kredibiliti kerjaya dan prospek pasaran yang baik.

Apa pun, perkongsian saya adalah dari perspektif seorang pemasar berdasarkan penglibatan industri dan bukan pembangun laman web, programmer atau pakar IT.

Asas Penting Website untuk Kerjaya Dan Perniagaan

Asas Penting Perlu Ada Pada Website

Ada beberapa perkara penting yang perlu diutamakan dalam membina website kerjaya. Sama ada percuma atau berbayar, ia perlu ada asas yang sama.

Pengetahuan asas teknikal juga perlu untuk kebaikan membangun kerjaya atau perniagaan. Mendapatkan khidmat pembangun laman web disamping belajar bermula dengan asas-asas teknikal juga adalah satu pelaburan yang baik.

Semuanya bergantung kepada tujuan dan bajet anda. Cara yang saya kongsikan ini, insyaaAllah mudah untuk anda fahami untuk bertindak lebih lanjut lagi nanti.

Berikut beberapa asas penting yang perlu anda ambil tahu.

1. Nama Domain

Domain adalah nama atau URL website yang anda daftarkan seperti ‘www.namadomain.com‘ atau https://namadomain.com dan seumpamanya.

Pemilihan nama yang bersesuaian ini penting. Ia menjadi faktor yang menyokong imej individu atau ‘nature’ sesebuah perniagaan. Pastikan anda memilih nama domain yang sesuai kerana ia bakal menjadi perkara pertama yang membawa kepada pelbagai penglibatan jangka panjang website.

2. Pelayan Hosting

Sekiranya anda seorang pemula, saya amat sarankan anda sebaiknya mulakan terus dengan sebuah website platform berbayar (hosting + domain). Antara lain, saranan saya agar anda mulakan terus hosting dengan platform website CMS WordPress.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri memulakan penglibatan menulis dengan blog percuma dan hanya membeli domain. Namun semakin website terintegrasi dengan keperluan kerjaya atau bisnes yang diusahakan… hmm banyak kekurangannya… anda pun akan sedar kepentingan ini satu masa nanti.

Memulakan langkah dari awal memberi manfaat jangka panjang. Anda tidak perlu untuk memindahkan data dan kandungan website ke platform baru dan kena buat adjustment 2 – 3 kali. Ada artikel yang rosak, malah perlu belajar pula tentang pengendalian platform yang baru bermula dari basic semula.

Penting juga untuk anda tahu pelan hosting dengan kapasiti keperluan website anda. Lagi pun, harga hosting taklah mahal.. bermula dengan basic plan sudah memadai.

Pelan atau pakej hosting bersama domain perlu dibayar secara tahunan. Biasanya pelan ini terbahagi kepada pilihan seperti startup plan, business plan, professional dan unlimited plan atau seumpamanya. Perlu diingatkan juga agar anda memilih penyedia hosting yang dipercayai. Ada banyak pilihan syarikat hosting yang bagus.. anda boleh buat survey dan ulasan pelanggan.

Pelayan hosting yang dipercayai berdasarkan penglibatan kerjaya serta dilanggan oleh ramai rakan industri, institusi dan usahawan adalah Serverfreak, Exabytes atau RockSoft. Ini sekadar cadangan untuk rujukan anda.

Rujukan ini juga membantu: Cara Mudah Bina Laman Web CMS WordPress.

3. Tema Desktop Dan Mobile (Theme)

Memilih tema website juga penting. Ia perkara penting selepas domain dan hosting.

Pilihan tema yang sesuai untuk paparan desktop, tablet dan mobile serta mesra SEO juga bukan satu masalah kerana kini terdapat pelbagai tema percuma dan berbayar yang memenuhi keperluan ini.

Apa pun, platform CMS WordPress menyediakan banyak variasi wordpress theme, dari yang simple, bisnes hinggalah profesional, sama ada tema percuma dan juga yang berbayar… semuanya ok.

Terdapat juga plugin yang disarankan selaras pengembangan digital seperti plugin Yoast SEO, AMP, Cache, Optimasi HTML, JS dan CSS serta beberapa lagi mengikut kesesuaian anda agar serasi dengan tema laman web serta membantu capaian yang lebih baik kepada prospek pasaran.

4. Halaman Profii & Info (Pages)

Pada setiap laman web ada disediakan halaman ‘page’ yang patut dimanfaatkan dalam membina ruangan profil, maklumat pengurusan, produk dan servis atau apa jua yang difikirkan perlu dan penting untuk diasingkan secara spesifik daripada ruang blog.

Anda boleh lihat contoh pada bahagian paling atas website saya ini. Ada bahagian yang boleh anda tekan dan mengarah kepada landing pages yang lain. Kesemua bahagian yang tersebut tidak bersama dengan ruang Blog Post, tetapi dipanggil Pages. Bahagian Homepage website pada kebiasaannya memaparkan Pages seperti About Us’, ‘Our Team’, ‘Portfolio’, ‘Blog’ dan ‘Contact Us’ 

Segala maklumat bergantung pada matlamat kerjaya dan perniagaan. Halaman profil amat penting dalam hubungan prospek dan pelanggan yang terbina melalui blog post, enjin carian, serta setiap aktiviti inbound dan outbound yang melibatkan laman web.

5. Maklumat Perhubungan (Contact)

Contact atau maklumat perhubungan sudah pasti perkara wajib.

Macam mana nak buat bisnes atau pengukuhan kerjaya sekiranya anda tidak boleh dihubungi. Maklumat perhubungan ini juga bukan sahaja mengandungi emel, nombor telefon atau alamat dan seumpamanya, tetapi boleh juga anda sertakan dengan pautan platform digital lain anda yang berkaitan dengan konteks bisnes atau kerjaya seperti Linkedin, Facebook dan sebagainya. Paling basic, ia setidaknya perlu dilengkapi dengan ruangan pertanyaan terus ke emel.

6. Artikel Blog

Artikel blog tidak semestinya menjadi keperluan sekiranya anda hanya membangunkan portfolio website atau CV kerjaya. Cukuplah sekadar mempunyai single page iaitu paparan muka hadapan atau homepage yang lengkap dengan kesemua ciri-ciri di atas. Namun adalah penting mempunyai kandungan lengkap Profil atau Biodata, Makumat Kerjaya, Portfolio dan Perhubungan.

Namun, Artikel blog sebenarnya membantu meluaskan lagi capaian kepada prospek melalui potensi enjin carian, iaitu kepada prospek yang mencari maklumat. Ia juga menyokong kredibiliti online anda.

Sebagai contoh, sama ada anda seorang pemasar seperti saya, perunding hartanah, insurans, pemilik nurseri, guru tuisyen, malah apa jenis latar belakang kerjaya atau perniagaan sekali pun, konteks penulisan blog sebaiknya difokuskan kepada bidang kepakaran anda agar dapat menjana pembaca dari kalangan prospek pasaran anda.

Artikel blog membuka landasan memperkukuh kerjaya, menjana peluang perniagaan dan meneroka potensi pasaran yang lebih baik dengan niche atau profesyen sebenar. Kaedah ini jugalah yang memberi banyak respon dan pertanyaan di emel melalui carian prospek di enjin carian.

Bagi anda yang berniaga atau komited dalam memajukan kerjaya ke sesuatu peringkat yang ingin anda capai, artikel blog merupakan ruang yang dapat dimanfaatkan untuk membina kredibiliti, bukan sekadar menulis blog tetapi atas kapasiti sebagai seorang ahli dalam bidang yang anda ceburi melalui pengisian kepada pembaca.

Kaedah menulis boleh rujuk di sini: Tips Menulis Artikel Mesra SEO

Asas penting website untuk kerjaya dan perniagaan.

Kesimpulan

Fasa seterusnya adalah mengatur langkah untuk mengintegrasi potensi laman web dalam membina pengukuhan kerjaya atau bisnes anda. Ia juga memerlukan displin dan pengurusan masa dalam menjadikan website anda sebagai salah satu rujukan kepada industri atau bidang yang anda ceburi.

Ada salah satu artikel yang saya tulis bertajuk, Ikon Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Yang Efektif mungkin boleh dijadikan salah satu rujukan dalam membina cara penulisan yang sesuai dengan bidang anda. Selain itu anda juga boleh manfaatkan website anda dengan membina database pembaca melalui Email Newsletter. Rujukan ini ada di bahagian akhir artikel.

Justeru, potensi website dalam pengembangan digital hari ini harus kita manfaatkan sebaiknya. Ia tetap mendominasi kepentingan dalam pelbagai urusan berkredibiliti tinggi kepada pemain dan peneraju dalam segenap sektor industri era digital kini.

Baca lagi: Manfaatkan Email Newsletter Anda Dengan 5 Komponen Ini.

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

18 Thoughts to “Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Bisnes”

  1. Ilmu menganai website juga mesti dipelajari dan dikuasi kan Tn supaya lebih mudah dan lebih lancar ketika mahu membangun website sendiri dengan tujuan yang baik.
    Terima kasih perkongsian.

    1. Betul t PC, terutama jika menggunakan website sbg pemangkin membina kredibiliti, menjana income bisnes atau memperolehi projek dgn lebih efektif.

  2. ini sudah hebat tuan..

    blog saya tetap menjadi saluran santai sahaja buat masa sekarang

    1. Tuan pun ada kelebihan tersendiri.. cuma sudah masa utk sy tumpukan kpd pembaca sendiri dan membina lagi dlm golongan terkait.

      1. sila teruskan tuan..

        kita berada dalam segmen berbeza dan mungkin saya akan beralih kepada website yang rasmi jika ada keperluan untuk berbuat demikian..

  3. Lya

    Semoga Bro Kk akn terus maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Untuk Lya masih lagi mengekalkan blog sebagai blog santai dalam memmenuhi tuntutan menulis yang Lya minati. Semoga terus melangkah lebih jauh .

    1. In shaa Allah Lya.. sama2lah kita semua manfaatkan minat menulis atas landasan yg dirasakan terbaik. Moga kita semua terus melangkah lebih jauh lagi.. aamiin.

  4. perkongsian yg sangat bermanfaat,memiliki domain sendiri satu kelebihan utk bisnis

    1. Betul kak PI.. memiliki domain membantu, dan memiliki hosting membuka bnyk lagi peluang yg boleh dimanfaatkan juga.

  5. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan. […]

  6. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]

  7. […] salah satu artikel terdahulu saya ada menulis tentang Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan. Ia juga antara elemen yang boleh anda jadikan panduan dalam mengintegrasi laman web untuk kerjaya […]

  8. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]

  9. sekarang zaman IT. suka atau tak kita kena belajar juga. bukan kuasai sepenuhnya tapi at least tahu serba sedikit tentang IT ni. ramai peniaga yg masih tak sedar akan keberkesanan mengausai IT utk kebaikan perniagaan mereka baik kecil atau besar

  10. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]

  11. Sangat setuju tuan Khir. Untuk bisnes, mempunyai website dengan fungsi blog adalah langkah bijak.

    Pengalaman sendiri yang ada blog bisnes setup sejak 2014. Setahun buat konten marketing yang evergreen dan sekarang 80% terima traffic hanya melalui carian Google.

  12. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]

  13. […] Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.