Inspirasi Kejayaan Latif Sohor Usahawan OKU entrepreneur ECER

Mengukir sebuah kejayaan pasti banyak cabaran dan pancaroba yang ditempuhi. Begitu juga dengan usahawan OKU berjaya bernama Abdul Latif bin Sohor, demi merealisasikan aspirasi kehidupan yang stabil dan sejahtera. Ia patut dijadikan motivasi dan inspirasi buat kita semua dalam merealisasikan impian kerjaya dan menempuh cabaran kehidupan.

Abdul Latif Sohor, Usahawan OKU Berjaya, entrepreneur ECER, ECERDC,

Latif Sohor Usahawan OKU Cemerlang


Latif Sohor merupakan anak Pahang berusia 40 tahun dan antara usahawan yang telah dikurniakan Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 dibawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Kegigihan dan semangat beliau sehingga bergelar usahawan berjaya adalah bukti bahawa usaha dan kegigihan pasti membuahkan hasil yang baik.

Beliau pada asalnya seorang insan yang normal, namun terpaksa menempuh dugaan berat yang menyedihkan apabila ditakdirkan kehilangan kaki akibat kemalangan yang berlaku hanya beberapa hari sebelum beliau melangsungkan perkahwinan. Namun ujian menyandang status OKU beliau hadapi juga dengan tabah dan sabar.

Latif Sohor, Usahawan OKU entrepreneur ECER,

Sebagai OKU, Latif Sohor menyara kehidupan dengan memulakan perniagaan kuih bahulu yang diperkenalkan oleh rakan isterinya. Berbekalkan modal yang kecil, beliau hanya mampu memperolehi pendapatan sekitar RM800 sebulan. Akhirnya, beliau mengambil keputusan menyertai latihan ECERDC dan SIRIM demi mengubah nasib kehidupan dan merealisasikan impiannya. 

Kini berbekalkan modal insan dan semangat untuk terus maju, beliau dan isteri mampu memperolehi pendapatan mencecah antara RM5,000 ke RM7,000 sebulan melalui perniagaan ‘Kedai Latif & Noraini’. Perancangan dan sokongan yang diperolehi melalui latihan entrepreneur ECER telah membolehkannya mengeluarkan kuih jenama sendiri (Tifaini) dengan standard pembuatan dan pembukusan mengikut piawaian sepatutnya.

Latif Sohor, Usahawan OKU entrepreneur ECER

"Apapun dugaan yang datang, kita harus tempuhi dengan sabar" - Latif Sohor


Sesungguhnya, berkat kesabaran dari usaha yang tidak pernah mengalah pasti membuahkan hasil yang baik. Kata-kata yang menjadi pegangannya sebagai pemangkin semangat untuk terus berdaya maju "Apapun dugaan yang datang, kita harus tempuhi dengan sabar" patut dijadikan sandaran panduan buat kita semua dalam menempuh setiap cabaran dan dugaan merealisasikan hasrat dan impian.


Latif Sohor, Usahawan OKU entrepreneur ECER, Latif & Noraini,

Usaha kejayaan Latif Sohor sebagai usahawan OKU berjaya juga merupakan antara komitmen perlaksanaan transformasi sosioekonomi dan pembangunan modal insan ECERDC dibawah Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam meningkatkan kualiti taraf hidup serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Biar pun bergelar usahawan kecil bagi sesetengah pihak, usaha dan kesungguhan yang dilakukan ini memerlukan kesungguhan dengan semangat jiwa yang besar. Perusahaan yang mampu berkembang ke seluruh negara, juga persada antarabangsa serta antara tunjang transformasi ekonomi negara.

Syabas dan tahniah buat saudara Latif Sohor dan isteri. Semoga terus berjaya.

17 comments:

  1. Semua orang ada cabaran hidup untuk diatasi

    cekal dan teruskan sampai destinasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Doa, usaha, tawakkal dan sabar.. :)

      Delete
  2. skrg ramai oku yg dah berjaya... antaranya pengasas 99 speed mart dan jutawan minyak wangi... sapa yek nama dia? nizam apa ntah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka semua patut dijadikan contoh yg baik utk berjaya :)

      Delete
  3. Replies
    1. Mmg patut kita sokong sbb bukan mudah usaha spt ini utk capai klu tiada ketabahan :)

      Delete
  4. Alhamdulillah..menginspirasi..bantuan Allah akan sampai lebih-lebih lagi pada yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa..insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Allah tidak sesekali menganiaya hambanya. Dengan usaha yg betul, pasti ada kejayaannya :)

      Delete
  5. alhamdulillah
    rezeki allah amik dan beri
    bersyukur seadanya

    ReplyDelete
  6. kekurangan fisik bukan berarti kita harus jadi lemah, kalau terus meratap nasib karena lemah kapan bisa maju, di dekat rumah saya ada juga yang cacat, tapi dia pantang menyerah, motornya di sulap menjadi motor 3 ban, lalu membuka jasa menjahit keliling, dan sekarang sudah punya 3 toko pakaian hasil jahitannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ada semangat dan usaha yg betul, faktor fizikal bukan penghalang. Patut kita semua jadikan contoh yg baik dari orang2 spt ini.. subhanallah.

      Delete
  7. perkongsian yang menarik..izinkan irda share di facebook ya..Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dipersilakan irda, moga ada manfaatnya, in shaa Allah.. terima kasih kembali :)

      Delete
  8. contoh yang baik.. OKU bukan penghalang untuk berusaha sendiri, bukan asal OKU je, minta sedekah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. asalkan ada kemahuan, pasti ada jalan.. lebih baik berusaha dari mengharap simpati org lain atas kekurangan fizikal.

      Delete
  9. Di mana ada kemahuan..di situ ada jalan. Kekurangan bukan penghalang. Tahniah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.