Pedal Forward With Neubodi Menyokong Usaha Kesedaran Kanser Payudara

Kanser Payudara sebenarnya adalah penyakit berbahaya yang boleh dihidapi lelaki dan wanita. Atas inisiatif meningkatkan kesedaran tersebut, Neubodi, jenama pakar pakaian dalam tempatan menjemput orang ramai menyertai program Pedal Forward with Neubodi yang bakal diadakan di High Street Concourse, Aras Bawah, Pusat Membeli Belah One Utama, pada 7 Oktober 2017.

Pedal Foward with Neubodi merupakan acara berbasikal sejauh 18km dan sebahagian kempen tahunan ‘Bra Drive’ anjuran Neubodi sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa. Bertemakan DONATE SUPPORT RECYCLE’. Ia diadakan bagi tujuan mengumpul dana sebanyak RM100,000 untuk program ‘Hospital Angels’ anjuran Persatuan Kebajikan Kanser Parudara (BCWA) Malaysia disamping menangani diskriminasi jantina kanser payudara. 

Pedal Forward With Neubodi, Bra Drive, Neubodi,
(Dari kiri) Ms. Anne Tan, Pengasas dan CEO Neubodi; Peserta Pedal Forward, Lavin Seow,
Bekas Miss Malaysia; dan  Carrie Lee, Pelakon; bersama Matron Zainab Abdullah,
Community Outreach Services Manager, Breast Cancer Welfare Association Malaysia.

Pedal Foward With Neubodi Meningkatkan Kesedaran Tentang Kanser Payudara


Menurut fakta Institut Kanser Negara Malaysia, kurang daripada 72% lelaki yang dirawat dapat pulih daripada kanser payudara. Berbeza dengan wanita, golongan lelaki biasanya tidak berjumpa doktor dengan segera dan hanya berjumpa setelah mendapat tanda-tanda serius. Pada ketika itu kanser payudara besar kemungkinan telah merebak dan kritikal.

Melalui acara Pedal Forward with Neubodi, BCWA akan membawa pakar-pakar terlatih melawat pesakit-pesakit kanser payudara yang baru didiagnosis sebagai inisiatif membantu mereka mempelajari cara -cara menangani kanser payudara dengan dorongan positif. Para peserta boleh mengetahui usaha ini dengan menyertai pasukan ‘Pedal Forward’ di #pedalforwardwithneubodi di www.mystartr.com 'Project Pedal Forward'.

Dianggarkan 100 basikal disediakan (first come, first serve) manakala bagi yang ingin menggunakan basikal sendiri juga dialu-alukan. Para peserta bakal bertemu tokoh dan selebriti seperti Puan Sri Dato’ Akmal, Amber Chia, Thanuja Ananthan, Isabelle Liow dan ramai lagi. Ada di antara mereka pernah mengalami kanser payudara, ada juga mempunyai orang tersayang menghidapi kanser payudara atau pernah kehilangan seseorang akibat penyakit ini.

Pedal Forward With Neubodi,

Pedal Foward With Neubodi Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa


Pedal Forward With Neubodi turut menyediakan pelbagai aktiviti antaranya Unit bergerak BCWA, MURNI, akan menyediakan pemeriksaan payudara klinikal (clinical breast examination, CBE) dan mendidik orang awam tentang kaedah pemeriksaan diri. Terdapat juga aktiviti seperti flash mob, sesi dandanan, pembuatan kraf tangan sehinggalah ke seni pin, perbincangan penjagaan alam sekitar, sesi makan bertema, dan photo booth buat semua pengunjung tanpa mengira lapisan umur.

Selain itu, ada disediakan 'Bank Bra' bagi menyumbang pakaian dalam terpakai yang boleh dimanfaatkan kepada kanak-kanak perempuan dan wanita kurang bernasib baik, termasuklah mangsa pemerdagangan seks dan kemiskinan. Ia juga disediakan di semua cawangan Neubodi seluruh negara bermula 5 Oktober hingga 5 November 2017, 
 
Barangan tidak sesuai dijadikan sumbangan akan dikumpul oleh Life Line Clothing untuk dijadikan bahan bakar pejal guna semula bagi mengurangkan 'landfill issues' industri tekstil. Tambahan lagi, RM10 bagi setiap PINK BRA yang dibeli dari KOLEKSI GO PINK eksklusif Neubodi, akan disumbangkan ke BCWA sebagai inisiatif membantu pesakit kanser payudara ke arah kesembuhan.

Info lanjut Pedal Foward With Neubodi di facebook.com/neubodi atau www.neubodi.com 

4 comments:

  1. Menariknya program Pedal Forward With Neubodi turut deserikan dengan acara yang pasti menyeronokkan seperti dandanan, pembuatan kraftangan dan diskus alam sekitar. Ada 100 basikal disediakan untuk peserta. Memang terbaik program ni tuan.

    ReplyDelete
  2. Program menarik untuk bersama diikuti mnmbah ilmu n kesedaran mengenai penyakit kronik ini

    ReplyDelete
  3. perlu program sebegini kerap sbb ada pesakit seawal 20 dah mengidap penyakit plg ditakuti wanita ni

    ReplyDelete
  4. Program yg menarik. Perlunya ada pemdedahan dan kesedaran awal tentang penyakit yang merbahaya macam ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.