Perbincangan Kaji Selidik Realiti Ekonomi Freelancing Malaysia

Realiti Freelancing Economy Malaysia, Pekerjaan bebas, freelance,

Berdasarkan fakta rasmi menyatakan 30% daripada tenaga kerja sedunia kini merupakan ‘freelancer’. Menurut laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ogos 2017 turut menyenaraikan bahawa ekonomi pekerjaan bebas di Malaysia telah turut berkembang sebanyak 31%, menjadikan Malaysia pasaran ke-3 terbesar di rantau ini.

Atas aspirasi memperkasa persediaan dalam mendepani trending ekonomi pasaran Pekerjaan Bebas (Freelance), INTI International University & Colleges telah menganjurkan sesi perbincangan lanjut dalam mengulas hasil kaji selidik terkini yang telah dilaksanakan bertajuk The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,
The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy

Kaji Selidik Ekonomi Pekerjaan Bebas Di Malaysia


Saya telah diundang ke sesi perbincangan pada 26 Oktober 2017, yang turut dihadiri rakan industri, warga pendidik dan usahawan. Ia membentangkan keadaan sebenar ekonomi pekerjaan bebas di Malaysia masa kini berdasarkan hasil kaji selidik terhadap 300 freelancer profesional mewakili bidang perniagaan, pemasaran, IT dan sains komputer, seni kulinari dan senireka di Malaysia.

Sesi perbincangan diwakili Ketua Pegawai Eksekutif INTI, Timoty Bulow bersama antara rakan industri iaitu Wong Theen Chuan, Timbalan Pengurus, Jabatan Pengurusan Strategi KWSP; Melvin Lim, Ketua Pegawai Kewangan, Trisilco IT Sdn Bhd, Lau Chak Onn, Ketua Pengarang, Cilisos Media Sdn Bhd dan Freda Liu Personaliti Radio Bfm selaku Moderator.

Ia diadakan bagi mengumpul maklumat lanjutan serta pencerahan mendalam agar institusi pengajian tinggi dan kerajaan dapat memberi kaedah terbaik memperkasa ekonomi sektor ini. Perbincangan turut mengetengahkan realiti kaji selidik sektor freelancing di Malaysia iaitu;

- 68% Freelancer memilih untuk bekerja sendiri walaupun terdapat peluang bekerja tetap.
- 66% Freelancer tidak mempunyai pelan persaraan.
- 65% Freelancer mahu kerajaan mengiktiraf 'freelancing' sebagai kerjaya rasmi.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,

Diskusi Pakar Industri Terhadap Realiti Freelance Ekonomi Malaysia


Perbincangan turut menyentuh dapatan kaji selidik yang menyatakan pekerjaan bebas semakin popular terutama dikalangan generasi baru. Namun kemampanan kewangan jangka panjang mereka yang sudah bergiat dalam dalam bidang ini sebenarnya masih di tahap membimbangkan yang ketara.

Fakta menyatakan 66% freelancer tidak mempunyai pelan persaraan, manakala 33% lagi tidak mempunyai sebarang pelan simpanan peribadi. Terdapat juga freelancer yang masih bergantung kewangan melalui sokongan ahli keluarga walaupun telah lama berkecimpung dalam bidang ini. 

Justeru, oleh kerana 65% freelancer mahu pengiktirafan kerajaan agar bidang freelancing dikategori sebagai kerjaya rasmi, ia merupakan tanggungjawab KWSP kepada kerajaan untuk meningkatkan lebih banyak insentif skim simpanan persaraan dan kesedaran kewangan dikalangan Freelancer agar ia dapat diwartakan sebagai kerjaya rasmi sebagaimana tertakluk kepada pekerja sepenuh masa atau usahawan.

Pekerjaan bebas dianggap menarik kerana dapat menentukan masa sendiri. Namun masih ramai tidak memahami elemen kewangan seperti pelan pinjaman, percukaian, simpanan dan persaraan. Terdapat jurang ketara profesionalisme dan ketidakstabilan kewangan yang perlu ditangani bagi menyokong kelestarian ekonomi jangka panjang mereka yang menceburi kerjaya freelancing.

Selain itu, menurut panelis yang diantaranya pernah menjadi freelancer, pelbagai pihak perlu mengambil kira secara serius agar sektor ini mampu membangunkan ekonomi secara strategik. Kemajuan teknologi juga menjadi pemangkin platform Freelancer dan Upwork serta mempengaruhi cara usahawan menawarkan peluang pekerjaan agar kekal kompetitif.

The Realities Of The Malaysian Freelancing Economy,
Bersama Lau Chak Oon, Ketua Pengarang Cilisos Media Sdn Bhd

Memperkasa Peluang Kerjaya Dan Ekonomi Freelancer


Sektor pekerjaan bebas menuntut institusi pengajian tinggi memperkasa modal insan agar graduan yang berhasrat menceburi sektor ini mampu bersaing dan berdikari dalam kemajuan industri. Kemahiran ‘soft skill’, pengetahuan kewangan, simpanan, polisi percukaian dan pelan persaraan adalah sesuatu yang perlu diperkasa demi kebaikan jangka panjang.

Melalui kerjasama lebih 450 rakan industri, INTI turut menyediakan program bersepadu pembelajaran praktikal dari Pusat Inovasi Pendidikan IBM, program bakat E-Perdagangan Global Alibaba dan program Ignite Google bagi meningkatkan persediaan profesionalisme terhadap impak pekerjaan bebas serta menggunakan peluang tersedia memperkasa kerjaya.

Saya berpendapat, seiring Bajet 2018 yang menyaksikan peningkatan insentif keusahawanan untuk syarikat-syarikat kecil sederhana bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara, kaji selidik INTI dilihat sebagai langkah awal yang boleh digunakan dalam menambahbaik persiapan tenaga kerja generasi baharu yang lebih profesional dan berdaya saing untuk kebaikan semua pihak terlibat.     


COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Perbincangan Kaji Selidik Realiti Ekonomi Freelancing Malaysia
Perbincangan Kaji Selidik Realiti Ekonomi Freelancing Malaysia
Realiti Freelancing Economy Malaysia, Pekerjaan bebas, freelance,
https://2.bp.blogspot.com/-7q1aSzQXigY/WfcuZy4XvxI/AAAAAAAARhE/21vNRYfNVL0yJb9cy6XCDI_whKUWr5P1wCLcBGAs/s640/Freelancing%2Beconomy.png
https://2.bp.blogspot.com/-7q1aSzQXigY/WfcuZy4XvxI/AAAAAAAARhE/21vNRYfNVL0yJb9cy6XCDI_whKUWr5P1wCLcBGAs/s72-c/Freelancing%2Beconomy.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/realiti-freelancing-economy-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/realiti-freelancing-economy-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy