Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court, Genting Highlands

Cabaran Siapa Paling Berani di Amber Court sempena filem Haunted Hotel, Lomo Pictures,

Siapa yang tidak takut hantu, jin, makhluk halus atau yang seangkatan dengannya? Apatah lagi jika berhadapan perasaan seram atau kejadian yang sukar diperjelaskan oleh norma kehidupan manusia. Itulah antara perasaan yang ada bila mula bersetuju menyertai cabaran ‘Siapa Paling Berani’ di Amber Court, Genting Highlands, lokasi yang tersenarai antara kawasan paling ‘haunted’ di Asia.

Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Amber Court, Genting Highlands

Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court


Cabaran Siapa Paling Berani ini diadakan bersempena filem seram Haunted Hotel yang dilancarkan tayangannya baru-baru ini. Filem terbitan Lomo Pictures dan arahan Ryon Lee yang menggandingkan pelakon popular dari Thailand, Malaysia dan China ini menjadikan Amber Court sebagai lokasi utama penggambaran filem Haunted Hotel.  

Preview Haunted Hotel boleh baca di sini> Haunted Hotel Filem Seram Buat Anda Tak Senang Duduk. Ia mencatatkan sambutan menggalakkan dengan penjualan tiket mencecah RM 600,000 untuk 3 hari ditayangkan di Malaysia dan RM11 juta di China. Bagi yang sudah menonton, pasti tahu beberapa lokasi yang dikongsikan dalam entri ini.

Inilah kali pertama saya dan abang ngah menjejakkan kaki ke Amber Court, pada petang Sabtu, 21 Oktober 2017. Melihat persekitaran sepertimana yang pernah dilihat melalui perkongsian pelbagai blog, youtube dan gambar-gambar Google… pelbagai misteri diceritakan disebalik alam kehidupan.

Haunted, Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Kaunter menyambut tetamu di lobi

Amber Court – Kisah Misteri Di Sebalik Kehidupan


Amber Court bukanlah bangunan kosong atau ditinggalkan, tetapi dihuni kebanyakkannya warga asing bekerja dikawasan sekitar dan pelancong menginap di bilik hotel yang disediakan. Di perkarangan lobi menempatkan kedai makan, kedai runcit, dobi dan kedai telekomunikasi yang rata-rata dimonopoli warga asing seumpama sebuah pekan dalam komuniti mereka.

Saya kagum sebaik melangkah masuk ke bilik hotel. Luas dan selesa, menempatkan ruang tamu, dapur, sebuah bilik tidur serta beranda. Merupakan hotel apartmen eksklusif dalam zamannya. Bagi saya, jika tidak disebabkan kejadian seram yang dikongsikan ramai, ditambah struktur dinding luaran yang nampak suram, Amber Court adalah antara tempat penginapan bercuti yang selesa.

Bilik kami di tingkat 23, iaitu tingkat yang paling atas... permandangan cantik dengan tiupan bayu Tanah Tinggi Genting yang nyaman... sayup namun dengan sedikit perasaan seram.

Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Bilik Hotel Apartment Amber Court
Cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Pemandangan bawah dari beranda tingkat 23

Terdapat pelbagai aktiviti residen di sini, namun disebalik kehidupan, ada tempat-tempat yang dianggap ‘keras’, menyimpan pelbagai misteri dan tragedi. Perkara pertama selepas check-in, kami dibawa melawat ke beberapa lokasi penggambaran Haunted Hotel, sebelum menuju ke salah satu tempat ‘keras’ yang menjadi lokasi cabaran Siapa Paling Berani diadakan.

Justeru, dibawah ini saya kongsikan beberapa gambar lokasi penggambaran Haunted Hotel. Saya difahamkan, pengarah dan krew turut diganggu semasa sesi penggambaran. Antara tempat-tempat ini juga ada berlaku tragedi kematian 7 anak-beranak bunuh diri dan kawasan yang dihuni makhluk halus. Ramai pernah diganggu terutama bila berseorangan.

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Melawat lokasi penggambaran Haunted Hotel... bilik pintu bergrill itu ada kisahnya..
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Pintu bergrill itu adalah bilik tragedi 7 anak beranak bunuh diri
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Lokasi tangga penggambaran jelmaan 'Ling' dalam Haunted Hotel 
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Lokasi tandas tinggal yang digunakan sebagai tandas hospital dalam Haunted Hotel
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Kawasan tangga yang gelap, juga lokasi penggambaran filem
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Tempat parkir yang memaparkan adegan cemas dalam Haunted Hotel
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Groupfie dulu sebelum cabaran Siapa Paling Berani bermula


Siapa Paling Berani Di Lokasi ‘Haunted’ Amber Court


Lokasi pilihan cabaran Siapa Paling Berani diadakan di tempat parkir basement Amber Court. Kami perlu mencari satu botol perfume yang diletakkan di salah satu bilik di kawasan yang gelap gelita. Setiap peserta perlu pergi berseorangan mencari perfume tersebut, hanya berbekalkan flashlight smartphone dan rekod video dalam masa ditetapkan.

Pusingan pertama kami diberi masa 1 minit, namun semua gagal menemui botol perfume yang diletakkan. Seriously… kawasan tersebut banyak bilik, gelap, sejuk dan menyeramkan. Bila mula berlari masuk, baru terfikir dikuatiri tak bertemu jalan keluar pula, atau keluar ke dunia yang lain… aduhhh.

Pusingan kedua dengan tempoh masa 2 minit juga gagal. Barangkali ada yang main-main sembunyi botol kerana kami semua dibawa melihat sendiri kedudukan botol perfume diletakkan selepas gagal pusingan pertama. Masuk pusingan ke-3, barulah seorang demi seorang berjaya. Saya mendapat tempat ke-3 dengan kiraan masa 1 minit dan beberapa saat. 

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,

Situasi pelik? misteri? seram?… macam-macam ada… mungkin ada yang berpendapat ia sekadar mainan perasaan… wallahualam.

Namun lebih terkesan bila dapat tahu selepas berakhir cabaran yang lokasi itu antara tempat paling keras. Banyak kejadian… ramai pernah terserempak gadis cantik yang berubah rupa mengerikan, nampak lembaga besar, kena sampuk dan meracau tak jumpa jalan pulang. Kawasan ini sebenanya ditutup kepada orang ramai. Syukurlah, tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Apa pun, keesokan hari sebelum berangkat pulang, setiap pemenang menerima hadiah atas keberanian mengatasi cabaran Siapa Paling Berani. Hadiah menarik, sebuah smartphone Violet III keluaran VC Smartphone. Ia merupakan smartphone yang digunakan dalam filem Haunted Hotel.

Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Alhamdulillah.. rejeki gue. Terima kasih :)
Haunted Hotel, cabaran Siapa Paling Berani, Amber Court, Genting Highlands,
Gambar kenangan pemenang cabaran Siapa Paling Berani

Penghargaan terima kasih kepada Lomo Pictures dan Sam Kassim Events and Communications atas penganjuran Cabaran Siapa Paling Berani, juga VC Malaysia atas tajaan Smartphone. Tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan yang berkongsi jurnal pengalaman meneroka cabaran di Amber Court ini. Ia satu pengalaman berharga yang ‘thrill and rare’ serta mencabar buat diri ini.

Justeru nak dapatkan ‘feel’ misteri Amber Court, sama-sama kita saksikan filem Haunted Hotel di pawagam berdekatan. Kini terdapat 69 pawagam yang menayangkan filem Haunted Hotel termasuk TGV KLCC bermula hari ini atas permintaan dan sambutan ramai.

Masa terbaik tonton adalah pada waktu malam… baru betul ada ummpph!  

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court, Genting Highlands
Cabaran Siapa Paling Berani Di Amber Court, Genting Highlands
Cabaran Siapa Paling Berani di Amber Court sempena filem Haunted Hotel, Lomo Pictures,
https://3.bp.blogspot.com/-qtWkfvX0l3w/We1WKQeRCuI/AAAAAAAARaA/QD_Pb6hXo_EuVJbHxVBfmyH0JP0_5dPEgCLcBGAs/s640/Amber%2BCourt%252C%2BGenting%2BHighlands.png
https://3.bp.blogspot.com/-qtWkfvX0l3w/We1WKQeRCuI/AAAAAAAARaA/QD_Pb6hXo_EuVJbHxVBfmyH0JP0_5dPEgCLcBGAs/s72-c/Amber%2BCourt%252C%2BGenting%2BHighlands.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/siapa-paling-berani-amber-court.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/siapa-paling-berani-amber-court.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy