SOFTA Marketing - Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER

Anugerah Usahawan Muda Terbaik ECER, ECERDC, Wan Muhammad Fadhil, Softa Marketing,

Pastinya ada diantara pembaca yang sudah mengetahui tentang sebuah syarikat pengeluar hasil laut bernama SOFTA Marketing. Kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan muda berjaya bernama Wan Muhammad Fadhli Wan Mohd Yusuf, individu yang bertanggungjawab memajukan lagi potensi perniagaan SOFTA Marketing memperkasa peluang pasaran antarabangsa.


SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

Anugerah Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER


Wan Muhammad Fadhli, usahawan berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan entrepreneur ECER 2017 kategori The Best Young Entrepreneur. Beliau berjaya memajukan perniagaan keropok lekor daripada perusahaan ‘cottage industry’ ke peringkat pengilangan dan pemasaran komersil tempatan dan antarabangsa.

Softa Ocean Foods (SOFTA), diasaskan pada 1988 oleh bapanya Tuan Haji Wan Mohd Yusuf dan diwarisi kepada beliau dan abangnya. Ia dinaiktaraf kepada SOFTA Marketing Sdn Bhd pada 2013 dan merupakan pengeluar dan antara pemain utama industri ‘Halal fish based product’ di Malaysia.

Ia bukas usaha yang mudah untuk sampai ketahap seperti ini sekiranya tiada minat yang mendalam serta fokus matlamat yang betul. Banyak pengalaman pahit manis diharungi dalam meneruskan usaha perniagaan. Justeru, beliau mengambil langkah positif melalui peluang Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) demi memacu perniagaan untuk lebih berdaya maju.

SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,
SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

Memartabat Perusahaan Desa Ke Persada Antarabangsa


Atas minat dan kepercayaan, beliau terus melangkah ke hadapan dengan inisiatif menyertai program keusahawanan dibawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ia menjadi antara platform sokongan serta input bimbingan modal insan memajukan lagi perniagaannya.

ECER membantu memperkukuhkan elemen pemasaran melalui sokongan berterusan, malah turut menyediakan bimbingan dalam menambahbaik kualiti pengeluaran, perlabelan serta pembungkusan. Kini setiap produk yang dikeluarkan berstatus halal dan menepati standard piawaian pengilangan serta pembungkusan antarabangsa.


SOFTA Marketing, The Best Young Entrepreneur ECER,

“Teruskan Minat, Jangan Berputus Asa” – Wan Muhammad Fadhli


Baru-baru ini SOFTA Marketing telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bersama Shanghai C-HK International Logistics Inc. dari China untuk mengeksport produk ‘fish-based halal food’ bernilai RM5 juta untuk tempoh 3 tahun. Antara produk yang akan dieksport ke pasaran antarabangsa adalah keropok lekor, keropok udang dan sotong.

Falsafah kejayaan Wan Muhammad Fadhli, beliau minat terhadap apa yang diusahakan. Sesungguhnya, minat mampu melahirkan ketekunan dan usaha yang bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dalam apa jua bidang yang diceburi. Minat juga pasti melahirkan idea yang lebih berdaya maju dan berani menempuh segala cabaran serta dugaan.

Tahniah buat saudara Wan Muhammad Fadhli dan SOFTA Marketing.

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: SOFTA Marketing - Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER
SOFTA Marketing - Usahawan Muda Terbaik entrepreneur ECER
Anugerah Usahawan Muda Terbaik ECER, ECERDC, Wan Muhammad Fadhil, Softa Marketing,
https://4.bp.blogspot.com/-sXjITVMG6RE/WeQ_FRIGcII/AAAAAAAARUI/hzzQgO6CWN8xnANez_ENlwYQU6giz9_CACLcBGAs/s640/The%2BBest%2BYoung%2BEntrepreneur%2BECER.png
https://4.bp.blogspot.com/-sXjITVMG6RE/WeQ_FRIGcII/AAAAAAAARUI/hzzQgO6CWN8xnANez_ENlwYQU6giz9_CACLcBGAs/s72-c/The%2BBest%2BYoung%2BEntrepreneur%2BECER.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/10/softa-marketing-usahawan-muda-ecer.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/10/softa-marketing-usahawan-muda-ecer.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy