Sunway iLabs Accelerator Memperkasa Inovasi Usahawan Muda

Baru-baru ini saya telah menghadiri acara final pitch Sunway iLabs Start-It Challenge yang menyaksikan 3 kumpulan bakat usahawan muda dengan pembentangan idea inovasi terbaik telah terpilih menyertai program lanjutan Sunway iLabs Accelerator. Inisiatif lanjutan memperkasa bakat inovasi usahawan belia Selangor anjuran Sunway iLabs ini bakal diteruskan bermula Januari 2018.

Sunway iLabs Accelerator programme,

Final Pitch Sunway iLabs Start-It Challenge


Pelancaran Sunway Start-It Challenge pada 25 Ogos 2017 mendapat 160 penyertaan dari seluruh negeri Selangor. Artikel tersebut pernah saya kongsikan bertajuk Sunway iLabs Start-It Challenge Memperkasa Keusahawanan Belia Selangor. Melalui pelbagai workshop dan Ideation Weekend, acara kali ini merupakan proses terakhir sebelum memilih calon yang layak untuk ke program lanjutan.

Sebanyak 10 kumpulan usahawan muda dengan idea inovasi terbaik dipilih untuk membentangkan rancangan perniagaan kepada panel mentor dan pakar industri sempena final pitch ini. Mereka berpeluang merasai pengalaman sebenar sepertimana pembentangan kepada venture capitalists dan pelabur perniagaan.

Pengasas dan Patron Selangor Youth Community (SAY), DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir menyaksikan pembentangan dan menyampaikan anugerah. Panel juri pula diwakili Sunway Education Group’s Senior Executive Director, Dr Elizabeth Lee; Principal Advisor Nexea Angels, Alan Lim; CEO dan Co-Founder of Pitchln, Sam Shafie dan Digi’s Head of Information, Kenny Lee.

Sunway iLabs Accelerator,

Selain final pitch, turut diadakan diskusi “The Role of Millennials to Drive Innovation in a Digital Era”. Ia diwakili pemimpin industri sebagai panelist seperti CEO Lazada, Hans-Peter Ressel; CSO Axiata Digital, Zoran Vasiljev; dan CSO Impiro and Advisor, Ben Chong. Perkongsian diskusi yang bermanfaat sebagai input terkini tentang pasaran dan trending generasi Milenial dalam era digital masa kini.

CEO Lazada, Hans-Peter Ressel, Khir Khalid,

Sunway iLabs Accelerator Programme


Jason Yim, pelajar jurusan Psikologi, Sunway University bersama kumpulan dipilih sebagai pemenang pertama dengan inovasi Artificial Intelligence (AI) chatbod yang direka khas untuk bantuan psikologi. Merupakan aplikasi yang membantu individu yang mengalami tekanan (stress) melalui teknik dan kepakaran khas bagi meredakan stress.

Tempat kedua dimenangi Ashman Rizaruddin dan Aiman Zulqadri Mohd Zuber dengan inovasi Hermes Helmet Projector. Ia merupakan sistem aplikasi tunjuk arah seperti Google Maps yang boleh dimuatkan dalam helmet dan memudahkan penunggang motorsikal melalui pancaran ke visor.

Team Suka Go, diwakili Muhammad Zarif Shamil Jamil dan Nurul Jannah Najman menduduki tempat ke-3 dengan penghasilan platform kesukarelawan bagi memudahkan organisasi NGO yang memerlukan sukarelawan. Selain itu, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan turut terpilih dengan inovasi ‘self-charging power bank’ yang unik.

Sunway iLabs Accelerator,

Sunway iLabs Accelerator Bermula Januari 2018


Final pitch Sunway iLabs Start-It Challenge ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan pengisian yang memberi kesedaran tentang kepentingan inovasi dalam mendepani pelbagai persaingan kemajuan teknologi masa kini. Kesemua usahawan muda yang terpilih bakal menyertai Sunway iLabs Accelerator Programme yang akan bermula pada Januari 2018.

Selain itu, penaja Start-It Challenge - Sunway, Digi, CIMB, Axiata Digital, Lazada, Impiro dan Grab turut mengumumkan nama-nama calon peserta yang dipilih untuk ditemuduga bagi memenuhi peluang internship atau menjawat pekerjaan. Tahniah dan semoga terus sukses.

Info lanjut Sunway iLabs Accelerator di https://innovationlabs.sunway.edu.my  

14 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah kepada semua yang terpilih sebagai pemenang..,dan selamat maju jaya pada semua calon yang bakal menduduki temuduga..

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd yg berjaya...semoga trs cemerlang pd ms hadapan

    ReplyDelete
  3. bw sini, tahniah kepada pemenang, suka tengok anak muda berwawasan, kreatif dan inovatif macam ni... semoga pertandingan macam ni mampu melahirkan lebih ramai anak muda yang berkualiti...

    ReplyDelete
  4. tahniah semua pememang, bagusnya muda2 lagi berwawasan

    ReplyDelete
  5. Tahniah kpd pemenang siswa siswi yg bijak harapan masa depan negara

    ReplyDelete
  6. tahniah pada pemenang...segak ostad haha

    ReplyDelete
  7. Rindu dgn blogger KK..hebat..tahniah ya nice n3

    ReplyDelete
  8. tahniah pada yang dah berjaya. Moga terus berjaya terus.

    ReplyDelete
  9. kalau di Jakarta sedang populernya program wakil gubernur pak Sandiaga ok oc, membentuk jiwa entreprenur muda

    ReplyDelete
  10. Inspirasi.... tahniah kepada pemenang ya :)

    ReplyDelete
  11. tahniah pada mereka yang berjaya...bagus ada program seperti ini...galakkan anak2 muda kita jadi delevoper..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.