Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Bloggers’ Party, acara penuh keceriaan bersama rakan-rakan blogger anjuran Ayamas Kitchen. Ia diadakan sempena pelancaran rangkaian produk terbaru Ayamas Kitchen ‘ready-to-eat’ yang menawarkan 3 jenis pek sedia-dimakan dengan hidangan citarasa Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Ayamas Kitchen Lancar Rangkaian Produk ‘Ready-To-Eat’


Pada 4 November 2017, saya telah menghadiri Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party di QSR Trading Test Kitchen, Glenmarie, Shah Alam. Ia merupakan bloggers' party kedua saya hadiri selepas Ayamas Kitchen Pastry and Sauce Bloggers' Party sebelum ini.  

Kali ini Ayamas Kitchen memperkenalkan rangkaian produk sedia-dimakan RTE (Ready-To-Eat) yang baru dilancarkan. Berslogankan ‘Mudah dan Lazat’, rangkaian produk RTE Ayamas Kitchen ini amat mudah disediakan. Hanya perlu dipanaskan selama 4 hingga 5 minit untuk dihidangkan.

Menurut En Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengendali Kedai Ayamas; “Produk sedia-dimakan telah lama mendapat tempat di hati pelanggan khususnya generasi muda. Pihak Ayamas menerusi R&D telah mencipta 3 jenis pek RTE dalam bentuk hidangan berkualiti”.

Rafiq Moosa, Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Turut diadakan demonstrasi produk yang dipersembahkan secara lakonan senyap dan mencuit hati. Ia menunjukkan bagaimana mudah dan ringkas penyediaan rangkaian produk RTE ini untuk dinikmati sekeluarga dan tetamu yang berkunjung. Kami juga turut dihidangkan dengan ketiga-tiga pilihan RTE ini... memang sedap... ambil makanan penuh pinggan pun sampai 2 kali tambah haha :). 

Acara diteruskan dengan sesi Contest – Most Creative RTE Presentation, 3 kumpulan yang diwakili 2 blogger setiap satunya perlu melakonkan adegan secara senyap mengikut kreativiti masing-masing. Adegan ini turut mengetengahkan mesej seperi demonstrasi produk tentang bagaimana rangkaian produk RTE Ayamas Kitchen memudahkan lagi urusan kehidupan.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,
Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Bagi saya, sajian rangkaian produk RTE ini memang sedap dan bermutu dengan harga yang berpatutan. Mudah kalau nak sediakan terutama jika teringin nak makan citarasa masakan istimewa seperti Nasi Kandar Ayam Masala, Briyani Ayam Bukhara dan Nasi Pilaf Ayam Mentega ini di rumah pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah menyediakannya.

Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party,

Penghargaan Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers' Party


Penghargaan terima kasih kepada QSR Brands (M) Holdings Berhad Upstream Division atas penganjuran Ayamas Kitchen Ready-To-Eat Range Bloggers’ Party. Majlis yang meriah, hidangan pun memang sedap, berkualiti dan bercitarasa original.

Bagi yang mahukan rangkaian produk Ayamas Kitchen Ready-To-Eat, Nasi Kandar Ayam Masala dijual dengan harga RM7.90 sepeket, manakala Briyani Bukhara Ayam dan Nasi Pilaf Ayam Mentega dijual dengan harga RM8.50 sepeket. Ia boleh didapati di kesemua Kedai Ayamas seluruh Malaysia.

Info lanjut di Fb Kedai Ayamas – Ayamas Roasters atau website www.kedaiayamas.my.  


11 comments:

  1. Bagus ayamas buat set ready to eat ni...memudahkan org bujang macam SA

    ReplyDelete
  2. Senang ada yang ready to eat macam ni. Jimat masa :)

    ReplyDelete
  3. Memudahkan...boleh beli simpan...terutama bila ada tetamu unplanned nak datang...solusi ni....alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. bagus produk nie . memudahkan urusan manusia

    ReplyDelete
  5. boleh jadi pengganti maggi nie

    ReplyDelete
  6. AYAMAS terus berada dalam corak pasaran terkini. Dengan adanya pek ready-to-eat akan meningkatkan lagi jualan dan memudahkan pengguna.

    ReplyDelete
  7. Wahhh....bestnye Ayamas dah ade produk RTE ni... Okay... Sepantas kilat LeYa nak mencubanya... hehehehe...

    ReplyDelete
  8. nampaknya mcm kena cari juga ni

    ReplyDelete
  9. Ayamas antara makanan feveret Mak sekeluarga..sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.