ECERDC, MYKASIH Perkasa Pelajar Orang Asli

Program empower ECER-MyKasih bantu perkasa pelajar orang asli, ECERDC,

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan MyKasih demi membantu pelajar Orang Asli di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerusi program pembangunan modal insan ECERDC (empower ECER).

Program empower ECER memberi fokus kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar berprestasi rendah, termasuk pelajar Orang Asli dari keluarga berpendapatan rendah luar bandar. Ia sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Rakyat mendapat manfaat daripada transformasi sosioekonomi ECER.

empower ECER-MyKasih, ECERDC,

Program empower ECER-MyKasih Beri Manfaat Ramai Pelajar Orang Asli di ECER


Kerjasama dimeterai menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, dan YBhg. Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, Pengerusi dan Pengasas Bersama Yayasan MyKasih, disaksikan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang juga merupakan Pengerusi ECERDC.

Dato’ Sri Najib turut menyampaikan mock-up e-kad kepada Encik Awang bin Alok, Tok Batin Kampung Gumum, Tasik Chini, Pahang dan Encik Ramli bin Pisang, Penghulu Sungai Rual, Kelantan, yang merupakan wakil masyarakat Orang Asli. Seramai 117 pelajar Orang Asli akan menerima elaun bulanan tanpa tunai bernilai RM60 melalui kad pintar bursari pelajar Love My School MyKasih. 

empower ECER-MyKasih, ECERDC,

Kad pintar ini akan memastikan keperluan harian pelajar dapat dipenuhi kerana mereka boleh menggunakan kad ini untuk membeli makanan harian di kantin sekolah serta buku, alat tulis, pakaian sukan dan barangan keperluan pembelajaran dari kedai buku sekolah.

Sementara itu, YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut menyampaikan Pek Hadiah Kembali ke Sekolah (Back-to-School) kepada para pelajar Orang Asli dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam program ini.

“Program empower ECER-MyKasih mula diperkenalkan pada awal tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha inklusif ECERDC untuk memastikan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang, mendapat manfaat daripada limpahan sosioekonomi di Wilayah ini. Fasa pertama program menyaksikan pelaksanaan program Bantuan Makanan dan Back-to-School serta kerja-kerja menaik taraf Asrama Vila Gumum. Program ini telah banyak memberi manfaat kepada para pelajar Orang Asli dengan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar, dan hasilnya, kehadiran pelajar telah meningkat dan mereka telah mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan,” kata Datuk Seri Issace.

empower ECER-MyKasih, ECERDC,

Pada 2018, ECERDC dan Yayasan MyKasih akan bekerjasama meluaskan lagi liputan program empower ECER-MyKasih ke sekolah-sekolah lain di ECER, termasuk di Jeli, Kelantan, di mana majoriti para pelajar kawasan ini terdiri daripada Orang Asli.

Selain kelas tuisyen, motivasi dan kepimpinan bidang akademik, program empower ECER-MyKasih turut menaik taraf prasarana IT sekolah menerusi projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21. Program empower ECER-MyKasih juga melibatkan penyertaan ibu bapa dan guru secara aktif bagi memupuk sistem sokongan kondusif kepada pelajar.

Tan Sri Dr Ngau Boon Keat berkata, “MyKasih berbesar hati dapat berganding bahu dengan ECERDC dalam menyokong program empower ECER di sekolah-sekolah, terutama sekolah Orang Asli di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Harapan kami menerusi skim bursari pelajar tanpa tunai MyKasih serta aktiviti sokongan yang lain, para pelajar tidak perlu risau tentang makanan harian serta keperluan pembelajaran mereka dan boleh memberi tumpuan kepada pelajaran.”

empower ECER-MyKasih, ECERDC,

Sejak penubuhan pada 2009, Yayasan MyKasih telah membantu lebih 240,000 ribu isi rumah berpendapatan rendah di lebih 400 lokasi seluruh negara. Ini termasuk 13,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di lebih 210 buah sekolah. Sehingga kini, bantuan bernilai lebih RM190 juta telah disalurkan kepada penerima sasaran menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai MyKasih.

Bermula 2010 sehingga kini, program empower ECER telah meliputi 29 buah lokasi di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor. Selain membantu seramai 51,400 orang pelajar menerusi Program Latihan Akademik, empower ECER turut memberi manfaat kepada kira-kira 14,500 orang dewasa melalui Program Kemahiran dan Keusahawanan.

ECERDC turut melaksanakan program pembangunan modal insan seperti entrepreneur ECER dan Agropolitan. Program-program ini secara keseluruhannya berjaya memberi manfaat kepada lebih 461,000 rakyat yang mewakili 11% daripada jumlah penduduk ECER. Dianggarkan 97% adalah daripada kumpulan berpendapatan B40. 

  

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: ECERDC, MYKASIH Perkasa Pelajar Orang Asli
ECERDC, MYKASIH Perkasa Pelajar Orang Asli
Program empower ECER-MyKasih bantu perkasa pelajar orang asli, ECERDC,
https://1.bp.blogspot.com/--ZXmJvOtTyc/WhD8qykzUYI/AAAAAAAARtM/B1Ap8jKB6jonZSICei6klV6bYvLPimSxgCLcBGAs/s640/ECERDC%2BMyKasih.png
https://1.bp.blogspot.com/--ZXmJvOtTyc/WhD8qykzUYI/AAAAAAAARtM/B1Ap8jKB6jonZSICei6klV6bYvLPimSxgCLcBGAs/s72-c/ECERDC%2BMyKasih.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/11/ecerdc-mykasih-perkasa-pelajar-orang-asli.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/11/ecerdc-mykasih-perkasa-pelajar-orang-asli.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy