Fashion and Styling Workshop With Influencers Resorts World Genting

Antara pengalaman berharga dalam berblog bila berpeluang menyertai Fashion and Styling Workshop with Influencers anjuran Resorts World Genting pada hujung minggu yang lalu. Seharian penuh dengan keceriaan menyaksikan penglibatan jenama terkenal seperti Sephora, Esprit dan Thomas Sabo menjayakan workshop  yang diadakan di Genting International Convention Centre.


Make Up Bergaya Bersama SEPHORA


Workshop bermula sekitar 11 pagi, kami terlebih dahulu berkunjung ke outlet Sephora di Sky Avenue Shopping Mall untuk sesi make up. Sesi make up makeover ini telah dilakukan oleh perunding bertauliah menggunakan produk make up Sephora yang bersesuaian dengan penerampilan muka masing-masing.

Saya turut diberi panduan menggunakan produk Sephora yang sesuai dengan tonasi kulit muka. Foundation Sephora ini berasaskan air dan sesuai untuk kulit muka berminyak seperti saya. Bekas jerawat yang ada pun jadi kurang terlihat dengan tonasi warna semulajadi… lama bertahan walaupun selepas melakukan pelbagai aktiviti selepas itu. Kulit muka tak rasa melengas dan tak berminyak.

Sephora, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Sephora buat saya terasa macam retis!
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sephora, Sky Avenue,
Kecantikan puan mem semakin terserlah selepas make up.
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sephora, Sky Avenue,
Meet my Make Up Consultant, my MUA :)

Citarasa Fesyen Bersama ESPRIT Dan THOMAS SABO


Sesi seterusnya berlangsung selepas lunch di Genting International Convention Centre bersama Esprit. Selain berkongsi info tentang aspirasi jenama terkenal antarabangsa ini, Esprit turut memperagakan beberapa fesyen pakaian terbaru yang menjadi pilihan trending masa kini. Smart, casual, elegant, rugget, classy, stylo, cool… Esprit memang ada semuanya.

Saya juga antara penggemar jenama Esprit sejak dulu. Masa mula bekerja dan bercinta dahulu, pernah save duit semata-mata untuk dapatkan jam Esprit. Sememangnya teruja dapat menyertai workshop bersama Esprit, malah lebih teruja lagi bila terpilih jadi model Esprit memperagakan fesyen pakaian semasa workshop berlangsung… thanks Esprit!

Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Esprit, Sky Avenue,
Cucuk langit macam MJ dan John Travolta!
Esprit, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Gaya casual and trendy Esprit
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue, Esprit,
Gaya Logan dalam filem Wolverine :)
Esprit, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Foto bersama model dan wakil Esprit
Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue, Esprit,
Foto bersama rakan influencers dan Esprit

Sesi seterusnya bersama jenama terkenal, Thomas Sabo yang menampilkan barisan aksesori dan barang kemas ekslusif. Kami turut diberi penerangan tentang Thomas Sabo yang ditubuhkan sejak 1984 di Germany. Jenama Thomas Sabo semakin dipercayai dunia disebabkan kualiti dan gaya premium yang sentiasa bersesuaian dengan trending semasa.

Sejujurnya, saya amat tertarik dengan aksesori Thomas Sabo. Ia unik, cantik dan eksklusif, sesuai digayakan sebagai pelengkap fesyen setiap hari. Aksesori yang diperagakan oleh rakan-rakan semasa workshop menyerlahkan penerampilan gaya simple tapi kemas dan eksklusif… lelaki nampak lebih energetic dan wanita nampak lebih anggun.

Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Antara kemasan aksesori Thomas Sabo yang dipamerkan
Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Thomas Sabo classy dan eksklusif
Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting, Sky Avenue,
Seni halus dengan hiasan batu yang stylo
Reef Official, Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Blogger Reef nampak bergaya
Blogger Jean, Thomas Sabo, Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Blogger Jean tampil menawan

Sesi workshop berakhir sekitar 4.30 petang dengan pelbagai input pengetahuan bukan sahaja tentang gaya dan trending lifestyle terkini, malah juga tentang skop industri fesyen masa kini. Lepas ini jangan terperanjat jika penerampilan saya di blog ini pun tambah bergaya sebab saya antara yang bertauliah di Fashion and Styling Workshop ini hehe :)

Fashion and Styling Workshop With Influencers, Resorts World Genting,
Foto selepas sesi workshop bersama Thomas Sabo

Penghargaan Fashion And Styling Workshop With Influencer


Penghargaan terima kasih kepada Irene Chua, Asistant Manager, Resorts Communication & Public Relation dan team Resorts World Genting atas peluang menyertai aktiviti menarik ini. Penghargaan juga kepada Sephora, Esprit dan Thomas Sabo yang secara tidak langsung menyuntik inspirasi dalam menyerlahkan lagi gaya penerampilan diri.

Tidak ketinggalan buat rakan-rakan bloggers yang berkongsi pengalaman keceriaan bersama-sama sepanjang acara Fashion and Styling Workshop with Influencers. Menjadi sebahagian jurnal pengalaman berblogging yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan.

Info terkini Resorts World Genting boleh layari www.rwgenting.com   


13 comments:

  1. Sephora satu jenama yang tidak asing terutama kepada jurusolek di negara kita baik yang professional atau amatur...

    ReplyDelete
  2. Dah lama inginkan koleksi Thomas Sabo yang super cantik tu....tapi sabo aje lah..

    ReplyDelete
  3. dah lama berangan naj attend workshop mcm ni

    ReplyDelete
  4. gaya model alaf baru..

    ramai peminat lepas nie tuan.

    terutama artis popular dari Korea hehehehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha seronoknya blogger2 kat sana ya KK..tahniah..

    ReplyDelete
  6. abam pun pakai sephora ke? bergaya la pasni

    ReplyDelete
  7. Betul-betul cucuk langit macam MJ tuan, fashion and styling. Nasib baik tiada teknik miring macam dalam lagu smooth criminal.

    ReplyDelete
  8. WAH BERGAYA SAKAN DIK KK DENGAN FESYEN N AKSESORI BERHARGA...TAMPAK LEBIH MUDA

    ReplyDelete
  9. patut laa banyak bintang bertaburan di muka bumi... ada org cucuk bintang rupanya hahaha

    ReplyDelete
  10. Woww antara insan terpilih ni bestnya

    ReplyDelete
  11. Wow yg gaya cucuk bintang tu win...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.