Fit & Foodie Carnival 2017 Bersama IJM Land Seremban 2

Berita baik buat penduduk Seremban 2 dan sekitarnya. Syarikat pemaju hartanah IJM Land bakal menganjurkan Fit & Foodie Carnival 2017 sebagai aspirasi gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Karnival istimewa ini bakal diadakan bermula 9 pagi hingga 6 petang di perkarangan Galeri Jualan IJM Land, Seremban 2 pada Ahad 19 November ini.

Fit & Foodie Carnival 2017, IJM Land, Seremban 2,

Karnival Fit & Foodie Untuk Gaya Hidup Dan Pemakanan Sihat


Fit and Foodie Carnival 2017 mengadunkan tema ‘food and fitness’, dengan pelbagai pengisian dan sajian istimewa. Peluang terbaik berkunjung buat penggemar makanan disamping memperolehi input menjalani gaya hidup sihat.

Karnival turut mengundang ikon dan selebriti terkenal, Masterchef Malaysia, Dato’ Chef Fazley Yaakob. Beliau akan membuat demonstrasi skill masakan serta berkongsi tips bagaimana menyediakan sajian yang sedap dan menyihatkan.

Pemenang pingat perak Rio Olympics 2016, Ms Goh Liu Ying juga diundang berkongsi tips bagaimana menjalani kehidupan sihat setiap hari. Pengunjung bakal diberi bimbingan dalam mengatur masa beriadah untuk mengurangkan stress dan menjalani kehidupan sejahtera.

Selain itu, pelbagai aktiviti seperti game interaktif, peraduan dan free gift turut disediakan. Karnival dimeriahkan lagi dengan Pencarian Ms. Dan Mr Fit Fashion Icon, pertandingan Tarian Jazzercise Dance terbaik, peraduan mewarna kanak-kanak, ‘Recipe Corner Contest', games stall, giant bubbles dan juga sesi photo booth buat pengunjung.

Fit & Foodie Carnival 2017, IJM Land, Seremban 2,

"Kehidupan sejahtera bermula pada gaya hidup individu. Minda dan tubuh badan sihat disertai pemakanan seimbang mampu menyumbang kepada kehidupan sejahtera. Tema karnival ini menepati aspirasi rakyat Malaysia yang gemarkan makanan dan sedar tentang kepentingan kehidupan yang sihat" - Dato' Hoo Kim See, Senior General Manager (Central Region), IJM Land Berhad

Fit & Foodie Carnival 2017 juga menyediakan para pembeli hartanah IJM Land dengan acara cabutan bertuah bersama 30 hadiah istimewa untuk dimenangi. Terdapat juga promosi istimewa rebat tambahan kepada semua prospek yang berminat membeli hartanah IJM Land selama 2 hari bermula 18 hingga 19 November 2017.

Jom bersama ke Fit & Foodie Carnival 2017 di Galeri Jualan IJM Land, Seremban 2 pada 19 November ini. Info lanjut boleh hubungi 1 800 222 456 atau layari www.ijmland.com.  


5 comments:

  1. Gaya hidup yang berkualiti bermula juga daripada kesihatan...dan kesihatan itu bermula daripada pemakanan yang diambil...

    ReplyDelete
  2. Hurm... boleh pergi ni dekat jer...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.