The Monkey King, Snoopy Dan Justice League Di Resorts World Genting

Kisah mitos novel popular China, The Monkey King kini antara kemeriahan istimewa buat pengunjung Resorts World Genting. Pementasan teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod bertaraf antarabangsa ini dipersembahkan oleh Nanjing Acrobatics Troupe di Genting International Showroom bermula 11 September hingga 1 Januari 2018.

The Monkey King, Resorts World Genting, Blogger Malaysia,
The Monkey King - kredit foto Micheal Marvin Photography

Kemeriahan The Monkey King, Snoopy Dan Justice League 


Kelapangan hujung minggu yang lalu saya dan kakcik bersama rakan-rakan blogger telah berkunjung ke Resorts World Genting untuk menyaksikan pementasan teater The Monkey King. Ia merupakan pementasan teater ‘live acrobatics’ dan visual 3D yang pernah saya kongsikan pada artikel sebelum ini sini: The Monkey King Resorts World Genting.

Kunjungan kali ini bukan sekadar menyaksikan pementasan The Monkey King, malah turut berpeluang meraikan 2 lagi acara menarik iaitu Meet & Greet Tour with Snoopy dan Justice League DC Cosplay Gathering di perkarangan pusat membeli-belah Sky Avenue. Selesai menikmati di Motorino Pizza, kami pun beramai-ramai ke lokasi acara berlangsung.

Motorino Pizza, Khir Khalid, Resorts World Genting,

Meet & Greet Tour the World with Snoopy


Snoopy, haiwan peliharaan Charlie Brown dalam watak kartun Peanuts yang terkenal dunia kini dipamerkan di Sky Avenue dan First World Rainforest. Terdapat 52 custom-made patung Snoopy yang menarik perhatian ramai dipamerkan. Tour the World with Snoopy diadakan bermula 1 November 2017 hingga 1 Januari 2018.

Pengunjung juga bakal menyaksikan perararakan Snoopy, Charlie Brown dan 11 rakan-rakan dalam suasana yang meriah bermula 25 November nanti. Selain itu, Resorts World Genting turut menawarkan ‘Limited Edition SNOOPY LANDYARD’ dengan mendaftar keahlian Genting Rewards dan belian RM50.00 atas satu resit di outlet berkaitan.

Keahlian Genting Rewards boleh dibuat terus di: https://rw.genting/snoopypr  

Snoopy, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Snoopy, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Justice League DC Cosplay Gathering


Selain itu, kami juga dibawa menyaksikan Justice League DC Cosplay Gathering di lokasi berdekatan. Terasa aura Superpowers di sini, malah terasa tak sabar menunggu untuk menyaksikan tayangan filem terbaru Justice League yang bakal ditayangkan di pawagam minggu ini. Apa pun, ambil aura positif bergambar bersama-sama Justice League dan rakan-rakan… cool!

Justice League DC Cosplay Gathering, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Justice League DC Cosplay Gathering, Sky Avenue, Resorts World Genting, Blogger Malaysia,

Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod


Persembahan teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod bermula jam 5 petang. Sebagai penggemar teater, menyaksikan pementasan bertaraf antarabangsa seperti ini merupakan pengalaman berharga. Persembahan teater di Genting International Showroom memangnya tidak pernah menghampakan. Pasti terhibur dan teruja.

Begitu juga dengan teater The Monkey King yang dipentaskan dengan penuh warna warni dan jiwa kesenian yang tinggi. Berlatarbelakangkan muzikal dan visual 3D, pementasan lebih mantap dengan pelbagai aksi ‘live acrobatics’, melengkapkan lagi persembahan kisah cabaran pengembaraan dan pertarungan antara kuasa baik dan jahat.

Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod, Genting Highlands,
Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod, Genting Highlands,
Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod, Genting Highlands,
Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod, Genting Highlands,

Pementasan teater Adventure of the Monkey King: The Golden Hooped Rod ini dipersembahkan di Genting International Showroom sehingga 1 Januari 2018. Sekiranya anda berkunjung ke Resorts World Genting, ini antara pilihan menarik untuk bersantai disamping berhibur menyaksikan kreativiti pementasan teater oleh Nanjing Acrobatics Troupe.

Harga tiket untuk pementasan The Monke King ini berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Genting Reward Card (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%.

Khir Khalid, Blogger Malaysia, Resorts World Genting,

Penghargaan terima kasih kepada Irene Chua, Jay-Ang Tan, Alicia dan Resorts World Genting atas 'hospitality' serta pelbagai aktiviti memeriahkan hujung minggu di sini. Begitu juga buat rakan-rakan bloggers dan influencers yang berkongsi keriangan disamping saling mengenali dengan lebih akrab.

Pelbagai kemeriahan acara boleh layari: www.rwgenting.com


Artikel teater terkait Resorts World Genting;


6 comments:

  1. jauh ke puncak genting tgk teater ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..seronok bila dapan menonton teater..sebab teater ni ada keunikkannya yang tersendiri...

    ReplyDelete
  3. Bestnya boleh tengok pementasan di puncak genting

    ReplyDelete
  4. Bestnya...lama dah tak layan teater nih

    ReplyDelete
  5. wahhhhh semua 'hero' ada di bwh 1 bumbung ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.