Justice League Premier Screening Di Resorts World Genting

Justice League premier screening,

Justice League, filem terbaru DC Comics yang mula menggegar pawagam seluruh dunia sememangnya mendapat sambutan ramai. Peluang menonton movie premier Justice League pada malam sebelum tayangan rasmi merupakan pengalaman menarik buat diri. Tambahan lagi dapat menonton 6000 kaki dari paras laut di Picture House, Sky Avenue, Resorts World Genting.

Justice League, Resorts World Genting,

Sebagai peminat filem Superheroes, peluang menonton filem Justice League sememangnya amat dinantikan. Justeru hari Rabu 15 November 2017, merupakan hari istimewa berkunjung ke Resorts World Genting, bukan sahaja menonton premier screening, malah meraikan aura Superheroes bersama rakan-rakan.

Setibanya pada waktu petang dan check-in di First World Hotel, kami terlebih dahulu berkumpul di Motorino Pizza menikmati resipi Brooklyn, New York sebagai hidangan makan malam. Lebih menceriakan bila ia diraikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran rakan-rakan yang lahir bulan Oktober dan November… congrats!

Justice League, Resorts World Genting,
Justice League, Resorts World Genting,

Seterusnya, kami berkunjung ke DC Superheroes Café sebelum tayangan bermula. Ambil mood Superheroes sambil menikmati kek Superman dalam suasana santai dan menceriakan. Suasana interior DC Superheroes Café ini pun sudah cukup menaikkan lagi semangat nak menonton.

Menambah lagi keterujaan bila DC Superheroes Café bersama pihak Resorts World Genting turut menyediakan kami dengan cenderahati sempena tayangan Justice League. Terima kasih atas peluang sebagai antara penonton terawal di Malaysia menyaksikan Justice League, juga cenderahati yang istimewa ini... terbaik superpowers!!

Justice League, Resorts World Genting,
Justice League, Resorts World Genting,
Justice League, Resorts World Genting,

Justice League memang filem menarik. Menampilkan pelbagai aksi dari mula hingga ke akhir cerita. Sejujurnya, filem ini menyerlahkan kekuatan Superman mengatasi Superpowers yang lain dan kebijaksanaan Batman sebagai pemimpin pasukan. Walaupun, kemunculan Superman setelah lebih separuh cerita, ia sesuatu ‘turn-out’ selepas kematiannya yang tidak menghampakan.

Kekuatan serta kerjasama pasukan dalam Justice League juga satu kombinasi penceritaan yang menarik. Walaupun tiada kemunculan Green Lantern seperti yang dijangka, namun pada ‘credit trailers’ di penghujungan tayangan menjanjikan sambungan yang tidak kurang hebatnya.

Nak tahu cerita sepenuhnya kenalah tonton Justice League di pawagam, tapi jangan terus bangun lepas cerita habis... tunggu credit trailers di penghujung sekali tau.

Info lanjut bercuti, berhibur dan menonton Justice League boleh layari www.rwgenting.com.     


COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Justice League Premier Screening Di Resorts World Genting
Justice League Premier Screening Di Resorts World Genting
Justice League premier screening,
https://4.bp.blogspot.com/-SWc0Gb8dJOA/WhGKXCBCHSI/AAAAAAAARt4/yMelNXNVN50DraiIEXMuqQewqaQ8jJXbACLcBGAs/s640/Justice%2BLeague.png
https://4.bp.blogspot.com/-SWc0Gb8dJOA/WhGKXCBCHSI/AAAAAAAARt4/yMelNXNVN50DraiIEXMuqQewqaQ8jJXbACLcBGAs/s72-c/Justice%2BLeague.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/11/premier-screening-justice-league.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/11/premier-screening-justice-league.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy