Perawatan Islam Al-Qayyum
Perawatan Islamiah berteraskan Al-Quran dan hadis kini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dikalangan masyarakat kita sebagai pilihan ikhtiar penyembuhan penyakit.
 
Namun atas faktor tersebut, telah wujudnya pelbagai promosi pihak yang mendakwa berkecimpung dalam bidang perawatan ini. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi kita untuk mengetahui dan mengenali ciri-ciri perawatan Islam yang sebenar agar tidak tersasar dari kaedah Perubatan Ruqyah Sya’riah tatkala memerlukannya.
 
 

Perawatan Berlandaskan Perubatan Ruqyah Syar’iah

 
Bagi memastikan kita dapat mengenali ciri-ciri asas kaedah perawatan Islam berlandaskan kaedah Perubatan Ruqyah Syariah yang sebenar, beberapa perkara perlu kita perhatikan sebaiknya. Antaranya saya catatkan dibawah untuk rujukan demi kebaikan bersama.
 
1. Penggunaan Bahan-Bahan Yang Dibenarkan Syarak
 
Perawatan Islam mengamalkan kaedah penyembuhan berteraskan Al-Quran dan sunah yang pada kebiasaannya menggunakan medium atau bahan-bahan hanya sebagai syarat ikhtiar dalam mengubati penyakit.
 
Antara bahan-bahan yang biasa digunakan ialah air, ais, garam, kain kapas, limau nipis, daun bidara, daun sirih, segala jenis bunga-bungaan, tumbuhan dan herba, madu, buah delima, minyak zaitun dan banyak lagi dengan syarat dilakukan oleh orang yang mempelajari ilmu perawatan melalui teknik yang betul.
 
Perlulah diketahui terdapat pelbagai bahan yang ditegah seperti tangkal, azimat, rajah darah, tanah kubur, kain kapan yang telah terpakai, air mandian mayat, najis haiwan, bangkai, sembelihan, segala jenis batu, kayu, buluh, rotan; atau barang diperbuat dari emas, perak, tembaga, besi dan sebagainya.
 
Ia termasuk mengadakan ancak, jamuan, persalinan, mentera atau dikaitkan dengan resam haiwan seperti buaya, harimau, singa, beruang, burung helang dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan ini sering dikaitkan dengan kemujaraban menyembuhkan sesuatu penyakit, tetapi ia tidak sesekali digunapakai dalam perawatan Islam.
 
2. Teknik Perawatan Yang Tidak Mengaitkan Dengan Unsur-Unsur Ghaib
 
Unsur ghaib yang dianggap memiliki kuasa hebat melalui bantuan jin, mambang, roh, semangat panglima, puteri, orang bunian, wali, syeikh, keturunan dan yang seangkatan pada kebiasaannya sangat sinonim dengan perihal perubatan tradisional tanpa mengira bangsa dan agama. Sesungguhnya ia satu yang bertentangan dengan elemen perawatan Islam yang sebenar.
 
Seperti yang difirmankan dalam Al-Quran bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian yang merupakan makhluk paling mulia di sisi Allah swt.
 
Maka haram hukumnya jika mengharapkan bantuan makhluk-makhluk lain untuk tujuan penyembuhan mahupun mencapai hajat kerana ia pastinya penyamaran syaitan agar manusia terjerumus ke lembah kemungkaran. Tiada yang membenarkan penglibatan unsur ghaib seperti diatas sekalipun perawat tersebut mengaku sebagai seorang Muslim.
 
3. Kemampuan melihat rupa dan jumlah jin dalam aspek perawatan
 
Melihat sesuatu makhluk diluar kemampuan mata kasar manusia itu sebenarnya bukan sesuatu yang aneh. Melalui teknik dan cara yang betul, ia seumpama saintis mampu melihat bakteria, virus dan segala organisma sehinggalah kepada kemampuan melihat galaksi di angkasa lepas.
 
Ia bukan satu perkara yang mustahil tetapi hanya boleh dinyatakan melalui ilmu dan kaedah yang betul serta bertepatan. Namun terdapat sebahagian pendapat menyatakan bahawa mereka yang dapat melihat jin itu sebenarnya didampingi jin.
 
Ia adalah pandangan yang sangat cetek kerana bagi mereka yang berilmu pengetahuan, melihat jin itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Cuma definasi ‘melihat’ itu adalah kemahiran melalui ‘mata hati’, bukan dari mata kasar insan biasa.
 
Sememangnya sesuatu yang tidak mustahil bagi seseorang perawat Islam itu dengan izin Allah swt mampu menilai dan ‘melihat dengan mata hati’ jin yang mendampingi atau merasuk seseorang pesakit.
 
Kemampuan melihat jin juga adalah perkara yang sensitif dalam Perubatan Islam namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil terutama bagi Perawat yang berpengalaman luas serta bersumberkan tahap ilmu yang tinggi.
 
4. Rawatan Jarak Jauh yang mengikut etika dan syariat Islam
 
Bagi pesakit yang tidak mampu bertemu perawat disebabkan jarak yang memisahkan, masih boleh mendapatkan kaedah Rawatan Jarak Jauh dengan syarat ia dilakukan melalui solat hajat dan doa berserta Rukyah Syar’iah dan juga zikrullah.
 
Ia tidak menjadi kesalahan dalam syariat Islam seperti mana ibadah haji (badal haji), qurban, aqiqah, tahlil, bacaan doa dan kenduri. Ia boleh diamanahkan kepada orang Islam lain bagi mewakili diri seseorang individu lain.
 
 
Maka tiadalah bersalahan dan harus hukumnya jika kita mengamanahkan orang lain yang lebih mahir dan khusus dalam bidang Perubatan Islam berteraskan Al-Quran dan hadis bagi melaksanakan solat hajat dan bacaan doa bagi pihak kita dan individu lain yang kita mahukan.
 
Walau bagaimanapun, adalah sangat diseur kepada pesakit atau waris pesakit untuk melakukan juga solat hajat dan bacaan doa sendiri kerana itu adalah yang terbaik di sisi Allah swt.
 
Ciri-ciri perawatan Islam
 

Ramai Yang Mengaku Perawat Islam Tapi Masih Jahil

 
Sesungguhnya Perawat Islam bukanlah satu kerja yang glamor dan ikut-ikutan, tetapi adalah tugasan tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan sebaiknya mengikut Syariat Islam.
 
Menjadi Perawat Islam adalah tugas yang sangat berat dan berisiko tinggi kerana turut berhadapan dengan kezaliman manusia yang mengamalkan ilmu hitam dan sihir dan sentiasa terdedah dengan segala ancaman zahir dan batin.
 
Menjadi Perawat Islam perlu mempunyai ilmu yang mencukupi berserta keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan Allah swt. Mereka perlu berguru dengan kalangan manusia yang arif, dan tidak sesekali berguru dengan mimpi mahupun bubu-buku dan pembacaan internet semata-mata.
 
Perawat Islam memerlukan keberanian, kesabaran, kecekalan, kebijaksanaan, merendah diri dengan hati yang bersih juga kesihatan tubuh badan yang baik.
 
Untuk penjelasan terperinci mengenai Perawatan Islam sebenar, anda boleh baca informasi Pusat Rawatan Al-Qayyum di sini > Bagaimana Mengenal Perawat Islam Yang Sebenar?
 
Kenali ciri-ciri perawatan Islam
 

Pusat Rawatan Al-Qayyum Mengamalkan Kaedah Perawatan Islamiah Sebenar

 
Justeru, pentingnya kita mengetahui dan memahami ciri-ciri perawatan Islam sebenar agar tidak sesekali tersalah memilih dan terlibat dengan perawatan yang dilakukan oleh para bomoh, dukun dan pawang yang tidak jelas unsur perawatannya, malah sering dikaitkan dengan pendampingan jin.
 
Ia bukan sekadar memudaratkan bagi jangka panjang malah, kita turut terlibat sama dengan perbuatan menyekutukan Allah swt (syirik) dan mengimarahkan kemungkaran, nauzubillah.
 
Anda boleh hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk sebarang permasalahan yang dihadapi melalui info yang disediakan di bawah. SemogaAllah swt sentiasa memberkati setiap usaha yang dilakukan atas jalanNya yang diredai, in shaa Allah.
 
PUSAT
RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur
 
Hubungi talian
017-211 4745 / 017 – 765 1747 / 03 – 6263
7007
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan
sesi rawatan
 
 
 
 
 

17 Thoughts to “Kenali Ciri-Ciri Perawatan Islam Ruqyah Syariah Sebenar”

  1. Perkongsian yang bagus. Saya nak save no dan alamat ni manatau kan..

    Sebab last year anak penah kene "ketegur" huhuu..lama jugak berubat.

    1. Oh, anak pernah kena ye Idzwa… tulah, sbb benda2 mcm ni kita tak boleh nak cakap kan.. sekurang2nya dah tau mana nak di tuju klu apa2 berlaku, in shaa Allah.

  2. Bermanfaat sekali perkongsian ini KK,saya belum pernah lihat lagi cara ruqyah secara live,semasa beberapa tahun lepas sy dan rakan rakan lain terkena histeria memang tak sedar apa pn yg saya tahu badan begitu letih dan terasa macam nak marah selepas dah pulih tu,.saya tak pasti apa kaedah org yg mengubati kami tu,.memang menyeram kn bila hadapi situasi ni hehe,.mau nya tidak KK sebelum tak sedar diri tu,nampak ada makhluk tanpa wajah,hitam sgt,tinggi dan rambut panjang ke lutut hanyir,.fuh,.pengalaman kan,kerana seorang buat hal kita pula yg kena jugak,..ada yg petik bunga di hutan berhampiran genting,.

    1. In shaa Allah, mudah2an bermanfaat. Sebagai umat Islam, kita wajib percaya jin dan syaitan ni. Mmg hasrat mereka nak menyesatkan dan suka mengganggu.. mohon dijauhkanlah terjumpa yg mcm2 tu… kawasan tu mmg keras… klu apa2 dah tau mana nak tuju utk bantuan Eyfa yg pakar.

  3. Bagus info ni, iya lah kadang2 takut jugak kan kalau perubatan islam ni yang tak berlandaskan syarak.

    1. Betul tu… kdg2 ada guna Al-Quran tapi campur2 dengan jampi serapah nenek moyanglah… nauzubillah… mohon dijauhkanlah… tak pasal2 syirik sekali kan.

  4. Assalammualaikum Bro KK..alhamdulillah terima kasih perkongsian ini..apa pun yang kita putukan untuk dijadikan jalan usaha yang paling penting tidak mensyirikkan Allah baik perubatan tradisional atau moden..cuma perubatan Islam ini sebelum kita guna rawatan tersebut kalau boleh selidik betul betul kerana sekarang banyak yang menggunakan nama sahaja perawatan Islam namun sebaliknya berlaku..maka berhati-hatilah..

    1. Mmg betul PC… tu yg kena berhati2 dan sedikit sebanyak fahami asas perawatan Islam agar tak membuta tuli je ikut2an.. baik nak rawat penyakit, jadi jatuh syirik, nauzubillah…

  5. tp tu laa kan…org kite ni masih ramai yg percaya benda khurafat wpn da terbukti kesesatannya tu

    1. Mmg ada sesetengah org yg nak mudah guna pawang dsb, walaupun sebenarnya tak memudahkan pun… malas nak beramal2 bagai kot, wallahualam.

    1. No problem tuan MKL… info yg baik perlu disebarkan sebaiknya, in shaa Allah.

  6. Alhamdulillah..Bila guna ayat2 l quran sepenuhnya kita lebih percaya dan tak teragak2 nak pergi..Moga2 penyakit dapat sembuh bila berubat di sini

    1. Aamiin… penyembuhan hanya ditangan Illahi, sbg manusia kita laksanakan yg paling terbaik sbg ikhtiar di atas jlnNya yg lurus, in shaa Allah Lya.

  7. terbaik posting ni, penting untuk orang tahu supaya tak tertipu

    1. Mudah2an membawa manfaat kebaikan kpd yg memerlukan dan buat kita semua juga, in shaa Allah.

  8. Mudah mudahan dapat menjadi kaedah perubatan alternatif pada sesiapa yang memerlukan…
    Kalau nak buat rawatan macam ni, kena cari yang betul2 dipercayai…thanks for the info Khir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.