Pelancaran Buku The Three Village Boys Oleh Dr Liza Mydin

The Three Village Boys, karya penulisan Dr Liza Mydin telah dilancarkan secara rasmi pada 12 November 2017. Pelancaran buku dalam suasana santai ilmu ini merupakan satu inisiatif menerapkan pengetahuan kepada minda generasi muda bahawa hidup ini mempunyai misi yang lebih besar.

Begitulah harapan Dr Liza, penulis dan ibu kepada 3 orang anak, agar bukunya ini dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka tentang persoalan nilai-nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan juga etika dalam kehidupan.   

Liza Mydin, Buku The Three Village Boys,

The Tree Village Boys Oleh Dr Liza Mydin


The Three Village Boys merupakan kisah pengembaraan 3 kanak-kanak berusia 9 tahun, Youssef, Zayyed dan Omar yang buat pertama kali keluar dari kampungnya bernama Al Haidar untuk meneroka kampung-kampung lain. Namun mereka dapati ada perbezaan taraf hidup yang ketara di setiap kampung yang diterokai itu walaupun ia tidak berjauhan dari kampungnya.

Pengalaman tersebut telah mengajar mereka bertiga untuk memahami realiti kehidupan yang dihadapi setiap kampung tersebut setelah diperjelaskan oleh orang dewasa yang bijak pandai tentang apa yang dilalui. Lebih menarik, kisah ini berlatarbelakang perkampungan padang pasir Tanah Arab yang memupuk kesedaran budaya, etika dan mengenal erti kehidupan.

Buku ini ditulis dengan 2 tujuan utama. Pertama, bagi mengasah minda kritis dan meningkatkan keupayaan daya imaginasi kanak-kanak melalui kisah pengembaraan bersama Youssef, Zayyed dan Omar. Keduanya, bagi menyingkap persoalan tentang perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan ketidakadilan yang berlaku.


The Three Village Boys Menanam Keadilan Sosial Dalam Diri Kanak-Kanak


Pelancaran The Three Village Boys menyaksikan pelbagai aktiviti menarik dan input positif buat kanak-kanak seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi topi tarbus. Malah sewaktu sesi pelancaran berlangsung, kami teruja dengan penyampaian storytelling adunan seruling dan gambus. Unik dan memberi kesan mendalam hingga ke akhir penceritaan.  

Majlis pelancaran buku pula telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas Mirakhor, pakar ekonomi dan cendikiawan tersohor, juga individu yang mementingkan hak keadilan sosial. Beliau merupakan First Holder, INCEIF Chair of Islamic Finance dan mantan Pengarah Eksekutif International Monetary Fund (IMF).

Awan Buskers, The Three Village Boys, Liza Mydin,

Majlis ini juga memberi inspirasi buat diri untuk sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan etika budaya yang sewajarnya kepada anak-anak. Selain itu, ia juga merupakan satu penghormatan apabila dapat bersama penulis dan tetamu kehormat yang merupakan antara tokoh disegani dalam dunia penulisan, kewangan Islam dan pembangunan ummah.        

Prof Abbas Mirakhor, The Three Village Boys, Liza Mydin, blogger Malaysia,
The Three Village Boys, Liza Mydin, Blogger Malaysia,

Dr Liza Mydin, nama yang tidak lagi asing dalam dunia kewangan Islam. Ditauliahkan PhD dari International Centre for Education in Islamic Finance, beliau merupakan mantan Vice President of Complience, Al Rajhi Bank Malaysia dari 2010 hingga 2014 dan kini menyandang Head of Research and Advisory di Bank Islam terkemuka di Malaysia.

Berpengetahuan luas perbankan dan kewangan, beliau juga terlibat menulis pelbagai buku-buku rujukan berkaitan kewangan dan pembangunan Islam. Bidang penulisan juga merupakan aspirasi beliau dalam memperkasa pembangunan ummah dan The Three Village Boys merupakan karya ilmu kanak-kanak yang pertama untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Liza Mydin, Khir Khalid, The Three Village Boys,
The Three Village Boys, Liza Mydin,

“Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang” – Dr Liza Mydin.

Buku The Three Village Boys mempunyai 26 halaman dan dipaparkan dengan ilustrasi berwarna. Ia menjadikan kisah pengembaraan Youssef, Zayyed dan Omar lebih menarik dan satu pengalaman kisah yang tidak akan dilupakan. Keluaran pertama diterbitkan pada 2012 dan dijual hingga kini di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble pasaran antarabangsa.

Edisi terkini didatangkan dengan versi kulit tebal. Bagi anda yang ingin mendapatkan buku ini, ia boleh dibeli terus secara online di www.thetvb.com.


9 comments:

  1. bgs nyer bla ada buku sebegini yg dihasilkan cendiakawan terkemuka

    ReplyDelete
  2. Tahniah..penulis hebat tentu berjaya menghasilkan tulisan yg sangat bagus dibaca

    ReplyDelete
  3. Begitu hebat penulisan Dr Liza Mydin ini, menjadi kisah 3 sahabat sekawan ini jadi rujukan generasi anak-anak kita agar kehidupan mereka di masa akan datang lebih bermakna.

    ReplyDelete
  4. Menarik sangat. buku yang penuh dengan perkongsian bermanfaat. sasaran golongan remaja ya?

    ReplyDelete
  5. Saya perhatikan buku yang ditulis bentuk cerita mudah untuk sampaikan mesej berbanding penulisan berat yang bosan untuk dibaca. Apa bila diselit kisah dan penceritaan menjadikan menarik untuk dibaca.

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info..
    Penerapan nilai2 murni memang patut ada sejak anak2 kecik lagi.

    ReplyDelete
  7. sharing yang sangat mantap dan terbaik

    ReplyDelete

Powered by Blogger.