VESSBROZ Lancar Album Pertama Bersama Artis 5 Kontinen

VESSBROZ, kumpulan yang sedang meningkat populariti, kini bersedia melancarkan album antarabangsa pertama, menggabungkan artis dari Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Artis 2 beradik dari Taheran dan menetap di Malaysia ini baru menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia dan menjadi satu usaha besar mengumpulkan kesemua artis dalam satu album bagi memupuk semangat keamanan global.

Vessbros, LOST,

Album ‘LOST’, merupakan album antarabangsa pertama selepas Vessbroz melancarkan 10 ‘singles’ tahun lepas.  Ia menggandingkan beberapa genre muzik seperti Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua, juga telah ditetapkan sebagai album rasmi filem Inggeris Malaysia berjudul ‘C144' dengan beberapa lagu untuk filem tersebut.

Walaupun baru memasuki industri muzik pada 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre ‘deep house’ sehingga ‘dance floor’. Berlatarbelakang kemahiran sebagai juru audio juga telah membantu Vassbroz mencapai kejayaan dalam 2 pertandingan antarabangsa bagi kategori Lagu Original Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Vessbroz membuktikan mereka berpengetahuan sebagai Penerbit dan Artis Muzik dengan lebih 1,000,000 views di Vevo dan YouTube dan lebih 4.35 juta pendengar di soundcloud. Pada April 2017, Vessbroz telah melancarkan ‘single’ Dreams di pelbagai platform online dan media sosial.


“Video muzik terbaru Vessbroz sedang ‘viral’!!! Vessbroz telah mengeluarkan video muzik baru berjudul ‘DREAMS’. Mereka menulis dan membuat lagu ini tentang kehidupan mereka! Semak video muzik yang hebat ini”. – Blog 50 Cent.

Sejajar pelancaran album antarabangsa pada November 2017 dan filem C144 akhir tahun depan, Vessbroz turut mengadakan lawatan promosi ke seluruh Malaysia, China, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan London. Vessbroz akan mengedarkan satu video lirik dan satu video muzik untuk setiap lagu yang terkandung dalam album antarabangsa ini.

Artis Malaysia yang menyanyi dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato’ Zainal Abidin dan Nadeera.

Info lanjut Vessbroz boleh layari;
Vevo: VessbrozVevo
Facebook: Vessbroz
Instagram: Vessbroz



6 comments:

Powered by Blogger.