Cerita Saya Tentang Palestin

Cerita saya tentang Palestin, perang kitab agenda Zionis menguasai titik kepentingan 3 agama dunia.

Cerita Saya Tentang Palestin,
Cerita Saya Tentang Palestin - Gambar kredit Google

Cerita Palestin mula saya tahu masa di sekolah menengah apabila setiap kali baca akhbar, pasti ada cerita krisis. Nama-nama seperti PLO, Rejim Zionis, Yasser Arafat, Amerika Syarikat, Britain, Ariel Sharon, OIC, PBB dan bermacam-macam lagi timbul berkait konflik Palestin-Israel. Sedari dulu yang menjadi topik semasa adalah kecaman dunia terhadap Israel, Amerika Syarikat dan sekutunya... bantahan, boikot, gencatan senjata, bantuan, sumbangan.. akhir sekali.. rundingan damai. 

Ini semua isu semasa yang saya anggap lapuk... sama trendingnya. Tapi dari hari ke hari, tanah jajahan Palestin semakin berkurangan. Kini Israel berjaya mencapai hasrat penguasaan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baru. Persoalannya mengapa ini terjadi dan apa sebenarnya agenda utama regim Zionis.

Palestin, Regim Zionis Dan Kuasa Dunia


Berdasarkan sejarah, usul orde baru rasmi bagi membentuk sebuah negara Israel telah pun bermula sekitar 1920an. Tetapi titik tercetusnya perbalahan besar bermula pada 14 May 1948, apabila dunia barat yang didokong Amerika Syarikat dan Britain telah mengiktiraf Negara Israel di atas tanah Palestin dan mengiktiraf David Ben-Gurion sebagai Perdana Menteri pertama. 

Ia juga pada mulanya adalah dasar PBB bagi membantu penderitaan bangsa Yahudi yang tertindas dengan kekejaman perang dunia ke-2. Bermula itu, beribu-ribu penganut Yahudi dari merata dunia telah berhijrah untuk memulakan kehidupan baru di negara sendiri yang berdaulat. Secara terperincinya tidak perlu saya kupaskan kerana ramai lagi ahli akademik, profesional, para ilmuan, aktivis serta lainnya telah menulis menerangkan dengan panjang lebar. Tambahan, ianya bukan perkara induk yang saya ingin kongsikan.

Craig Beauford, Fahaman Dan Kepercayaan

Isu Palestin-Israel saya rumus berdasarkan pengalaman dengan rakan di UK dahulu. Kami dalam satu ‘study group’ menjadi rapat diatas ‘chemistry’ kerana beliau gemar bertukar pendapat pelbagai perkara, baik dari segi budaya, kesenian, fahaman, agama termasuk isu Palestin - Israel yang pernah menjadi topik perdebatan hangat kami. Sehingga kini ia masih meninggalkan kesan yang mendalam.

Khir Khalid, Cerita Saya Tentang Palestin,

Bagi sahabat sepengajian dari Malaysia yang mengenali Craig, tidak ramai tahu kenapa kami akrab. Oleh itu, saya perjelaskan dengan ringkas dan ‘simple’. 

Craig Beauford seorang pemuda berketurunan Inggeris berjiwa besar, berasal dari Chattenham, England. Dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik. Bapanya seorang ‘pastor’ berpengaruh. Beliau berpengetahuan agama, warak, walaupun karekter luaran tidak sebegitu. Banyak perdebatan agama berlaku diantara kami tetapi ia bersikap terbuka dan profesional. Itu adalah satu sifat yang saya hormati tentangnya.

Tidak segan juga saya nyatakan, banyak perdebatan berkaitan isu agama didominasi beliau. Anggarkan ratio 10 perdebatan, saya hanya menang 3. Pasti akhirnya saya biarkan beliau meneruskan pengujahan seakan-akan berdakwah. Saya tahu kekalahan disebabkan perkara yang saya tidak pandai perjelaskan secara ilmiah. 

Kami banyak meluangkan masa berkongsi pendapat. Saya bersyukur, melalui persahabatan, saya terpanggil mendalami Islam. Lagi banyak perdebatan yang kalah, lagi saya sedar banyak perlu saya tahu. Ilmu yang kadangkala diambil mudah di sekolah.. waktu muda adakala kita alpa…

Cerita Saya Tentang Palestin,

Tanah Palestin Dan Perang Kitab


Isu Palestin – Israel adalah isu perang kitab. Ini adalah rumusan yang terhasil dari topik perdebatan terkait isu agama dan bangsa. Tanah Palestin adalah tanah suci bagi tiga agama dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Menjadi kewajipan setiap agama mempertahankannya, baik Islam, Yahudi dan Kristian terutama Orthodox Christian (Nasrani untuk panggilan lebih tepat dan berhemah).

Pada hakikat ketiga-tiga agama ini berkongsi susur galur sejarah yang sama. Beberapa nama antaranya, Nabi Adam a.s dan Hawa (Adam & Eve), Nabi Noh a.s (Noah), Nabi Ibrahim a.s (Abraham), Ishak a.s (Isaac), Nabi Ya’kob a.s (Jacob), Nabi Yusuf a.s (Joseph), Nabi Musa a.s (Moses), Nabi Daud a.s (David), Nabi Sulaiman a.s (Solomon), Nabi Yunus a.s (Yones), Nabi Zakaria a.s (Zachariah), Nabi Isa a.s (Jesus) dan bagi Islam kesinambungan nabi dan rasul termasuk yang tidak dinyatakan diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Permasalahan asas timbul kerana pada ketiga-tiga agama ada diturunkan kitab pegangan agama masing-masing. Islam percaya kepada Al Quran dan mengetahui bahawa kitab-kitab sebelumnya telah diubah iktikad keimanan angkara kepentingan duniawi. 

Tetapi kitab-kitab yang telah diubah sebelum Al Quran, hakikatnya tidak mengubah tentang sejarah kegemilangan kaum bangsa masing-masing kerana ia merupakan kebanggaan. Ia tetap dijadikan pegangan dan rujukan sehingga hari ini dengan iktikad kepercayaan berbeza tetapi atas sejarah susur galur bangsa yang sama. Sebagaimana Islam berpandu Al Quran, begitu juga Yahudi dan Nasrani berpandukan kitab masing-masing.

Kepercayaan Yahudi

Bangsa Yahudi (bani Israil) percaya mereka adalah bangsa tertua, mulia, terpilih di dunia. Saya akui banyak kenalan Yahudi dianugerahkan paras rupa cantik, kepandaian dan berbakat. Mereka selalunya menyerlah dan berketerampilan.

Bani Israil diturunkan banyak nabi, namun mereka juga bangsa yang banyak mendustakan dan membunuh nabi-nabi yang diturunkan kepada mereka. Yahudi percaya mereka bangsa yang mula-mula membuka tanah Palestin. Antaranya merujuk peristiwa Moses (Nabi Musa) dan bani Israil yang mengikuti ajarannya telah dikejar tentera Firaun sehingga tepi pantai. Moses menyelamatkan kaumnya lari membelah lautan sehingga menjumpai tanah Palestin. Maka itu, bani Israil percaya sesungguhnya mereka adalah bangsa yang menjumpai tanah Palestin sebelum bangsa Arab.

Fakta ini ditambah lagi dengan bukti sejarah dunia bahawa tanah Palestin pernah ditadbir oleh King of David (Nabi Daud a.s) dan anaknya Solomon son of David (Nabi Sulaiman a.s). Maka menjadi usaha suci bani Israil memiliki kembali pentadbiran Palestin demi memartabatkan ‘The Solomon Kingdom’ dan ‘The Temple of Mount’, tempat ibadat suci umat Yahudi. Segala kekejaman kita lihat adalah usaha suci mereka diatas jalan agama melalui pemerkasaan kuasa kerajaan.

Cerita Saya Tentang Palestin,

Kepercayaan Nasrani

Craig ada menjelaskan catatan gereja tentang sejarah Nasrani. Kerajaan Palestin kini adalah hasil penghijrahan bangsa Arab atas kemenangan tentera Islam menawan tanah Palestin dari jajahan Nasrani. Perjuangan ‘crusade’ tentera salib untuk ‘Kingdom of Heaven’. Nasrani mengiktiraf Yahudi sebagai agama terdahulu, tetapi ajarannya telah tersasar sebagaimana Islam memandang Yahudi dan Nasrani. Ajaran Nasrani lahir dari bani Israil semasa zaman penjajahan empayar Roman di Palestin.

Sejarah Nasrani bermula dengan peristiwa kelahiran ‘Jesus son of Mary’ (Nabi Isa ibnu Maryam). Holy Mary (Maryam) gadis suci berketurunan bani Israil, telah melahirkan bayi lelaki tidak berbapa yang kemudiannya menyeru manusia agar kembali menyembah tuhan yang benar. Malangnya, penganut Yahudi menganggap Jesus adalah anak luar nikah atas ketelanjuran Holy Mary. Penganut Yahudi tidak sesekali mengiktiraf kenabian Jesus tetapi memperakui bahawa beliau adalah dari kalangan bani Israil.

Ajaran Jesus ditentang hebat hinggalah beliau akhirnya dibunuh dan disalib. Nasrani percaya Jesus yang dilahirkan di tanah Palestin adalah anak tuhan melalui Holy Mary dan akan turun kembali ke Palestin pada waktu ‘armageddon’ sebagai ‘the savior for Christiandom’.

Pihak Nasrani juga percaya bahawa usaha menjaga kesucian Palestin merupakan ibadah sebagai persediaan menyambut turun Jesus dihari armageddon nanti.

Kepercayaan Islam

Berdasarkan pemahaman saya yang cetek, Masjid Al Aqsa, Palestin merupakan tanah suci ketiga selepas Masjidil Haram, Mekah dan An Nabawi, Madinah yang telah dipertahankan kesuciannya sejak zaman pemerintahan khalifah. Ia tempat suci Islam yang tertulis didalam Al Quran, juga tempat berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w, penutup segala nabi dan rasul. 

Ianya juga tempat dimana banyak tersimpannya sejarah nabi-nabi sebelum utusan besar Nabi Muhammad s.a.w. Memang benar kebanyakkan nabi-nabi sebelum Baginda Rasulullah adalah dari kalangan Bani Israil, tetapi nabi-nabi ini tetap membawa utusan Allah SWT sebagaimana disampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Maka, ia juga menjadi tanggungjawab setiap umat Islam mempertahan kesuciannya sehingga hari kiamat.

Retorik Rundingan Damai Palestin - Israel


Melalui penguasaan 'Secret Hands' dan keangkuhan regim Zionis Yahudi dan golongan Nasrani yang terikat dengan kepentingan Illuminati, mereka bertegas dan bersependapat, perbezaan antara mereka adalah perselisihan fahaman dan kepercayaan semata-mata. Kedua-duanya berasal dari susur galur bani Israil, cuma menyampaikan ajaran berbeza. Berfaktakan sejarah, bani Israil dilihat lebih berhak ke atas Palestin. 

Fakta lain; Nabi Muhammad s.a.w yang menyampaikan Islam berketurunan bani Quraish, bangsa Arab yang dahulu dianggap bangsa jahil, hina, tidak bertamadun dan sesat. Oleh itu, Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Arab itu tidak releven sama sekali dimata mereka untuk memiliki kerajaan di bumi Palestin.  

Agenda sulit Regim Zionis, mahukan hak kesucian ‘the Solomon Kingdom’ dan menggantikan Masjid Al Aqsa dengan ‘the temple of mount’. Mereka juga berazam menjadikan Palestin pusat dunia ketamadunan Yahudi di bawah nama Negara Israel berdaulat setaraf Masjidil Haram dan An Nabawi, Arab Saudi, juga Vatican City.

Pihak Nasrani pula hanya berhasrat menumpukan persediaan prasarana bagi menyambut turunnya ‘Jesus the savior’ pada hari Armageddon di tanah suci ‘Kingdom of Heaven’ Palestin. Ia terkandung dalam visi Vatican City sebagai tuntutan ibadah, tanpa kepentingan kerajaan mana memerintah asalkan hasrat tersebut dijaga.

Saya simpulkan, isu Palestin adalah misi ketaksuban Regim Zionis, 'Secret Hands' dan Illuminati sebagai kumpulan pelampau yang berselindung disebalik pendukung perundangan dunia. Sebab itu juga, setelah tersungkur regim Saddam di Iraq, wujud juga kumpulan pelampau bersistematik bergelar ISIS yang mendakwa mewakili Islam.  

Begitulah selama bertahun-tahun banyak rundingan damai diadakan, tetapi semakin hari semakin membebankan warga Palestin. Hakikatnya sukar untuk mendapat kesepakatan apabila kepentingan agama menjadi tonggak perjuangan pergerakan belakang tabir. 

Justeru, bagi mencapai tuntutan ibadah dakwaan Regim Zionis Yahudi, penguasaan Islam mesti terlebih dahulu dihapuskan agar agenda suci mereka terlaksana jaya.  

Sehingga kini kita hanya mampu memberi sumbangan agar bangsa Palestin terus hidup dan mengutuk atas kekejaman regim Israel. Tiada kuasa untuk menghentikan perjuangan strategik Yahudi dengan kesepakatan sepenuhnya. Mereka tahu, perebutan kuasa, kepentingan politik, keuntungan dan kesangsian antara pemimpin Arab sendiri menjadikannya satu advantage.  

Berdasarkan perdebatan hak dalam perundangan antarabangsa menyebelahi Negara Israel dokongan Regim Zionis. Mereka bertegas tanah Palestin sebelum wujudnya Negara Israel telah diasaskan oleh bani Israil yang satu ketika dahulu ditewaskan oleh tentera Salib dan juga Islam. 

Ini menjadikan rundingan damai sekadar retorik kerana setiap pencerobohan yang dilakukan ke atas tanah Palestin merupakan tindakan suci bangsa Yahudi, mempertahankan hak bani Israil keatas tanah Palestin. Maka tiada titik sebenar rundingan damai boleh berhasil.

Cerita Saya Tentang Palestin,

Titik Pertemuan Suci 3 Agama Dunia

Craig pernah menyuarakan persepsi Nasrani bahawa bangsa Yahudi taksub dengan perjuangan suci mereka. Ia dididik dan dipesan kepada setiap generasi tentang kepentingan tanah Palestin pada agama dan bangsa. Bani Israil melalui regimnya akan menggunakan segala daya atas nama ibadah perjuangan suci demi memastikan mereka tetap kebal. Setiap kekejaman Negara Israel lakukan adalah agenda perjuangan suci dan dunia hanya mampu mengecam diatas nama ‘kemanusiaan’ namun tidak diatas landasan perundangan.

Cerita tentang Palestin, saya mengenali nama George Soros dari mulut Craig yang beliau salah seorang pendukung Regim Zionis, berusaha membolot kekayaan bagi menyumbang ke arah pembentukan ‘the Solomon Kingdom’. Mereka rakus menggandakan usaha kekayaan bukan kerana wang ringgit, tetapi sumbangan ibadah menebus maruah tanah suci kepercayaan agama mereka.

Bila saya lihat dari sudut tirus, kita sendiri tidak terlepas dari dugaan. Agenda mereka menusuk halus ke dunia kita. Pejuang 'secret hands' bertungkus lumus menyediakan dunia yang membuatkan ramai sayang meninggalkannya.

Pejuang yang berjuang tanpa sepanduk dan poster tapi melalui acuan ilmiah, perundangan, ekonomi, politik, ketenteraan, hiburan, demokrasi, kapitalisme, membenam sistem khalifah jatuh tersungkur, rebah terkubur… malah... penulisan ini juga anda baca melalui platform kawalan mereka... The Secret Hands.

Kita lihat dari tinta sejarah bagaimana hancur Kerajaan Andalusia (Sepanyol), Kerajaan Khalifah Uthmaniyah (Ottomen Empire) Turki, Kerajaan Babylon (Iraq) satu masa dahulu yang kini dirobek tersungkur lagi. 

Arab Saudi, liga Arab dan negara-negara pendukung Islam juga berdiri kekeliruan... barangkali kerana hasil kekayaan mereka habis dilabur ke ‘Bank of New York’ dan bergantung harap kepada kawalan Wall Street. 

Tidak perlu lagi kaum Kafirun mempersoalkan Islam. Cukuplah Islam memerangi Islam melalui kelahiran tentera Musyrikin, Munafik dan pelampau agar Islam lemah dari akar umbi... berkuasa, berharta tapi kalut tidak berdaya.

Apa pun, tujuan penulisan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar berkongsi kebenaran, pengetahuan dari pengalaman yang pernah dilalui. Ia seperti mana pernah dinukilkan untuk kegiataan amal pada 2005, meraih bantuan untuk Palestin. 

Doalah dengan sekalung Al Fatihah untuk para pejuang Palestin, para pejuang yang berjuang atas jalan kebenaran. Doa senjata kita.. senjata mukmin sekalian

In shaa Allah, akan saya nukilkan pengalaman perdebatan aman bersama kenalan warga Israel di waktu mendatang. Moga menjadi perkongsian bermanfaat untuk renungan dan peringatan bersama.


COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Name

Bisnes,45,Blogging,147,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,119,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,34,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,139,MDEC,3,Motivasi,118,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,46,RWGenting,28,Sosio-Pendidikan,90,Sunway,7,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cerita Saya Tentang Palestin
Cerita Saya Tentang Palestin
Cerita saya tentang Palestin, perang kitab agenda Zionis menguasai titik kepentingan 3 agama dunia.
https://2.bp.blogspot.com/-AFDFNngCVuA/WjQHJgPdZqI/AAAAAAAASJw/lcEIjfHMzIkVboHeTtdYVFlci3nqexL4wCLcBGAs/s640/Cerita%2Bsaya%2Btentang%2Bpalestin1.png
https://2.bp.blogspot.com/-AFDFNngCVuA/WjQHJgPdZqI/AAAAAAAASJw/lcEIjfHMzIkVboHeTtdYVFlci3nqexL4wCLcBGAs/s72-c/Cerita%2Bsaya%2Btentang%2Bpalestin1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/cerita-saya-tentang-palestin.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/cerita-saya-tentang-palestin.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy