Ifa Raziah Serlah Rahsia Keanggunan Diva’s Secret

Diva's Secret by Ifa Raziah - rahsia kecantikan dan keangunan wajah.

Diva's Secrets, Ifa Raziah, Khir Khalid,

Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi temubual eksklusif bersama Ifa Raziah, Artis Versatile Popular 2017 dan ikon industri muzik tanah air yang juga usahawanita berjaya dengan produk Diva Secret. Sesi temubual dalam suasana santai mesra turut mendedahkan rahsia beliau sentiasa kekal berterampilan anggun dan cantik.

Teruja bila berpeluang mengenali beliau melalui sesi temubual mesra sebegini. Mesra dengan panggilan kak Ifa yang juga Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia, beliau sentiasa berusaha tanpa menghiraukan lontaran kata-kata negatif demi mencapai kejayaan. Ia contoh yang saya hormati dan kagum tentang Ifa Raziah dalam memartabatkan kerjaya dan kehidupan.

Diva's Secrets, Ifa Raziah,

Diva’s Secret Serlahkan Kecantikan Wajah


Selain bergiat aktif dalam persada industri muzik tanah air, Ifa Raziah turut mengusahakan barisan produk kecantikan Diva’s Secrets hasil usahasama dengan teman baik, Shanell Harun yang juga merupakan seorang pereka fesyen terkenal. Beliau menjadikan dirinya sebagai bahan percubaan formula adunan Diva’s Secret ini.

Setelah melihat hasil terhadap diri sendiri untuk tempoh tertentu, Ifa Raziah mula cuba memasarkan secara kecil-kecilan dikalangan kenalan sahaja, tetapi semakin hari ia semakin menjadi permintaan ramai dan mula berkembang. Semuanya hasil dari keberkesanan Diva’s Secret sendiri terhadap yang menggunakan dan tersebar secara ‘word of mouth’.

Atas aspirasi tersebut, barulah Ifa Raziah berhasrat menumpukan perhatan sepenuhnya dalam memasarkan produk Diva’s Secret ini. Antara barisan produk Diva’s Secret adalah Diva’s Secret Nano Lift, Diva’s Secret Mist, Lip Matte dan Eye Lashes keluaran beliau sendiri.

Diva's Secrets, Ifa Raziah,

Diva’s Secret Nano Lift

Ok… ada sebab kenapa saya lambatkan penerbitan entri temubual eksklusif bersama Ifa Raziah ini. Pertamanya untuk mencuba sendiri keberkesanan produk Diva’s Secret yang saya perolehi.

Diva’s Secret Nano Lift merupakan pencuci muka menggunakan teknologi Nano yang mampu memutih dan menganjalkan kulit wajah. Mengandungi sel stem bunga ros alpine untuk anti-penuaan wajah. Terdapat juga ekstrak teh hijau, Chamomile, Vitamin C dan ekstrak bunga yang berfungsi mengurangkan kedutan dan tona tidak sekata pada struktur wajah.

Ia sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita untuk digunakan setiap hari. Sejujurnya, pada hari kedua saya mencuci wajah pagi dan malam, kulit muka terasa tegang, segar dan tidak berminyak. Berkesan dan terasa perbezaannya.

Diva’s Secret Mist

Diva’s Secret Mist memberi kesegaran pada wajah dan berbau sangat wangi. Ia menutup liang pori-pori dan merawat wajah yang sebaiknya dipakai selepas mencuci muka menggunakan Diva’s Secret Nano Lift, malah boleh juga digunakan pada seluruh badan untuk penjagaan kulit seluruhnya.

Selain itu, jika yang menggunakan alat solek, Diva’s Secret Mist membantu mengekalkan dan menyerlahkan lagi kecantikan tona makeup yang ada pada wajah. Hanya semburkan bila-bila masa untuk kesegaran kulit wajah.

Diva’s Secret Mist juga mengandungi sel stem Ros Alpine yang diadun bersama estrak teh hijau, lemon, dan vitamin C untuk menjamin kesegaran dan kelembapan kulit. Terasa sejuk dan segar bila sembur pada muka… fresh!

Diva's Secrets, Ifa Raziah,

Diva’s Secret Lip Matte

Diva’s Secret Lip Matte dicipta untuk mencantikkan bibir dan mengandungi minyak Argan untuk merawat bibir pecah dan menjaga tekstur kelembapan bibir. Terdapat 8 warna pilihan dan ianya juga boleh digunakan sebagai pembayang pipi dan mata untuk efek makeup yang lebih menarik.

Diva’s Secret Eye Lashes

Merupakan bulu mata palsu tambahan yang diperbuat dari rambut asli yang mudah dilentur dan dilentik. Terdapat 2 jenis pilihan iaitu Sophia dan Elizabeth untuk menjadikan bulu mata lebih menawan. Sangat sesuai untuk kegunaan harian wanita atau keperluan menghadiri majlis dan undangan rasmi.

Diva's Secrets, Ifa Raziah,

Barisan produk Diva’s Secrets ini boleh didapati melalui laman Instagram Ifa Raziah dan Diva’s Secret. Produk eksklusif edaran Serifa Shahnell Empire ini sentiasa dijaga mutu dan kualiti pengeluaran termasuk oleh Ifa Raziah sendiri bagi memastikan produk yang original.

Diva's Secrets
Instagram: @divassecretss
Facebook: divassecrets.hq

Ifa Raziah
Instagram: @ifa_raziah


COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ifa Raziah Serlah Rahsia Keanggunan Diva’s Secret
Ifa Raziah Serlah Rahsia Keanggunan Diva’s Secret
Diva's Secret by Ifa Raziah - rahsia kecantikan dan keangunan wajah.
https://3.bp.blogspot.com/-ijS3CEsiy-o/Wjis7HoZl0I/AAAAAAAASLA/J8jNN5br_nEfgekzvtdfd1fhoWeZYqWtACEwYBhgL/s640/Ifa%2BRaziah%2BDiva%2527s%2BSecrets.png
https://3.bp.blogspot.com/-ijS3CEsiy-o/Wjis7HoZl0I/AAAAAAAASLA/J8jNN5br_nEfgekzvtdfd1fhoWeZYqWtACEwYBhgL/s72-c/Ifa%2BRaziah%2BDiva%2527s%2BSecrets.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/ifa-raziah-serlah-rahsia-divas-secret.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/ifa-raziah-serlah-rahsia-divas-secret.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy