Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta

Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta di IRDKL Mall, Shah Alam.

Syamsul Yusof, Khir Khalid, Pelancaran Makrifat Cinta, IRDKL Mall Shah Alam,

Makrifat Cinta, filem Dhananwood Films Sdn Bhd, membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabilah Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Filem inspirasi dari kisah benar ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Februari 2018.

Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Trailer dan Sidang Media Makrifat Cinta pada 13 Disember 2017 di IRDKL Mall, Shah Alam. Ia diadakan bagi memperkenalkan barisan pelakon dan mempromosi filem dengan tayangan trailer beberapa adegan filem di TSR Cinema, IRDKL Mall.

Filem Makrifat Cinta, IRDKL Mall Shah Alam, TSR Cinemax,

Sinopsis Filem Makrifat Cinta


Filem terbitan Lady G dan arahan Kamal G, mengisahkan tentang cinta dan kesusahan hidup yang ditempuhi Mahathir (Syamsul Yusof). Berasal dari sebuah kampung dan menjadi jutawan segera dengan membina aplikasi yang dijual dengan harga jutaan ringgit.

Pada awalnya, Mahathir yang tergolong dalam kelas menengah bawahan sentiasa bertungkus lumus mencari nafkah keluarga. Dia sering kekurangan wang kerana isterinya Zara (Nabila Huda) suka membazir, membebel dan menghina Mahathir kerana tidak mampu membelikan barang kemas dan pakaian mahal. Zara juga sering meminjam wang untuk menampung kehidupannya yang mewah.

Mereka mempunyai seorang anak bernama Aisha (Puteri Balqis) yang sangat akrab dengan Mahathir. Zara pula mempunyai adik bernama Rizal (Dato' Adi Putra), seorang penagih dan penjudi yang sering meminjam wang dari Zara dengan alasan berniaga. Oleh kerana terdesak, Mahathir mula meminjam wang daripada Ah Long, namun dia dan Aishah akhirnya ditinggalkan Zara.

Trailer Filem Makrifat Cinta, IRDKL Mall Shah Alam,

Makrifat Cinta Filem Kisah Cinta Dan Cabaran Kehidupan 


Telah ditakdirkan, Mahathir bertemu rakan lamanya dari kolej bernama Sofea (Nora Danish). Pelbagai kemelut  dihadapi Mahathir termasuk gagal melunaskan hutang Ah Long hingga dikejar dan dipukul. Sofea mendapat tahu dan menawarkan bantuan, juga menggalakkan Mahathir menumpukan perhatian terhadap aplikasi yang sedang dicipta hingga Mahathir bertambah yakin.

Satu hari, semasa dalam perjalanan menghadiri mesyuarat, teksi yang dinaiki Mahathir dan Sofea telah dilanggar sebuah trak. Pemandu teksi meninggal dunia manakala Mahathir dan Sofea mengalami kecederaan parah. Pemandu trak itu tidak lain adalah Rizal, adik Zara.

Setelah tersedar di Hospital, Mahathir mendapat tahu bahawa Sofea berada dalam keadaan koma, lantas mencurahkan isi hatinya. Sayang, Sofea akhirnya meninggal dunia.

Berita kematian Sofea yang juga salah seorang pencipta aplikasi unik tersebut secara tidak langsung menarik orang ramai mula menggunakannya dan Mahathir secara tiba-tiba menjadi jutawan segera yang mengubah kehidupannya. Mahathir juga akhirnya mengetahui bahawa Zara dan Rizal adalah dalang disebalik kemalangan dan kematian Sofea.

Walaupun hasrat Mahathir menjadi jutawan tercapai, dia terasa kekurangan dan menyedari hidupnya tidak bermakna tanpa Sofea. Selebihnya, sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta, IRDKL Mall Shah Alam,

Makrifat Cinta Bakal Ditayangkan Bermula 1 Februari 2018


Pelbagai aksi dan cabaran kehidupan ditayangkan dalam sesi trailer filem Makrifat Cinta. Filem ini menelan belanja hampir RM4 juta dan merupakan filem Melayu pertama di Malaysia menggunakan lensa kamera Cooke Opitcs yang disewa khas dari Mumbai, India. Ia juga turut menggunakan teknik CGI profesional dalam beberapa babak yang ditayangkan. 

Selain itu, jalan penceritaan serta watak-watak yang dibawa oleh lakonan pelakon-pelakon popular membuatkan saya sendiri tidak sabar menonton filem penuh yang bakal ditayangkan nanti. Filem yang disasarkan 'box office' ini juga bakal ditayangkan di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Makrifat Cinta, filem wajib tonton bermula 1 Februari 2018... save the date!


COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta
Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta
Pelancaran Trailer Filem Makrifat Cinta di IRDKL Mall, Shah Alam.
https://4.bp.blogspot.com/-IGtIRtWFSeA/WjLGy4smJhI/AAAAAAAASHE/Z0MNhxxYMokMvVFyHx0u9jTJAafoxfShACLcBGAs/s640/Makrifat%2BCinta.png
https://4.bp.blogspot.com/-IGtIRtWFSeA/WjLGy4smJhI/AAAAAAAASHE/Z0MNhxxYMokMvVFyHx0u9jTJAafoxfShACLcBGAs/s72-c/Makrifat%2BCinta.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/pelancaran-trailer-filem-makrifat-cinta.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/pelancaran-trailer-filem-makrifat-cinta.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy