Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia Bersaing Ke Peringkat Asia

Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia (Asia Young Designer Award - AYDA 2017) bersaing ke peringkat Asia.

Pemenang AYDA Bersaing Ke Peringkat Asia,

Bagi pembaca blog ini pasti tahu perkembangan Anugerah Pereka Muda Asia (Asia Young Designer Award - AYDA) yang dikongsikan. Pada artikel kali ini, pemenang AYDA 2017, Shahmeena Labeeb dari Taylor’s University dan Ng Wai How dari Universiti Malaya (UM), akan mewakili negara untuk bersaing dengan peserta dari 14 negara lain pada Anugerah Pereka Muda Asia tahun 2017. 

Shahmeena dan Ng, telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas bagi kategori Rekaan Dalaman dan Seni Bina pada AYDA edisi ke-10, iaitu acara pertandingan rekaan premium yang berkembang ke 15 negara seluruh Asia meliputi Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Iran, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.

Asia Young Designer Award - AYDA


Sedekad sejak diperkenalkan pada 2008, AYDA telah menerima lebih daripada 5,000 penyertaan pelajar dari lebih 600 institusi seni reka di seluruh rantau tahun ini. Dari Malaysia sahaja, AYDA telah menerima 1,109 penyertaan dari 44 institusi seni reka yang mengambil bahagian. 

Atas kemenangan Shahmeena dan Ng, masing-masing menghantar penyertaan bertajuk Plan Bee – A City Beekeeping Project dan War Museum – An Extension of Tugu Negara. Selaras dengan tema AYDA tahun ini iaitu You for Tomorrow: Future Living as Envisioned Today, ia mencabar wawasan dan keupayaan teknikal pereka muda hari ini memenuhi kehendak generasi masa hadapan. 

Plan Bee - A City Beekeeping Project oleh Shahmeena, Taylor's University

Shahmeena menerusi rekaannya, mempamerkan tapak terbengkalai di Jalan Ceylon dengan membina semula ekosistem mampan dan komersial yang dapat membantu pemuliharaan lebah bagi memastikan rantaian makanan kekal dilindungi untuk komuniti yang akan datang. Asas utama idea adalah The Apiary, kediaman di puncak bukit dan dikelilingi hutan serta direka berdasarkan bentuk sarang lebah yang mewakili konsep eko-pelancongan futuristik. 

Reka bentuknya juga menggabungkan elemen menarik seperti kawasan pengekstrakan madu, jualan secara runcit dan Mead Bar yang menawarkan pengunjung menikmati madu di ruang dek makan luar.

AYDA - Plan Bee: A City Beekeeping Project, Shahmeena Labeeb, Taylor's University
Plan Bee - A city Beekeeping Project

War Museum - An Extention of Tugu Negara oleh Ng Wai How, Universiti Malaya

Ng yang dibimbing mentornya, Ar. Dr. Lim Teng Ngiom dari Universiti Malaya, mengetengahkan idea memartabatkan sejarah Malaysia dan monumen bersejarah sukar diterjemahkan strukturnya, namun menggabungkan elemen ‘jiwa dan hati’ dalam intipati projek. Segmen pengetahuan membawa pengunjung merentasi laluan berjujukan menerusi enam tema galeri diikuti garis masa darurat Tanah Melayu – menggunakan pencahayaan, bayang dan tekstur; bagi menghidupkan penceritaan. 

Salah satu komponen utama dalam rekaannya ialah mengimbas kembali sejarah, bertujuan menyentuh emosi pengunjung dengan pembinaan semula tugu peringatan. Nama para penjuang yang terkorban dalam peperangan turut diabadikan pada dinding granit di situ.

AYDA, War Museum - An Extention of Tugu Negara, Ng Wai How, Universiti Malaya,
War Museum - An Extention of Tugu Negara

AYDA - Sokongan Industri, Juri Dan Mentor Profesional


Pereka profesional terkenal dilantik sebagai juri dan mentor pertandingan dalam setiap penganjuran AYDA. Sebelum pemilihan reka bentuk paling kreatif dan inovatif setiap kategori, mereka secara peribadi akan berkongsi nasihat dan maklum balas konstruktif bersama peserta. 

Bagi tahun 2017, Ketua juri bagi Kategori Seni bina adalah Ar Sarly Adre Sarkum, dari Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd manakala Ketua Pereka Eksekutif Blu Water Studios, Lai Siew Hong adalah Ketua juri bagi kategori rekaan dalaman. 

AYDA disokong badan kerajaan dan persatuan dalam industri termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA); Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan Belia Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysua (REHDA Youth); Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Artikel berkaitan;

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia Bersaing Ke Peringkat Asia
Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia Bersaing Ke Peringkat Asia
Pemenang Anugerah Pereka Muda Asia (Asia Young Designer Award - AYDA 2017) bersaing ke peringkat Asia.
https://2.bp.blogspot.com/-sz2R7AZ9CMI/WjqRIP8_15I/AAAAAAAASO0/SUc5lfIUaQUQrBoALtAbuni7GX8yxK0bQCLcBGAs/s640/AYDA%2B2017%2B-%2BImage%2B1.png
https://2.bp.blogspot.com/-sz2R7AZ9CMI/WjqRIP8_15I/AAAAAAAASO0/SUc5lfIUaQUQrBoALtAbuni7GX8yxK0bQCLcBGAs/s72-c/AYDA%2B2017%2B-%2BImage%2B1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/pemenang-anugerah-pereka-muda-asia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/pemenang-anugerah-pereka-muda-asia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy