Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC

Program Promosi Pelancongan Desa sempena Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili 2017 anjuran KEJORA dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Program Promosi Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia, MTC, Kejora, Kampung Belukar Durian,

Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Kerjasama MTC


Menghargai anugerah alam, nilai budaya, potensi eco dan agro-pelancongan merupakan input berharga bila berpeluang menyertai Program Promosi Pelancongan Desa anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Ia juga diadakan bersempena Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili 2017 yang menjadi antara komitmen MTC dalam usaha mempertingkatkan sektor pelancongan desa. Wakil MTC, media dan bloggers telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kompleks The Wetlands Kampung Belukar Durian, Sedili Kechil, Kota Tinggi, Johor.

Perjalanan bermula pada pagi Jumaat, 22 Disember 2017 dengan menaiki bas yang diketuai Encik Aminuddin Mohammd dan Puan Nurul Ezani Mat Isa bagi pihak MTC bersama rakan media dan bloggers. Bertolak sekitar jam 10 pagi dari perkarangan parkir MATIC menuju ke Ladang Farm Fresh, Muadzam Shah sebagai destinasi persinggahan.

Program Promosi Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia, MTC,

Aspirasi Agro-Pelancongan The Hosltein Milk Company

The Hosltein Milk Company merupakan pengeluar produk tenusu jenama Farm Fresh. Kami tiba di Pusat Inovasi dan Latihan Muadzam Shah, dijamu makan tengah hari dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Azmi Zainal selaku Pengarah Operasi, sebelum dibawa ke Ladang Tenusu Muadzam Shah.

Ini merupakan kunjungan kedua saya ke sini, namun kali ini memberi input yang berbeza dari aspek sosio-ekonomi dan pembangunan agro-pelancongan mampan.

Antara lain turut mengetengahkan hasrat syarikat meningkatkan peluang pekerjaan, juga membangunkan taman tema Moorassic Park sebagai pusat tarikan agro-pelancongan dalam dan luar negara yang dijangka siap pada tahun 2019. Selesai melawat persekitaran, kami berpeluang menikmati susu segar Farm Fresh sebelum berangkat meneruskan perjalanan.

Program Promosi Pelancongan Desa, Majlis Pelancongan Malaysia, MTC,

Kompleks The Wetlands Kampung Belukar Durian

Pada awal saya berkongsi info Program Promosi Pelancongan Desa ke Kampung Belukar Durian di media sosial, ada yang menyangka kami bakal makan durian di sini. Sebenarnya ia adalah nama kampung dan lokasi kami bermalam, yang merupakan kawasan penginapan chalet dan dorm.

Kami tiba di The Wetlands Kampung Belukar Durian sekitar jam 9 malam. Selesai check-in, kami dirai oleh pihak KEJORA dan Koperasi Kampung Belukar Durian Berhad dalam majlis jamuan makan malam yang disertai persembahan kebudayaan tarian Zapin, Ghazal dan Kuda Kepang.

Mengakhiri malam dengan kemeriahan, seterusnya berehat melepaskan keletihan setelah menempuh perjalanan untuk persediaan pelbagai aktiviti yang disediakan keesokan hari.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, Majlis Pelancongan Malaysia, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Majlis Pelancongan Malaysia,

Meneroka The Wetlands Kampung Belukar Durian

Bersiap seawal 7:30 pagi dimulai sesi senaman Zumba oleh penduduk Kampung Belukar Durian. Selesai bersarapan, kami diberi penerangan mengenai paya bakau yang bakal diterokai.

Kami turut diperkenalkan dengan saudara Mohd Effendi Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Belerong, seorang aktivis alam sekitar dan tour guide kami yang arif tentang persekitaran eco-sistem paya bakau The Wetlands Kampung Belukar Durian ini.

Bermulalah penerokaan kami menerobos hutan paya bakau di Sungai Sedili Kechil. Pelbagai input yang kami perolehi, antaranya turut menjelaskan kekurangan 'migration birds' yang datang sejauh dari Rusia disebabkan ketidakseimbangan eco-sistem semulajadi kerana pencemaran. Ia sebenarnya mampu memberi kesan 'domino effect' terhadap flora dan fauna untuk jangka masa panjang.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Majlis Pelancongan Malaysia, Belerong,

Hutan paya bakau mempunyai tarikan eco-pelancongannya yang tersendiri. Walaupun semasa kecil dahulu saya boleh dikatakan biasa dengan paya bakau, tetapi inilah kali pertama mengetahui banyak perkara baru berkaitan pokok dan paya bakau ini

Saya turut memacak benih pokok bakau sebagai tanda menyokong usaha pemuliharaan paya bakau demi generasi masa hadapan. Hargailah hutan paya bakau... kalau bukan kita, siapa lagi...

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Majlis Pelancongan Malaysia,

Lawatan Ke Pusat Penternakan Dan Penetasan Belangkas

Sesi seterusnya, kami dibawa menaiki bot menelusuri Sungai Sedili Kechil ke Pusat Penternakan dan Penetasan Belangkas. Pasti ada diantara kita yang belum pernah melihat atau mengetahui apa itu belangkas. Ia hidupan laut yang istimewa, malah darahnya pun berwarna biru.

Telur belangkas menjadi kegemaran ramai yang suka dengan tekstur dan rasanya. Oleh kerana itu, Pusat Belangkas ini dibangunkan sebagai inisiatif konservasi belangkas agar ia tidak mengalami kepupusan. Di sini kami melihat sendiri bagaimana proses penternakan belangkas dijalankan.

Selain itu, pernah tak kita dengar bak kata orang dulu-dulu kalau pasangan bercinta ada yang digelar "macam belangkas". Memang pun betul... belangkas jantan melekat atas belangkas betina sepanjang masa haha. Apa pun, telur belangkas masak sambal yang disajikan di sini memang sedap.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, The Wetlands Kampung Belukar Durian,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Majlis Pelancongan Malaysia,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, The Wetlands Kampung Belukar Durian,

Pesta Berkarang Di Pantai Manis, Tanjung Sedili

Aktiviti seharian padat dengan manfaat ilmu yang patut dikongsikan. In shaa Allah, akan saya panjangkan pengisian lebih khusus pada penulisan akan datang tentang tempat-tempat yang dilawati ini. Kami pulang sekitar 1 petang dan berehat untuk satu lagi acara pada sebelah petang.

Pesta berkarang di Pantai Manis, Tanjung Sedili juga merupakan pengalaman baru buat diri ini bersama-sama komuniti setempat, rakan media dan blogger, menyertai pertandingan turun ke laut mencari Ale atau Lala. Siapa yang berjaya mengumpul Ale terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan layak menerima hadiah berupa wang tunai.

Terpesona dengan permandangan sunset sewaktu pulang ke pantai... subhanallah.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Pantai Manis,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC, Majlis Pelancongan Malaysia,

Sepanjang di laut, saya dapat mengumpulkan Ale seberat 600 gram sahaja. Pemenang utama berjaya mengumpul seberat 3kg, malah tempat ke-10 pun mengumpul seberat 1.5kg.

Fuhh... bukan senang nak cari Ale, kerang, semua tu. Lepas ni, dah tak nak komplen harga kerang mahal... nak mencari pun kena pandai cari lokasi yang betul dan perlukan ketekunan serta kesabaran.

Tahniah kepada semua pemenang Pesta Berkarang. Hadiah disampaikan oleh Ketua Kampung Tanjung Sedili, Encik Ibrahim Yahaya atau mesra dengan panggilan Tok Yem kepada pemenang. Hasil tangkapan pula semuanya dijadikan hidangan makan malam bersama komuniti selepas program Malam Bicara Ilmu di tapak Karnival Pelancongan Desa sebagai mengakhiri program seharian.

Ibrahim Yahaya, Aminuddin Mohamad, Pesta Berkarang, Program Promosi Pelancongan Desa,

Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017


Keesokkannya merupakan hari kemuncak Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 yang diadakan di Tapak Pasar Malam, Tanjung Sedili. Justeru, pada awal pagi kami bersiap untuk bergerak ke sana selepas selesai sarapan pagi.

Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 ini diadakan bagi menyatakan komitmen dalam memartabatkan Tanjung Sedili sebagai pusat eco-pelancongan berpotensi di Johor dan Malaysia. Ia juga secara tidak langsung mengangkat segala usaha agro-pelancongan penduduk tempatan, nilai kebudayaan dan warisan sejarah bangsa dan negara.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Yb Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Harun Narrashid selaku tetamu kehormat majlis perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Kredit foto: Marcus Osmand

Berpeluang juga beramah mesra bersama beberapa penduduk tempatan yang hadir ke Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017. Ini juga menandakan berakhirnya lawatan kami di The Wetlands Kampung Belukar Durian.

Kami berkemas dan check-out sejurus selepas makan tengah hari dengan kenangan manis dan input pengetahuan eco-pelancongan di sini.

Namun perjalanan trip lawatan kami belum lagi berakhir. Kami seterusnya dibawa berkunjung ke beberapa lokasi menarik dalam perjalanan pulang, bermula dengan Bengkel Kraftangan Nelayan Kampung Sedili Kechil. Di sinilah hasil kreatif kraftangan menggunakan barangan laut seperti kulit siput dan kerang dihasilkan.

Bengkel Kraftangan Nelayan Kampung Sedili Kechil

Bengkel kraftangan ini juga dikenali sebagai Bengkel Kraftangan Siput Nelayan Sedili. Antara produk yang dihasilkan termasuk aksesori seperti key chain, bingkai gambar termasuk bunga menggunakan kulit siput dan kerang. Bengkel ini juga turut menerima tempahan dan juga perkhidmatan mengajar cara pembuatan kraftangan di sekitar kawasan Johor.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,

Muzium Nelayan Tanjung Balau Dan Galeri Arkeologi

Perjalanan seterusnya membawa kami ke Muzium Nelayan Tanjung Balau. Terdapat pelbagai informasi tentang nelayan dipamerkan seperti jenis-jenis peralatan menangkap ikan, sampan dan kapal, termasuk sejarah Tanjung Balau dan sejarah penangkapan ikan. Turut menarik perhatian adalah diorama perkampungan nelayan dan rumah nelayan contoh yang turut terdapat di sini.

Terletak bersebelahan Muzium Nelayan dan di dalam kawasan yang sama, terdapat Galeri Arkeologi. Merupakan lokasi yang bagus dikunjungi para pengkaji juga kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang geologi, sejarah serta struktur muka bumi Malaysia.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,
Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,

Bayu Balau Beach Resort

Perhentian terakhir kami untuk minum petang sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur terletak tidak jauh dari Muzium Nelayan. Bayu Balau Beach Resort dikendalikan oleh KEJORA Hospitality, sebuah syarikat milik penuh KEJORA. Persekitaran cantik dan damai menawarkan bilik hotel dan juga chalet.

Selain itu, terdapat kolam renang yang menjadi tarikan ramai ke Bayu Balau Beach Resort. Kolam renang di sini juga dibuka untuk kunjungan orang ramai dengan harga masuk RM10.00 sahaja. Berkesempatan juga mengabadikan gambar beramai-ramai di kawasan kolam renang sebelum dibawa melawat ke salah satu bilik hotel Bayu Balau Beach Resort.

Program Promosi Pelancongan Desa, KEJORA, MTC,

Penghargaan Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC


Sekalung penghargaan kepada Majlis Pelancongan Malaysia dan KEJORA atas kepercayaan untuk saya turut serta dalam Program Promosi Pelancongan Desa selama 3 hari 2 malam ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Aminuddin Mohammd dan Puan Nurul Ezani bagi pihak MTC, saudara AJ Zakeri, Puan Rosmawati dan Sis Hanny Abdullah yang turut menawarkan peluang berharga ini, juga buat semua rakan media dan bloggers berkongsi pengalaman dan keceriaan. Ampun dan maaf atas sebarang salah dan khilaf.

Program Promosi Pelancongan Desa ini sememangnya usaha yang baik dalam mempertingkatkan sektor pelancongan desa selaras hasrat memartabatkan industri pelancongan negara.

MTC - Make Tourism Champion!


COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Bisnes,46,Blogging,148,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,122,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,35,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,141,MDEC,3,Motivasi,122,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,47,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,91,Sunway,8,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC
Program Promosi Pelancongan Desa KEJORA Dengan Kerjasama MTC
Program Promosi Pelancongan Desa sempena Karnival Pelancongan Desa, Zon Sedili 2017 anjuran KEJORA dengan kerjasama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).
https://3.bp.blogspot.com/-eO9iY07S8ic/WkHJmhva8fI/AAAAAAAASR8/GdlQFd3pDvAjoCYaVlR7CvTfh4F3UbaqgCLcBGAs/s640/Pelancongan%2Bdesa%2BKejora.png
https://3.bp.blogspot.com/-eO9iY07S8ic/WkHJmhva8fI/AAAAAAAASR8/GdlQFd3pDvAjoCYaVlR7CvTfh4F3UbaqgCLcBGAs/s72-c/Pelancongan%2Bdesa%2BKejora.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/program-promosi-pelancongan-desa-kejora-mtc.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/program-promosi-pelancongan-desa-kejora-mtc.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy