Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam

Majlis pembukaan Sihaf Arabic Restaurant di Shop Lot Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Nampak gambar di atas?... itulah antara hidangan yang saya nikmati sempena pembukaan rasmi Sihaf Arabic Restaurant di Shop Lot Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Majlis diadakan dalam suasana santai dan meriah, disajikan pelbagai hidangan Arab berserta acara yang menambah keceriaan tengah hari hingga petang Sabtu lepas.

Saya berpeluang hadir seisi keluarga, malah turut bawa ibu sekali meraikan majlis pembukaan ini bersama-sama. Tetamu pun ramai, namun sempat bergambar bersama Pemilik dan Pengasasnya yang peramah serta beberapa gambar interior restoran sebelum orang ramai memenuhi ruang yang ada. Interior pun dah menaikkan 'Arabic mood'... belum makanannya lagi.

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Sekitar Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam


Majlis bermula sekitar 1 petang dengan bacaaan doa dan ucapan aluan oleh pengasas. Turut diadakan pelancaran memotong riben menandakan pembukaan rasminya dan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Arab sepanjang majlis berlangsung.

Selain itu, kami dijamu dengan bermacam-macam makanan Arab secara buffet yang boleh diambil mengikut selera. Malah lebih menarik lagi selesai acara memotong riben, turut menyajikan shawarma istimewa terpanjang di Asia... memang panjang beb! Dapat juga snap beberapa gambar termasuk nasi Briani yang dimasak dalam buluh... lembut dan sedap, penuh aroma.

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant, Shah Alam,
Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Majlis pembukaan restoran Sihaf ini memang sangat meriah. Makanan pun banyak... ambil dan makan banyak mana pun, tetap ada lagi untuk ditambah. Rasa pun sedap walaupun disediakan pada skala yang besar... terpulang kita pandai atau tak je adjust perut kasi muat, makan dan makan lagi haha.

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Inspirasi Nama Dan Logo Sihaf Arabic Restaurant


Restoran Sihaf ini dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas;

"Kepada mereka yang diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya" - Surah Az-Zukhruf, Ayat 71)

Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam,

Logo restoran merujuk namanya, mengandungi 3 segitiga melengkung yang merupakan antara nombor ganjil sering disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang kita amalkan. Corak tradisional yang menghiasi logo pula melambangkan budaya Islam dan warna yang mencerminkan negara-negara Islam.

Justeru, buat warga Shah Alam atau sesiapa yang berada di Shah Alam, dah boleh menikmati masakan Arab di sini. Ia juga bukan sekadar menu sajian Arab, malah masakan dan penyediaan juga oleh chef serta warga kerja Arab... memang original Arabic cuisine.

Sihaf Arabic Restaurant

B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000, Shah Alam.
Tel: 011-1111 0500
Facebook: sihafrestaurant


COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant Shah Alam
Majlis pembukaan Sihaf Arabic Restaurant di Shop Lot Vista Alam, Seksyen 14, Shah Alam.
https://4.bp.blogspot.com/-T_8m0OrMfDU/WjlIe-RvqoI/AAAAAAAASL8/WjksUkQ_Zs0pCaB0PwjkxWsT77AnTbtMACLcBGAs/s640/sihaf%2Barabic%2Brestaurant.png
https://4.bp.blogspot.com/-T_8m0OrMfDU/WjlIe-RvqoI/AAAAAAAASL8/WjksUkQ_Zs0pCaB0PwjkxWsT77AnTbtMACLcBGAs/s72-c/sihaf%2Barabic%2Brestaurant.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/sihaf-arabic-restaurant-shah-alam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/sihaf-arabic-restaurant-shah-alam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy