Teraju@ECER Pacu Pelaburan Dan Peluang Pekerjaan Tempatan

Program Teraju@ECER, empower ECER, ECERDC,

Pelabur tempatan, termasuk usahawan-usahawan Bumiputera terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan sosioekonomi Kelantan, susulan usaha-usaha inklusif kerajaan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk meningkatkan penyertaan dan sumbangan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dalam ekonomi tempatan.

ECERDC bersama rakan strategik, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menerusi program TERAJU@ECER telah memperuntukkan dana mudahcara berjumlah RM6.8 juta kepada empat projek Bumiputera dalam sektor perkhidmatan, pembangunan dan hartanah. Projek-projek bernilai lebih RM56.6 juta bakal mewujudkan lebih 90 peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan, sekaligus menjadi platform meningkatkan taraf hidup melalui pendapatan yang lebih stabil.

Teraju@ECER, ECER, ECERDC,


YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga merupakan Ahli Parlimen Jeli, telah melawat dan melancarkan stesen minyak PETRON di Batu Melintang, salah satu pelaburan swasta yang dijayakan melalui program TERAJU@ECERTurut hadir adalah YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

Stesen minyak ini dikendalikan oleh Muby Al Jabal Sdn. Bhd., telah menerima Dana Mudahcara TERAJU@ECER yang menjadi tipping point untuk pelaburan swasta bernilai lebih daripada RM5.3 juta. Stesen minyak PETRON tersebut dijangka mewujudkan sebanyak 20 peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan.

Selepas majlis berkenaan, Dato’ Sri Mustapa, ditemani oleh Datuk Seri Issace ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk melancarkan majlis pembukaan Karnival Jeli Best 2017. Majlis turut disertai oleh 29 usahawan dan syarikat tempatan yang telah menerima manfaat daripada program pembangunan modal insan ECERDC. Peserta-peserta tersebut daripada pelbagai sektor seperti pembuatan, hartanah, makanan dan logistik turut mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di samping menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Untuk terus membantu perkembangan usahawan-usahawan empower ECER, dana mudahcara TERAJU@ECER dibawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera bernilai lebih RM104,840 diperuntukkan untuk pembelian peralatan seperti peti sejuk beku, pengadun kek, mesin jahit, peralatan salun dan pengantin telah diberikan kepada 15 orang usahawan empower ECER dari Jeli.

Pada majlis yang sama, Dato' Sri Mustapa turut menyampaikan sijil kecemerlangan kepada 57 orang pelajar yang mengikuti program Latihan Akademik empower ECER sebagai tanda pengiktirafan kejayaan mereka mendapat keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan utama iaitu UPSR, PT3 dan SPM pada 2016. Kebanyakan mereka adalah pelajar kurang cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar sebelum dipilih untuk menyertai inisiatif ini.

Sehingga kini, lebih daripada 26,120 Rakyat di Kelantan telah menerima manfaat daripada program ECERDC. Jumlah ini termasuk 11,830 pelajar di bawah program Latihan Akademik empower ECER dan 3,020 individu di bawah program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER. Sebanyak 1,793 usahawan dan 212 syarikat juga telah mendapat manfaat daripada program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER.


COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
image
Name

Bisnes,32,Blogging,64,Ekspresi,110,Familia,35,Foodie,34,Gadget,8,Hartanah,13,Health & Fitness,11,Hiburan,26,Informasi,98,Intervensi,27,Komuniti,36,Lifestyle,58,Motivasi,118,Movie,12,Pendidikan,38,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,Segmen Dan Giveaway,68,Sosial,41,Teater,5,Travelog,14,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Teraju@ECER Pacu Pelaburan Dan Peluang Pekerjaan Tempatan
Teraju@ECER Pacu Pelaburan Dan Peluang Pekerjaan Tempatan
Program Teraju@ECER, empower ECER, ECERDC,
https://1.bp.blogspot.com/-10etj28O0w4/WidkCp0EEQI/AAAAAAAAR8g/TgiYPvLUXQoUp_MQlnYrqahtHbPqDtjUACLcBGAs/s640/YB%2BDato%2527%2BSri%2BMustapa%2Bbin%2BMohamed%2Band%2BYBhg.%2BDatuk%2BSeri%2BJebasingam%2BIssace%2BJohn%2Btogether%2Bwith%2Baward%2Brecipients%2Band%2BOrang%2BAsli%2BStudents.png
https://1.bp.blogspot.com/-10etj28O0w4/WidkCp0EEQI/AAAAAAAAR8g/TgiYPvLUXQoUp_MQlnYrqahtHbPqDtjUACLcBGAs/s72-c/YB%2BDato%2527%2BSri%2BMustapa%2Bbin%2BMohamed%2Band%2BYBhg.%2BDatuk%2BSeri%2BJebasingam%2BIssace%2BJohn%2Btogether%2Bwith%2Baward%2Brecipients%2Band%2BOrang%2BAsli%2BStudents.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/12/terajuecer-pacu-pelaburan-swasta.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/12/terajuecer-pacu-pelaburan-swasta.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy