Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO

Lindungi Harta Intelek dengan Petunjuk Geografi MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Petunjuk Geografi, MyIPO, Perbadanan Harta Intelek Malaysia,

Sekiranya anda mempunyai hasil karya, idea dan jenama sendiri pasti mahukan reputasi yang terbaik agar ia dikenali, dipercayai dan memberi manfaat serta keuntungan. Selain itu, faktor keselamatan juga amat perlu diambilkira kerana ia merupakan harta intelek yang perlu dilindungi.

Inilah informasi saya ingin kongsikan tentang kepentingan Petunjuk Geografi yang diperkenalkan oleh MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia, merupakan agensi dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) dalam usaha melindungi harta intelek anda.

Apa Itu Petunjuk Geografi MyIPO


Pasti anda pernah melihat jenama seperti Kluang Coffee, Sabah Tea, Kek Lapis Sarawak dan bermacam-macam lagi yang menggunakan nama tempat menjadi jenama produk. Penjenamaan seperti ini menyatakan kepada umum tentang lokasi asal sesuatu produk atau jenama itu diasaskan.

Definasi MyIPO - Petunjuk Geografi adalah tanda yang digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.

Penjenamaan produk yang termaktub dibawah Petunjuk Geografi ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pemiliknya kerana mudah diingati dan membina keyakinan kepada orang ramai melalui reputasi negeri, wilayah atau daerah, sesuatu tempat yang dinamakan.

Petunjuk Geografi, MyIPO, Perbadanan Harta Intelek Malaysia,


Perlindungan Petunjuk Geografi

Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya dikeluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan dan daerah yang lain.

Pemilik Petunjuk Geografi yang berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi barangan Petunjuk Geografi bagi mendapat pengiktirafan baik di dalam negara mahu pun luar negara.

Pengecualian Dari Perlindungan Petunjuk Geografi

  1. Petunjuk Geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau
  2. Petunjuk Geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal.
  3. Petunjuk Geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau wilayah asal.

 Hak Penggunaan

  1. Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja bleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.
  2. Hak penggunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran.

Tempoh Perlindungan

Tempoh perlindungan bagi Petunjuk Geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

Pemohon Yang Layak

  1. Individu yang menjalankan aktiviti sebaga pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan dalam borang permohonan.
  2. Pihak berkuasa tempatan; atau
  3. Organisasi perniagaan atau persatuan.

 Akta Petunjuk Geografi 2000

Akta Petunjuk Geografi telah diperkenalkan bermula tahun 2000. Maklumat rujukan lanjut boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan di bawah;


Petunjuk Geografi, MyIPO, Perbadanan Harta Intelek Malaysia,

Daftar Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi


Bagi usahawan yang mempunyai jenama atau bakal usahawan yang berhasrat membina penjenamaan yang terkait dengan nama lokasi tempatan, pastikan anda berdaftar melalui Petunjuk Geografi MyIPO bagi memastikan harta intelek anda terjamin. Permohonan boleh dilakukan secara Online atau manual di pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Info Pemfailan Petunjuk Geografi Secara Online di >SINI<

Alamat Pendaftar Petunjuk Geografi MyIPO


Pendaftar Petunjuk Geografi – Kuala Lumpur
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Unit 1-7, Ground Floor, Menara UOA Bangsar,
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1,
59000 Kuala Lumpur.
Tel: 603 2299 8400
Fax: 603 2299 8989

Pendaftar Petunjuk Geografi – Sabah
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Tingkat 3, Blok C,
Kompleks KUWASA,
49, Jalan Karamunsing,
88000 Kota Kinabalu.
Tel: 088 233 571
Fax: 088 257 046

Pendaftar Petunjuk Geografi – Sarawak
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Lot 9936, Sublot 5, 3rd Floor,
Queen’s Court, Block E,
Jalan Wan Alwi,
Tel: 082 459 075/ 459 076
Fax: 082 455 052

Info lanjut boleh layari laman web dan media sosial MyIPO di bawah;


COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO
Lindungi Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi MyIPO
Lindungi Harta Intelek dengan Petunjuk Geografi MyIPO - Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-VMe_rAirQL4/WmY1vNP9-mI/AAAAAAAASuU/2uokaEk0TcUuqpdTT55NO6RQy5XNNVIGwCLcBGAs/s640/MyIPO%2BPetunjuk%2BGeografi.png
https://2.bp.blogspot.com/-VMe_rAirQL4/WmY1vNP9-mI/AAAAAAAASuU/2uokaEk0TcUuqpdTT55NO6RQy5XNNVIGwCLcBGAs/s72-c/MyIPO%2BPetunjuk%2BGeografi.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/harta-intelek-petunjuk-geografi-myipo.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/harta-intelek-petunjuk-geografi-myipo.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy