IPC Shopping Centre Berwajah Baru, Lebih Ceria Dan Berinspirasi

Pelancaran penjenamaan semula IPC Shopping Centre, berwajah baru menawarkan lebih banyak kemudahan dan pengalaman membeli belah lebih ceria dan mesra untuk seisi keluarga serta masyarakat.


IPC Shopping Centre dengan bangganya telah mengumumkan penjenamaan semula pusat membeli belah yang baru sahaja selesai dinaiktaraf sepenuhnya.

Pembangunan semula pada ruang fizikal dan jenama keseluruhannya, ia direka bentuk bagi mewujudkan suasana membeli belah yang lebih ceria, berinspirasi dan menggembirakan pengunjung. Merupakan kemuncak sebuah projek berwawasan tinggi, menjadikannya sebagai projek pembangunan semula pusat membeli belah terbesar rantau ini dengan jumlah pelaburan RM200 juta bagi menukar wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap dalaman dan persekitaran.

IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara,
(Dari kiri) Karyn Lim, Genereal Manager IPC Shopping Centre bersama
Thomas Malmberg, Shopping Centre Director of IKEA South East Asia.

Pelancaran Penjenamaan Semula IPC Shopping Centre


IPC Shopping Centre memperkenalkan konsep 'So Much More' yang membawa maksud ia bukan sekadar destinasi membeli belah, malah menawarkan pengalaman yang lebih daripada itu.

Pusat membeli belah terunggul terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara ini telah direka secara terperinci dengan penelitian terhadap pengalaman membeli belah menerusi reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

Idea disebalik pembangunan semula IPC Shopping Centre ialah mewujudkan ruang kontemporari yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Reka bentuk terbarunya memastikan bahawa setiap anggota keluarga mempunyai ruang yang dapat memenuhi citarasa mereka tersendiri.

IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara,

Terdapat 145 kedai termasuk outlet lifestyle, fesyen serta kecantikan dan kedai-kedai makanan dan minuman berkonsep terkini dan serba baru. Sebanyak 46% adalah penyewa asal antaranya Harvey Norman, Popular Bookstore, Padini, Brands Outlet, Spotlight dan ACE Hardware. Penyewa baru antaranya Ben's Independent Grocer (B.I.G), Family Mart, Ikea Cafe, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan Skechers yang terbesar di Asia Tenggara.

IPC Shopping Centre juga menawarkan lebih banyak pilihan menjamu selera seperti alfresco atau medan selera 'Foodland', Hana Japanese Dining, Paradise Dynasty, Suki-Ya, Ichiban Ramen, Magnum Cafe, Kluang Station, Uncle Lim, Absolute Thai, Noodle Snack, Nando's, Starbucks dan Dome.

Selain itu, pembangunan semula turut melibatkan sistem parkir, tempat duduk dan kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan taman permainan khas 'Funland' untuk si kecil.

IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara,

IPC Shopping Centre turut memperkenalkan logo terbaharunya sempena ulang tahun ke-15. Logo tersebut memaparkan evolusi jenama secara menyeluruh dan bagaimana ia terus kekal releven kepada masyarakat.

Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, IPC Shopping Centre akan melancarkan sambutan perayaan bertemakan 'A Tale of Great Fortune'. Para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan tarian singa, aktiviti kraftangan kanak-kanak, bengkel seni tradisional Cina, persembahan orkestra dan pemberian hadiah-hadiah menarik.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: IPC Shopping Centre Berwajah Baru, Lebih Ceria Dan Berinspirasi
IPC Shopping Centre Berwajah Baru, Lebih Ceria Dan Berinspirasi
Pelancaran penjenamaan semula IPC Shopping Centre, berwajah baru menawarkan lebih banyak kemudahan dan pengalaman membeli belah lebih ceria dan mesra untuk seisi keluarga serta masyarakat.
https://3.bp.blogspot.com/-t1W0MI0RWgE/WmxaxdGI1hI/AAAAAAAASwk/MLZ_a83uR-8w10zTvcR8yqtGtH1Z7xNKgCLcBGAs/s640/IPC%2BRelaunch%2B-%2B2.png
https://3.bp.blogspot.com/-t1W0MI0RWgE/WmxaxdGI1hI/AAAAAAAASwk/MLZ_a83uR-8w10zTvcR8yqtGtH1Z7xNKgCLcBGAs/s72-c/IPC%2BRelaunch%2B-%2B2.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/ipc-shopping-centre-berwajah-baru.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/ipc-shopping-centre-berwajah-baru.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy