Majlis Tandatangan Green Target Group Dan Best Western Di MesaMall Nilai

Memeterai Perjanjian antara Green Target Group dan Best Western Hotels & Resorts, sempena pembukaan rasmi Mesahill Premier Sales Gallery di MesaMall - Nilai's No1. Lifestyle Mall.

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,

Penduduk Bandar Baru Nilai dan sekitarnya kini semakin beruntung dengan adanya pusat membeli belah 'MesaMall - Nilai's No.1 Lifestyle Mall', ditambah lagi dengan pembangunan strategik baharu yang menyinarkan lagi potensi hartanah di Mesahill, Nilai, Negeri Sembilan.  

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Mesamall, Nilai sempena Majlis Tandatangan Memeterai Perjanjian antara Green Target Group dan Best Western Hotels & Resorts yang diadakan di sini. Turut hadir, Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II selaku tetamu kehormat yang menyaksikan tandatangan antara kedua belah pihak.

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,

Mesahill Premier Sales Gallery di MesaMall Nilai


Majlis Memeterai Perjanjian ini juga diadakan bersempena pembukaan rasmi Mesahill Premier Sales Gallery, seterusnya menyatakan komitmen antara Green Target Group selaku entiti pemaju Mesahill bersama syarikat perhotelan terkemuka antarabangsa Best Western Hotels & Resorts dalam membangunkan Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier di MesaHill, Nilai.

Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier merupakan rangkaian pembangunan bersepadu baharu Mesahill yang akan menjadi nilai tambah kepada kejayaan pembangunan fasa 1 dan 2, yang sebahagian besarnya melibatkan pembinaan dan pembukaan MesaMall - Nilai's No.1 Lifestyle Mall serta menara kediaman Mesahill yang laris terjual pada 2017.

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,

Best Western MesaHotel dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2020 dilengkapi 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar dan dilengkapi Rooftop Sky Lounge dan Sky Walk. Mesahill Premier pula bakal dibina mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks beli belah MesaMall.

Sejurus majlis tandatangan, Dato' Seri Ong Ka Chuan bersama delegasi kehormat menyempurnakan pembukaan Mesahill Premier Sales Gallery dengan acara memotong riben. Kami juga turut berpeluang melawat persekitaran galeri jualan yang menempatkan model dan interior kediaman contoh Mesahill Premier dan juga model hotel yang bakal dibangunkan.

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,
MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,
MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery,

MesaMall - Nilai's No.1 Lifestyle Mall


MesaMall merupakan pusat membeli belah 4 tingkat seluas 350,000 kaki persegi yang menempatkan pelbagai pilihan retail outlet seperti pakaian, aksesori, beauty and wellness, barangan eletronik, perabot, supermarket, convinience store, cafe, restoran dan medan selera. 

Antaranya jenama pilihan ramai terdapat di sini seperti Original Classic, XES, Flipper, MrDIY, Watsons, Jaya Grocer, Subway, Coffee Bean Tea & Leaf dan pelbagai lagi, malah Starbuck turut menyediakan drive through yang pertama di Nilai. Tahun 2018 ini bakal menempatkan MM2 Cineplex dan pusat bowling 32 lanes yang menepati piawaian antarabangsa.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan seperti wi-fi percuma, surau, mesin ATM, money changer, kemudahan menunggu teksi, tandas OKU, baby room, baby stroller dan kerusi roda bagi memudahkan semua lapisan pengunjung membeli belah. 

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery, Khir Khalid,

Sempat juga merasai pengalaman membeli belah di MesaMall sebelum pulang ke KL. 

Terdapat pelbagai outlet menawarkan diskaun harga istimewa. Lantas, sempat saya membeli 2 helai baju kemeja dan 2 helai seluar pilihan hati yang trendy dan smart dengan harga RM150.00 sahaja. Suka dengan fesyen dan kualiti baju di sini, harga pun sangat berpatutan. Pilihan kasut pun banyak yang menarik, tapi... next time... pasti akan berkunjung lagi ke MesaMall nanti. 

Selain tu, memang berbaloi berbelanja di pasaraya Jaya Grocer. Saya berhasrat mendapatkan coklat, biskut dan refreshments untuk isteri dan anak-anak dan dengan RM50.00, cukup untuk saya perolehi pelbagai pilihan jenama yang antaranya sukar diperolehi di kebanyakkan supermarket biasa. Nak beli stok keperluan barangan dapur pun mudah di pasaraya Jaya Grocer MesaMall ini. 

MesaMall, Mesahill Premier Sales Gallery, Khir Khalid,

Persekitaran MesaMall memang selesa, nyaman dan stylish... menghadiri majlis yang membuka minda tentang peluang hartanah terbaik, makan-makan dan shopping santai dalam suasana yang 'relaxing' dan ceria di MesaMall. Pusat membeli belah yang harus dikunjungi seisi keluarga di Nilai.

Justeru, ikuti info lanjut perkembangan terkini aktiviti, promosi dan pelbagai lagi di MesaMall melalui laman web dan media sosial di bawah;

MesaMall - Nilai's No.1 Lifestyle Mall
Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, 
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Facebook: MesaMall Nilai
Instagram: @mesamallnilai


COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Tandatangan Green Target Group Dan Best Western Di MesaMall Nilai
Majlis Tandatangan Green Target Group Dan Best Western Di MesaMall Nilai
Memeterai Perjanjian antara Green Target Group dan Best Western Hotels & Resorts, sempena pembukaan rasmi Mesahill Premier Sales Gallery di MesaMall - Nilai's No1. Lifestyle Mall.
https://1.bp.blogspot.com/-2gQljuxh3Cs/WmGgTrhJbyI/AAAAAAAASrM/nx_fYD9cpdgOZ1PbU0hXZstLAKXpaWfmwCLcBGAs/s640/MesaMall%2BNilai.png
https://1.bp.blogspot.com/-2gQljuxh3Cs/WmGgTrhJbyI/AAAAAAAASrM/nx_fYD9cpdgOZ1PbU0hXZstLAKXpaWfmwCLcBGAs/s72-c/MesaMall%2BNilai.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/majlis-tandatangan-green-target-group.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/majlis-tandatangan-green-target-group.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy