Pelancaran Rasmi Cheras LeisureMall MRT Linkbridge

Grand Launch Cheras LeisureMall MRT Linkbridge, menghubungkan Cheras LeisureMall dan stesen MRT Taman Mutiara untuk kemudahan pengunjung.

Cheras Leisuremall MRT Linkbridge, MRT Taman Mutiara,

Cheras LeisureMall membuka aspirasi 2018 dengan MRT Linkbridge. Menghubungkan pusat membeli belah dengan Stesen MRT Taman Mutiara, ia merupakan inisiatif dalam memberikan kemudahan selesa kepada semua pengunjung.

Pelancaran rasmi Cheras LeisureMall LRT Linkbridge ini telah berlangsung pada hari Jumaat, 26 Januari 2018, menyaksikan ‘elevated pedestarian linkbridge’ pertama dilengkapi sistem penghawa dingin yang menghubungkan stesen MRT dengan pusat membeli belah.

Cheras Leisuremall MRT Linkbridge, MRT Taman Mutiara,

Pelancaran Cheras LeisureMall MRT Linkbridge


Pelancaran Cheras LeisureMall membuatkan saya teringat kenangan manis satu masa dahulu. Sinilah tempat saya selalu berdating dan menonton wayang bersama isteri sebelum berkahwin. Antara kenangan, menonton midnight filem Titanic pertama kali ditayangkan… lama kan.

Cheras LeisureMall bukan calang-calang pusat membeli belah. Ia dibuka pada tahun 1994 dan masih tegap memberikan yang terbaik kepada pengunjung selaras dengan arus kemajuan. Kini ia semakin cantik dan lebih meriah, tambahan lagi dengan pengubahsuaian ruang membeli belah yang lebih berdaya maju dan turut diraikan sempena pelancaran MRT Linkbridge ini.

Cheras Leisuremall MRT Linkbridge, MRT Taman Mutiara,

Pelancaran disempurnakan oleh Mr Chew Hwei Yeow, Ketua Pegawai Operasi (Property division), PPB Group Berhad, bersama Tuan Haji Muhammad Isom Azis, Acting CEO Rapid Rail Sdn Bhd, Mr Leong Shen Li, Pengurus Besar Strategic Communications and Stakeholder Relations MRT Corp.

Turut diserikan dengan undangan istimewa selebriti terkenal supermodel Amber Chia, DJ radio Liang Jin Long, artis dan model Nina Kho dan YouTuber terkenal Akiyo, termasuk stilt walkers dan clowns, interactive game booths, K-pop bazaar serta pelbagai tawaran opening discounts.

Cheras Leisuremall MRT Linkbridge, MRT Taman Mutiara,

Pembangunan Cheras LeisureMall Untuk Kemudahan Pengunjung


Pembangunan semula Cheras LeisureMall bermula pada March 2017, melibatkan pembinaan MRT Linkbridge sepanjang 60 meter, menghubungkan stesen MRT Taman Mutiara terus ke Level 1, Cheras LeisureMall. Ia turut melibatkan renovasi dan penambahan 15,000 kaki persegi Level 1 dan Level 2 LeisurePlex of Cheras Leisuremall.

Ia kini dilengkapi dengan pelbagai outlet popular seperti Family Mart, Mr. Dakgalbi, ChicKing, OneDeLand, Mizudo Hot Pot, Kim-zen Restaurant, ManKwonWhaBap, Natural Health Farm, Like Time dan Hoco. Terdapat juga pilihan terbaru bakal dibuka seperti OldTown White Coffee, Go Noodle House dan Boat Noodle untuk memenuhi citarasa Asian-Theme cuisine pengunjung.

Cheras Leisuremall MRT Linkbridge, MRT Taman Mutiara,

Cheras LeisureMall turut menambahbaik mutu logo termasuk cat bangunan untuk keselesaan dan keceriaan pengunjung, juga bertepatan dengan trending semasa.

Selain itu, Cheras LeisureMall juga bakal melancarkan ‘loyalty programme’ di masa hadapan sebagai sebahagian inisiatif penghargaan (reward) kepada pelanggan setia. Loyalty Card tersebut boleh digunakan dimana-mana pusat membeli belah dan retail outlet dibawah PPB Group Berhad.

Melihat persekitaran pusat membeli belah dan santai makan tengah hari bersama rakan-rakan selepas selesai pelancaran, Cheras LeisureMall sememangnya lokasi yang menarik dan selesa dikunjungi bersama rakan mahu pun keluarga. 

Cheras Leisuremall, MRT Linkbridge Cheras, Blogger Malaysia,

Sempena pelancaran, 200 pelanggan pertama yang berkunjung ke Cheras LeisureMall menaiki MRT berpeluang memperolehi edisi istimewa kad Touch ‘n Go bersama exclusive shopping privileges.

Pelanggan yang meraikan pelancaran juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM10,000 seperti telefon pintar, jam, IT gadget termasuk food voucher oleh OneDeLand, ChicKing, Taipei Taipei dan ManKwonWhaBap. Majlis yang meriah dan menghiburkan.

Cheras LeisureMall dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Layari info terkini promosi dan pelbagai lagi keistimewaan di www.cherasleisuremall.com.my


COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pelancaran Rasmi Cheras LeisureMall MRT Linkbridge
Pelancaran Rasmi Cheras LeisureMall MRT Linkbridge
Grand Launch Cheras LeisureMall MRT Linkbridge, menghubungkan Cheras LeisureMall dan stesen MRT Taman Mutiara untuk kemudahan pengunjung.
https://4.bp.blogspot.com/-k4T5_l2BV8U/Wm616nDvB6I/AAAAAAAASxk/mdY_bL26pDwSGu8iMt6KMmCj_DBaIAeGQCLcBGAs/s640/Cheras%2BLeisureMall%2BMRT%2BLinkbridge.png
https://4.bp.blogspot.com/-k4T5_l2BV8U/Wm616nDvB6I/AAAAAAAASxk/mdY_bL26pDwSGu8iMt6KMmCj_DBaIAeGQCLcBGAs/s72-c/Cheras%2BLeisureMall%2BMRT%2BLinkbridge.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/pelancaran-cheras-leisuremall-mrt-linkbridge.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/pelancaran-cheras-leisuremall-mrt-linkbridge.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy