Startup World Cup Malaysia 2018
Antara input menyuntik motivasi keusahawanan apabila diundang menimba pengetahuan dalam pengisian Startup World Cup Malaysia 2018 yang pertama kali dianjurkan di Malaysia.
 
Ia juga merupakan sebahagian daripada pertandingan sedunia bagi mewakili Malaysia merebut peluang ke Grand Finale di Silicon Valley, Amerika Syarikat dan berpeluang memenangi pelaburan USD 1,000,000 dalam merintis era digital masa kini.
Startup World Cup Malaysia, Sunway iLabs, MDEC,

Startup World Cup Malaysia 2018

 
Bagi anda yang terlibat dalam dunia keusahawanan pasti menyedari bahawa ‘startup’ merupakan elemen yang menjadi perhatian dalam era digital. Startup merupakan bisnes yang baru berkembang atau mempunyai potensi mampan untuk maju selaras dengan kemajuan kini dan masa hadapan.
 
Startup World Cup Malaysia dianjurkan oleh Fenox Venture Capital dengan kerjasama Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) sebagai hub digital Malaysia dan Sunway iLabs bagi membuka peluang kepada startup Malaysia memperkasa potensi di Silicon Valley, Amerika Syarikat.
 
Panel juri Startup World Cup Malaysia 2018 adalah;
  • Sun Sea Capital’s Venture Principal, Chua Seng Teong.
  • Leonie Hill Capital’s Head of Inventment – Technology Media and
    Telecom Sector, Thoo Wee Meng.
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Head of Funding Ecosystem,
    Balasubramaniam A.
  • Jimexu Founder and Director, Hann Liew; Captii Ventures’ Chief
    Executive Officer, SaiKit Ng.
  • Director of Sunway iLabs, Matt van Leeuwen.
  • SEA Regional Manager of Fenox Venture Capital, Retno Dewati.
Startup World Cup Malaysia, Sunway iLabs, MDEC,
Startup World Cup Malaysia, Sunway iLabs, MDEC,

Runcloud.io Mewakili Malaysia Ke Startup World Cup 2018

 
Menyaksikan 10 peserta, telah dimenangi oleh Runcloud.io yang akan mewakili Malaysia menyertai Startup World Cup 2018 di Silicon Valley, Amerika Syarikat.
 
Runcloud.io merupakan startup yang terlibat dalam menggerakkan, konfigurasi, menguruskan dan mengawalselia cloud server melalui proses yang lebih memudahkan agar para developers dapat memberikan lebih penumpuan dalam membangunkan aplikasi daripada menghabiskan masa mengawalselia server.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Runcloud.io, En Arif Tukiman turut menyatakan kesyukuran kepada para penaja dan team members yang menyokong segala usaha sejak ia dilancarkan sehingga dikenali sebagai startup berpotensi di seluruh dunia. Runcloud.io kini mempunyai seramai lebih 6,000 ‘user base’ di lebih 50 negara seluruh dunia.
Startup World Cup Malaysia, Sunway iLabs, MDEC,
Runcloud.io akan memperolehi tiket penerbangan dan menghadiri workshop, networking party, dan acara Grand Finale pada 11 May 2018, dimana startup dari seluruh dunia bakal mengetengahkan idea bagi merebut piala dan pelaburan USD 1,000,000.
 
Para speaker Grand Finale merupakan ‘eminent figures’ dalam komuniti keusahawanan dunia seperti;
  • Netflix Co-Founder, Marc Randolf.
  • Tesla Former CIO, Jay Viyayan.
  • Siri Co-Founder, Adam Cheyer.
  • CISCO Former CEO dan JCO, John Chambers.
  • Khosla Venture Founder, Vinod Khosla
  • SV Angel Founder, Ron Conway.
 
Manakala panel juri pula Grand Finale pula terdiri;
 
  • Pengasas Founder Institute, Geoff Raiston.
  • Plug and Play Managing Partner, Alireza Masrour.
  • Index Ventures Principal, Nina Achadjian.
Startup World Cup Malaysia, Sunway iLabs, MDEC,
 
Saya turut jadikan peluang ini berkongsi pendapat bersama peserta Startup World Cup Malaysia 2018, dalam memahami input terkini sebagai landasan menambahbaik perniagaan sedia ada.Selaras dengan perkembangan teknologi dunia dan trending ‘consumer behaviour’ masa kini, sememangnya platform seperti ini diperlukan bagi memperkasa potensi startup tempatan agar terus berdaya saing, kreativiti dan kemampanan setaraf kemajuan globalisasi.

 

Justeru kepada rakan-rakan usahawan dan pembaca yang berhasrat mengikuti perkembangan aspirasi startup terkini, sama-sama kita layari Startup World Cup di www.startupworldcup.io.
 

3 Thoughts to “Startup World Cup Malaysia 2018”

  1. Semoga mampu bersaing dlm ruang lingkup bisnis yglbh mncabar seiring kecanggihn teknologi terkini..sukses hendaknya.

    1. Mudah2an.. turut bangga kerana membawa nama malaysia ke persada antarabangsa dgn idea kreatif dan inisiatif yang berdaya maju.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.