Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018

Aspirasi dan cabaran amanah mengendali pengisian media sosial dalam hubungan kerjasama keusahawanan, kerjaya dan industri.

Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Mengendalikan media sosial sememangnya memerlukan penelitian platform dan pengisian yang bersesuaian dengan tujuan atau penjenamaan. Ia juga merupakan cabaran yang memotivasikan diri ini bagi tahun 2018 terutamanya yang melibatkan penghasilan 'content' disebalik tabir.

Melalui penelitian berdasarkan pengalaman dalam industri pengiklanan, kelayakan serta penglibatan kerjaya dalam bidang pemasaran setidaknya telah melahirkan penghasilan positif dalam memperkasa sokongan kerjaya melalui 'certified platform'. Blog juga telah membuka peluang dalam kebolehpercayaan kerjaya dan kelestarian perniagaan. 

Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Aspirasi Online Dan Media Sosial 2018


Saya antara yang terlibat mengendali pengisian bersama beberapa agensi digital bertauliah untuk beberapa institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Amanah sosio-pendidikan setelah beberapa tahun berkongsi aspirasi pembangunan sosial yang turut menjadi antara perkongsian awal blog ini.

Atas faktor tersebut, bagi yang mengenali terutama sekitar 2013 melalui media sosial tahu keterlibatan saya sebagai motivator sosial. Ia antara inisiatif berkongsi jurnal pembangunan sosio-masyarakat disamping mengukuh kebolehpercayaan industri.

Namun bagi yang mengenali pada awal kerjaya, yang antaranya subscriber blog ini tahu rentetan perjalanan kerjaya bermula dalam industri pemasaran, keusahawanan sehingga membangun program Positive Unity For Life yang terus digunapakai sebagai sebahagian elemen pembangunan sosio-remaja institusi.

Kini, portfolio pemasaran, potensi serta prestasi kerjaya terdahulu seolah-olah bertemu kembali dalam aspirasi pembangunan 'content' online, blog dan media sosial.

Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Potensi Dan Realiti Media Sosial 


Sebagai usahawan sepenuh masa, suami dan bapa, pengalaman jatuh bangun banyak mengajar memperkukuh keazaman dan keluarga memotivasikan diri agar terus fokus.

Media sosial mengubah trending pasaran yang memerlukan penelitian sebagaimana dalam industri pengiklanan sebelum ini. Malah sebagai blogger, banyak perkara yang dilalui mengajar mengenal realiti. Media sosial adalah saluran informasi kepelbagaian potensi, namun ada positif dan negatif. Tepuk dada tanya hati.

Pengalaman media sosial juga mengajar untuk lebih berhati-hati. Pelbagai ragam yang jika tidak dipilih dan diperhalusi boleh menjejaskan kebolehpercayaan kerjaya, malah mampu menggugat hubungan rakan niaga, rakan industri, pelan kewangan dan perancangan kerjaya. 

Khir Khalid, Ekspresi, Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018,

Pemantapan Kerjaya Melalui Kebolehpercayaan Online


Platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan pelbagai lagi, masing-masing mempunyai kebolehpercayaan pasaran. Itu antara faktor kita boleh lihat, ada antara promosi atau copywriting yang kurang berhasil walaupun sudah bertahun-tahun mempraktikkan. 

Ia bukan asbab teknikal, tetapi nilai kebolehpercayaan pasaran terhadap platform. Ia juga menjadi faktor yang perlu diamati untuk tahun 2018... berkongsi informasi disaluran yang betul. Memahami platform media sosial yang selayaknya untuk pengguna korporat, mass market, target market dan pelbagai lagi.

Belajar dan terus belajar. Terima kasih kepada semua termasuk pihak seperti IBM, General Electric, Google Ignites serta rakan industri seluruhnya atas inspirasi dan ilmu. Tidak ketinggalan juga buat rakan niaga, ahli keluarga dan pembaca atas peluang dan sokongan. 

Khirkhalid.com sentiasa menjadi personal blog berkongsi ekspresi, aspirasi gaya hidup dan review online sebagai sebahagian aspirasi kerjaya, keusahawanan dan industri.

Moga memberi nilai tambah bermanfaat serta dipermudahkan segala usaha... aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Bisnes,40,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,10,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,101,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,85,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018
Pengisian Media Sosial, Kerjasama Rakan Industri Dan Agensi 2018
Aspirasi dan cabaran amanah mengendali pengisian media sosial dalam hubungan kerjasama keusahawanan, kerjaya dan industri.
https://4.bp.blogspot.com/-PU7_WT_x_8M/WnApLhlvC9I/AAAAAAAASzE/u1_S2ZWftFoD4JaPkRQGph67QNiwn5i1wCEwYBhgL/s640/Ekspresi%2B2018.png
https://4.bp.blogspot.com/-PU7_WT_x_8M/WnApLhlvC9I/AAAAAAAASzE/u1_S2ZWftFoD4JaPkRQGph67QNiwn5i1wCEwYBhgL/s72-c/Ekspresi%2B2018.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/pengendalian-media-sosial-rakan-industri-agensi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/pengendalian-media-sosial-rakan-industri-agensi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy