Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

Tokoh tycoon pengiklanan terawal dalam sejarah industri pengiklanan dan pemasaran Malaysia dan antarabangsa.

Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

Tycoon pengiklanan terawal Malaysia dan antarabangsa merupakan catatan pembentangan rujukan kepada institusi pengajian tinggi dalam bidang pemasaran dan pengiklanan.

Tahun 2018 ini, bermula penglibatan saya ditawarkan dalam segmen sosio-pendidikan yang saling terkait dengan pentauliahan akademik serta portfolio kerjaya sebelum ini. Ia menjadi sebahagian input memperkasa rujukan sosio-pendidikan.

Justeru tahun ini juga saya berhasrat untuk terus mengabadikan pelbagai input hasil setiap pembentangan di blog ini sebagai rujukan bermanfaat pembaca.

Tycoon Pengiklanan Terawal Antarabangsa


Hasil pembentangan pertama 2018 berkaitan segmen pemimpin industri dalam sektor pengiklanan komersil merangkumi dalam dan luar negara. Ia hasil pembelajaran, kaji selidik dan rujukan rakan industri serta informasi agensi pemasaran digital di Malaysia.

Beberapa nama yang diketengahkan sememangnya diperakui diperingkat antarabangsa dan di Malaysia sebagai pengasas dan juga legenda dalam bidang periklanan.

David Ogilvy

Nama David Ogilvy sememangnya legeda dunia periklanan. Dilahirkan pada 1911 di West Horseley, England, berpendidikan di Kolej Fettes, Edinburgh dan Christ Church, Oxford. Kerjaya awal beliau merupakan tukang masak aprentis di Paris, berpindah ke Scotland dan seterusnya ke Amerika Syarikat untuk menyandang jawatan Pengarah Bersekutu Institusi Penyelidikan.

Ogilvy mula mengasaskan agensi periklanan pada tahun 1948 yang dikenali sebagai Ogilvy, Benson & Mather. Ia bermula secara sederhana dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah syarikat periklanan ke-3 terbesar di dunia dengan 226 pejabat di 44 buah negara dan menggaji seramai 7600 pekerja untuk 3000 akaun pelanggan komersil.

Idea Ogilvy tentang mengendali agensi, copywriting dan kreativiti menjadi inspirasi industri pengiklanan. Penulisan bukunya yang terkenal ialah Confession of An Advertising Man.

Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa,

John O’Toole

Tokoh pengiklanan antarabangsa yang dilahirkan di Chicago pada tahun 1929 ini mempunyai sejarah perkhidmatan yang lama di sebuah agensi pengiklanan terkemuka, Foote, Cone & Bedding Communication, Inc. Bermula sebagai penulis naskhah (copywriter), beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi pengarah kreatif sebelum menyandang presiden dan CEO agensi tersebut.

Mengetuai 4 anak syarikat sebagai presiden iaitu Foote, Cone & Belding Advertising, Foote, Cone & Belding/Honig, FCB International dan Carl Byoir & Associates. Empat anak syarikat ini mempunyai 33 full service advertising agency, dan 18 pejabat perhubungan awam di 19 negara dengan 3300 pekerja untuk 1000 akaun pelanggan komersil.

Howard G. Sawyer

Howard G Sawyer mula terlibat dalam industri pengiklanan apabila beliau bekerja sebagai copywriter di sebuah agensi pengiklanan di Boston. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah kreatif, pengurus penyelidikan, pembeli media dan ketua perancangan. Pada 1960, beliau bekerja dengan Marstellar Inc, sebagai timbalan presiden perkhidmatan pemasaran, seterusnya dinaikkan kepada Eksekutif Timbalan Presiden.

Hari ini Marstellar Inc. memiliki 1405 pekerja di 14 buah pejabat antarabangsa. Beliau juga terkenal dengan penulisan buku yang bertajuk Business-to-Business Advertising dan turut memegang jawatan penting sebagai Pengerusi Lembaga Business Publications Audit of Circulation, Pengerusi International Advertising and Marketing Committee kepada American Insurance Agency.

Leo Burnett

Mengasaskan agensi pengiklanan di Chicago pada tahun 1935, mempunyai sejarah jatuh bangun yang panjang sehingga berjaya membina reputasi syarikatnya (Leo Burnett) ke peringkat antarabangsa. Pernah dicadangkan rakannya agar lebih baik menceburi perniagaan menjual epal namun tetap berusaha keras membuktikan beliau boleh berjaya dalam industri pengiklanan.

Leo memegang falsafah “when you reach the stars, you may not always get one, but you won’t come up with a handful of mud either”. Pada 1961, Leo mencetus revolusi pengiklanan dengan strategi ‘inherent drama’ yang menjadi tarikan pengiklanan paling menarik seluruh dunia.

Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa,

J. Walter Thompson

Dilahirkan pada tahun 1847 dan dibesarkan di Ohio, pernah berkhidmat dalam tentera laut semasa Perang Saudara Amerika. Beliau mula bekerja di agensi pengiklanan milik William J. Carlton sebagai penyimpan akaun dan pembantu pengiklanan dan melihat potensi majalah sebagai medium paling berkesan menyebarkan maklumat pengiklanan sewaktu ramai tidak menyedarinya ketika itu.

Beliau mengambil langkah mengiklanankan perniagaan pelanggan yang menjual asbestos dalam majalah Godey’s dan Peterson’s. Ia telah berjaya meningkatkan penjualan perniagaan pelanggannya sehingga dikenali sebagai pakar pengiklanan majalah.

Pada 1878, J. Walter Thompson telah membeli perniagaan Carlton dan menukarkan namanya sendiri. Beliau juga berjaya menguruskan 23 buah kontrak dengan 30 majalah terkemuka sehingga diangkat sebagai pemimpin industri pengiklanan pada era 1920an.


Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia


Pengasas dan pencetus industri pengiklanan Malaysia direvolusikan oleh 3 nama terawal dengan sejarah kerjaya tersendiri yang memberi impak trending pengiklanan tempatan sehingga kini. Tokoh-tokoh pengiklanan Malaysia ini sememangnya tidak asing dalam nama keusahawanan di Malaysia.

Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr Lim Kok Wing

Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr Lim Kok Wing menubuhkan Wings Creative Consultant Sdn Bhd pada 1975 dan muncul sebagai agensi pengiklanan tempatan pertama di Malaysia. Pengalaman beliau bermula sebagai Pengarah Seni di McCann Erickson dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Kumpulan Kreatif. Beliau juga pernah bekerja sebagai illustrator dan pereka bentuk di Preston.

Beliau seorang yang berjiwa seni dan pernah mengajar mata pelajaran seni lukis di sekolah swasta. Pernah menjadi wartawan dan memulakan ruangan kartunnya sendiri bernama ‘ABU’, ruangan kartun tempatan pertama di akhbar berbahasa Inggeris.

Tan Sri Lim pernah menjawat Presiden Persatuan Agensi-Agensi Pengiklanan Bertauliah (4A’s) dan bergerak aktif sebagai ahli majlis selepas itu.


Francis Lim

Mengasaskan Francis Lim Design & Art Direction pada tahun 1976 yang kemudiannya bertukar kepada Francis Lim, Zulkifli & Ayer Sdn Bhd pada 1984 setelah bergabung dengan N.W Ayer International dan Zulkifli Mohd Ishak.

Francis Lim memulakan kerjaya dalam bidang pengiklanan sebagai Trainee Visualiser di SH Benson pada 1964 kemudian berpindah ke Grand Kuala Lumpur. Pada 1972, beliau menubuhkan Malaysia Advertising Services dan telah diupah bekerja dengan Leo Burnett sebagai Pengarah Seni dan SSC & Lintas sebagai Pengarah Kreatif sebelum menubuhkan syarikat sendiri.

Sepanjang kerjaya, beliau telah membangunkan pelbagai kempen pengiklanan antaranya bersama ICI, Nestle, Ford, Singer, Castrol, Qantas, Max Factor, Lever Brothers, Mandarin Hotel, RJ Renoylds, Dutch Lady, Mitsubishi Electric dan Bristol-Meyers.

Thong Kwai Heng

Berkelulusan Universiti Malaysa, Thong Kwai Heng pada mulanya bekerja sebagai  Eksekutif Akaun PTM Communication, sebuah agensi perhubungan awam. Beliau kemudiannya berpindah ke McCann Erikson dan berpeluang mengendalikan akaun UMW, Goodyear, Komal, Cycle & Carriage Malaysia, Liver Brothers dan Gillette.

Pada 1980, beliau berpindah ke Wings Creative yang menawarkan jawatan Penulis Naskhah Kanan dan berkhidmat selama 5 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pengarah Kreatif. Beliau amat berbakat dalam copywriting dan dibuktikan melalui penganugerahan antarabangsa yang diperolehi dari 4A’s, ANDY (Kelab Pengiklanan New York) melalui risalah yang ditampilkan.

Tokoh-Tokoh Pengiklanan Sepanjang Zaman


Sekiranya anda terlibat dalam jurusan pemasaran dan pengiklanan, inilah nama-nama tycon pengiklanan terawal tempatan dan global yang patut anda tahu. Merupakan individu-individu pencetus idea kreativiti terawal dalam pemerkasaan agensi pemasaran dan industri pengiklanan sebelum wujud era teknologi digital. 

Sayangnya terdapat gambar diantara tokoh-tokoh tersebut tidak dapat diperolehi sama ada dari rujukan google mahu pun lain-lain. Kesemua gambar tokoh-tokoh yang dipamerkan dalam artikel blog ini adalah bersumberkan image google.

Baca lagi
> Perspektif Keusahawanan Sebagai Kerjaya
> 10 Pakar Hartanah Terbaik Malaysia


Fanpage Superstar,

COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Bisnes,45,Blogging,147,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,119,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,34,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,139,MDEC,3,Motivasi,118,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,46,RWGenting,28,Sosio-Pendidikan,90,Sunway,7,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa
Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa
Tokoh tycoon pengiklanan terawal dalam sejarah industri pengiklanan dan pemasaran Malaysia dan antarabangsa.
https://1.bp.blogspot.com/-gGMpqn-By6c/WlXKadQ1K0I/AAAAAAAAShg/blhoRuP3ILQ8zn-mT43w6Y0Zt8EFpUfWwCLcBGAs/s640/David%2BOgilvy.png
https://1.bp.blogspot.com/-gGMpqn-By6c/WlXKadQ1K0I/AAAAAAAAShg/blhoRuP3ILQ8zn-mT43w6Y0Zt8EFpUfWwCLcBGAs/s72-c/David%2BOgilvy.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/01/tokoh-pengiklanan-malaysia-antarabangsa.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/01/tokoh-pengiklanan-malaysia-antarabangsa.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy