BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert Dan Pelancaran Album #1

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert di Planery Hall, KL Convention Center pada 28 April 2018.

Bunga Citra Lestari, Anuar Zain, Yuka Kharisma,

Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live in Concert bakal menghangatkan Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 April 2018.

Konsert yang menampilkan gabungan artis-artis unggul 2 negara Malaysia dan Indonesia, disatukan di atas pentas yang penuh berprestij atas nama 'BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert'. Ia juga merupakan konsert pertama BCL dan Yuka yang berskala besar di Kuala Lumpur.

Bunga Citra Lestari, Anuar Zain, Yuka Kharisma,

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert


Sidang media telah diadakan pada 31 Januari 2018 di Skybar Traders Hotel Kuala Lumpur yang menyaksikan kehadiran ketiga-tiga penyanyi tersohor ini. Yuka merupakan penganjur konsert ini. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik menyatakan konsert ini mempunyai pengertian tersendiri buat dirinya dan juga buat semua peminat.

Menurut Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertainment Sdn Bhd menyatakan, selain menjadi sebuah platform untuk syarikatnya bergerak sebagai penganjur acara, konsert kali ini menemukan beliau dengan 2 nama yang cukup besar. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama.

Konsert yang akan berlangsung dalam durasi 2 setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari 6 pemuzik, manakala nyanyian Anuar Zain dan Yuka pula akan diiringi 8 orang pemuzik tempatan, 3 penyanyi latar dan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

Bunga Citra Lestari, Anuar Zain, Yuka Kharisma, Live in Concert,

Pelancaran Album Terbaru Yuka Kharisma #1


Sehubungan dengan berlangsungnya sidang media ini, Yuka turut melancarkan album terbarunya bertajuk #1. Album yang mempunyai 8 buah lagu ini merupakan kerjasama Yuka dan Pay, komposer Indonesia bersatu menjadi produser album ini.

"Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album ini dan mempertaruhkan lagu bertajuk Mati Rasa sebagai single pertama. Lagu ini ditulis dan digubah secara keseluruhannya oleh saya" Yuka Kharisma.

BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert, Pelancaran Album #1

Saksikan BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert


Justeru, bagi peminat yang tidak sabar menantikan konsert ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular).

Terdapat 6 cabutan bertuah disediakan buat peminat yang membeli tiket dan kepada yang bertuah akan memenangi iphone 8... bukan 1 tetapi 5 cabutan bertuah dan hadiah utama seorang pembeli tiket bertuah merupakan sebuah skuter!

Anuar Zain, Khir Khalid,

Istimewa buat pembeli tiket intimate, akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert, peluang bergambar bersama artis serta laluan VIP. Manakala pembeli tiket platinum akan menerima jemputan ke pra parti, barangan konsert dan laluan VIP.

Tiket konsert dijual mulai 31 Januari 2018 di www.yuka.com.my atau www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Planeri, KLCC pada 28 April kelak.

Info lanjut di www.yuka.com.my


  

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert Dan Pelancaran Album #1
BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert Dan Pelancaran Album #1
BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert di Planery Hall, KL Convention Center pada 28 April 2018.
https://1.bp.blogspot.com/-8CFR8sno_nI/WnMhI2RPviI/AAAAAAAAS14/NH74EJkQsb0JT9cSXh_5O6FZDxRiU5_BwCLcBGAs/s640/BCL%252C%2BAnuar%2BZain%252C%2BYuka%2BLive%2Bin%2BConcert.png
https://1.bp.blogspot.com/-8CFR8sno_nI/WnMhI2RPviI/AAAAAAAAS14/NH74EJkQsb0JT9cSXh_5O6FZDxRiU5_BwCLcBGAs/s72-c/BCL%252C%2BAnuar%2BZain%252C%2BYuka%2BLive%2Bin%2BConcert.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/bcl-anuar-zain-yuka-kharisma-live-in-concert.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/bcl-anuar-zain-yuka-kharisma-live-in-concert.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy