Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya

Tips pandangan menjadikan blog sebagai platform yang dapat menyokong aspirasi kerjaya berdasarkan pengalaman peribadi.

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Baru-baru ini saya ada berkongsi status di Facebook tentang Blog Sebagai Sokongan Kerjaya. Ia berkaitan potensi blog dalam memperkasa kerjaya atau mencapai aspirasi yang ingin direalisasikan.

Sebelum ini juga saya pernah berkongsi bersama penuntut institusi tentang kebolehpercayaan blog peribadi melalui pengalaman sendiri, pemerhatian dan fakta industri. Namun kali ini saya terpanggil berkongsi lebih lanjut kepada semua sebagai komitmen inspirasi diri dalam berblogging. Mudah-mudahan juga menjadi input bermanfaat buat pembaca, in shaa Allah. 

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Blog Sebagai Sokongan Kerjaya Dan Keusahawanan


Bagi yang mengikuti blog ini dari awal, pasti tahu antara tujuan saya menulis adalah untuk berkongsi penglibatan saya sebagai fasilitator motivasi pembangunan sosial melalui modul program Positive Unity For Life yang diasaskan. Ia boleh dilihat melalui kebanyakkan artikel yang saya tulis terutama sekitar 2012 hingga 2015.

Sebagai usahawan sepenuh masa yang terlibat dalam segmen keusahawanan sosial ketika itu, pengisian blog banyak berkisar tentang pembangunan sosial melalui penglibatan, pandangan isu semasa, tips, panduan dan motivasi juga informasi berkaitan koreksional, sosio-remaja, sosio-pendidikan termasuk program dan acara berkaitan.

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,
Melalui pelbagai artikel jurnal pembangunan sosial yang dikongsikan secara konsisten, ia menarik perhatian aktivis sosial, perunding motivasi sosio-remaja, warga pendidik malah termasuk wakil-wakil jabatan kerajaan, sekolah dan institusi-institusi pengajian di Malaysia. 

Pelbagai undangan sebagai panelis program diterima, dan dari situlah juga saya mula mengenali ramai lagi blogger-blogger berpengalaman dan menambahbaik aspek penulisan online.

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Rezeki tanpa disangka, bermula 2015, saya ditawarkan kontrak menyertai institusi pengajian tinggi swasta sebagai antara fasilitator pembangunan sosio-pendidikan dan tawaran daripada beberapa agensi digital terkait untuk menulis informasi di blog ini dan beberapa website sehingga kini.

Ia secara tidak langsung membantu mengukuhkan platform kerjaya keusahawanan sepenuh masa yang baru melalui aspirasi online dan berblogging. Tahun ini juga merupakan tahun ke-3 penglibatan saya bersama agensi dan institusi sejak 2015. Kini turut diberi kepercayaan sebagai content writer rakan industri untuk beberapa agensi dan institusi... alhamdulillah.
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Membina Blog Dan Kebolehpercayaan Industri


Justeru, sekiranya anda seorang usahawan kecil, practitioner, independent professional, peniaga online atau masih bekerja tetapi berhasrat menjadi usahawan sepenuh masa atau ada impian yang ingin direalisasikan, blog sebenarnya mempunyai potensi dalam menyokong kerjaya dan membina kebolehpercayaan industri.

Apa yang perlu kita lakukan pada asasnya adalah mempunyai blog dengan domain sendiri.

Mungkin bagi sesetengahnya seperti saya, membina website rasmi perniagaan membuatkan kita perlu bersaing dengan pelbagai organisasi yang establish dalam bidang yang sama. Jika ‘establishment’ dan contact masih rendah sememangnya sukar untuk bersaing dalam jangka panjang kerana ia memerlukan inisiatif dan kos yang banyak untuk membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan, pelabur, pasaran dan sebagainya melalui jalan komersil dan konvensional perniagaan.

Personal blog boleh dijadikan pilihan untuk membina network dan kebolehpercayaan pasaran dan industri. Namun ada perkara penting yang perlu disediakan terutamanya ruang profil di blog yang bersesuaian dengan hasrat yang ingin disasarkan.

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,
Seterusnya, kita perlu ada komitmen dalam membahagikan masa menulis konten berkaitan kerjaya sama ada berbentuk penglibatan, jurnal pengalaman, tips, panduan atau informasi secara konsisten dan mempunyai rentetan kesinambungan dari masa ke semasa. Penulisan juga perlu mengikut pola bersesuaian dengan penerimaan pembaca khususnya dikalangan golongan yang disasarkan.

Sediakan juga masa untuk blogwalking di mana-mana portal, website dan blog yang ada kaitan dengan kerjaya. Lontarkan komen-komen membina di artikel mereka secara konsisten. Ini amat membantu dalam membina establishment dan engagement dikalangan target industri.

Selain itu, aturkan jadual penerbitan artikel utama secara berkala sekiranya terdapat artikel lain seperti kekeluargaan mahu pun advertorial, review dengan sebaiknya. Ia juga membantu membina personal touch dan 'trust' jangka panjang melalui imej personal blog tersebut. 

Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya,

Bina Reputasi Diri Melalui Blog Kepada Industri


Buatlah bloglisting sebagai database dan kenal pasti antara blog rakan blogger, blog individu berkaitan kerjaya dan portal atau website organisasi awam dan swasta yang terkait dengan aspirasi kerjaya yang disasarkan. Promote blog secara offline melalui kad bisnes atau print out terutama kepada individu dalam golongan yang sasaran.

In shaa Allah ada rezeki peluang, ada pihak yang berminat menjadi pelanggan, rakan projek, rakan kolaborasi industri atau menawarkan anda sebagai antara associate, perunding dan sebagainya bersama mereka dengan kontrak yang berbaloi. Setidaknya ia menjadi asas membina reputasi kerjaya sepenuh masa dengan 'jump start' yang baik.

Blog sebagai sokongan kerjaya,

Namun ia bukan usaha semalaman, seminggu atau sebulan, tapi bergantung kepada inisiatif dan kebijaksanaan serta rezeki masing-masing. Saya mengambil masa 3 tahun sehingga ditawarkan terlibat bersama agensi dan institusi pada 2015 dan masih menambahbaik sehingga hari ini.

Sabar dengan usaha yang istiqamah. Bila beroleh peluang, tumpukan pada hubung offline (keep and groom the circle) dan teruskan beronline. Jangan hanya tumpu offline dan duduk di zon selesa.

Apa pun, perkongsian ini tidak semestinya terpakai untuk semua dan mungkin ada kekurangannya. Sekadar berkongsi, moga ada manfaatnya buat semua dengan sepenuh kejayaan… aamiin.  

“Don’t fight the giant, befriend them”.

COMMENTS

BLOGGER: 27
Loading...
Name

Bisnes,46,Blogging,148,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,122,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,35,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,141,MDEC,3,Motivasi,122,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,47,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,91,Sunway,8,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya
Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya
Tips pandangan menjadikan blog sebagai platform yang dapat menyokong aspirasi kerjaya berdasarkan pengalaman peribadi.
https://2.bp.blogspot.com/-zhpfCcdmfSU/WoMAY0nDy3I/AAAAAAAAS_k/dS4lRFfjAOkktb6OL34ueSOpMLAIZbvuQCLcBGAs/s640/Blog%2Bsebagai%2Bsokongan%2Bkerjaya.png
https://2.bp.blogspot.com/-zhpfCcdmfSU/WoMAY0nDy3I/AAAAAAAAS_k/dS4lRFfjAOkktb6OL34ueSOpMLAIZbvuQCLcBGAs/s72-c/Blog%2Bsebagai%2Bsokongan%2Bkerjaya.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/blog-sebagai-sokongan-kerjaya.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/blog-sebagai-sokongan-kerjaya.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy