Ekspresi Blogging Aspirasi Dulu Dan Kini

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Tahun 2013 merupakan 'starting point' dimana saya mula bertemu dan mengenali ramai blogger-blogger tanah air yang jauh lebih berpengalaman secara offline. Sejak itu, lebih ramai lagi blogger saya kenali dan menjalin ukhwah di pelbagai rangkaian media sosial.

Sejak mula menulis pada 2009 sebagai columnist copywriter Primaiklan.biz dan memulakan blog peribadi bernama KhirWords pada 2011, banyak perkara berkaitan online yang dipelajari melalui pengalaman mahu pun pembelajaran. Sedar tak sedar, terlihat perbezaan dahulu dan kini yang menjadi sebahagian ekspresi perkongsian untuk pengetahuan bersama.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Keistimewaan Blog Sebagai Penyampaian Ilmu


Bermula 2012 adalah tahun sebenar berblog atas dasar peribadi. Saya menukar nama blog kepada KhirKarya dan seterusnya KhirKhalid.com, ‘nickname’ sebenar yang sesuai dengan aspirasi kerjaya sebagai motivator sosial awal tahun 2013.

Bagi sesiapa yang mengikuti seawal 2011 confirm tahu. Terima kasih buat kalian atas silaturrahim yang berterusan hingga hari ini.

Pertemuan terawal dengan blogger yang tidak asing dalam dunia online, Hisyamudin Fadzil dan Nur Misnan dalam satu mesyuarat undangan Jabatan Penjara Malaysia pada 2013. Menjadi panelis pada Januari 2014 untuk program Penjara Sejahtera yang seterusnya membawa kepada pertemuan dengan Ben Ashaari.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Sejak itu, membawa kepada pertemuan ramai lagi blogger-blogger berpengalaman luas seperti Hasrul Hassan Sifu Blogspot Malaysia, Tuan Haji Amir Hassan, Pengasas Denaihati, Penganjur Sepetang Bersama Blogger juga Sifu Bisnes Online dan juga rakan istimewa Bro Framestone bersama isteri yang ketika itu baru saya tahu merupakan jiran setaman.

Tidak ketinggalan nama-nama Aku Penghibur, Akma Omar, Hadihaizil, Hazman Fadzil, Kamil Salleh, Nadia Johari, Halim Brothers, Sohoque, Melastik Bintang, Eshamz Halim dan isteri, dan ramai lagi yang masing-masing mempunyai personaliti serta pengaruh penulisan tersendiri.

Mereka semua adalah blogger terawal yang saya kagumi dan hormati sampai bila-bila. Sejak itu, semakin ramai lagi rakan blogger dan penggiat online yang ditemui sehingga ke hari ini.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,
Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,
Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Bermula titik pertemuan tersebut secara tidak langsung juga telah membuka ruang dan peluang kepada diri ini untuk menjadikan blog sebagai platform yang menyokong pelbagai aspirasi. Berkongsi pengalaman, pandangan dan informasi yang membina untuk pembangunan sosio-masyarakat.

Apa yang saya pelajari, kebanyakkan mereka merupakan blogger yang mempunyai kisah perjalanan sendiri. Setiap perkara yang dikongsikan sama ada berbentuk ‘internal content’ iaitu penulisan sendiri berkaitan kekeluargaan, kerjaya, tips, panduan, travel dan setaraf dengannya, atau ‘external content’ seperti event, advertorial dan review, ada gaya penyampaian tersendiri.

Perkongsian 'internal content' dari masa ke semasa mencerminkan siapa mereka dan keistimewaan identiti antara satu dengan yang lain. Biarpun adakala sesuatu pendapat itu bercanggah, ia ada fakta dan berdasarkan pengalaman peribadi yang original dan ada nilai pengaruh tersendiri. Itulah antara keistimewaan blogger berbanding platform media yang lain.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,
Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Sentuhan Ilmu Tersendiri Blogger Kini Semakin Pudar


Namun setelah meneliti kembali perjalanan berblogging, saya dapati terdapat perubahan nyata dalam pengisian penulisan blog masa kini berbanding sebelumnya terutama dalam aspek identiti. Walaupun saya masih belum boleh dianggap sudah lama dalam industri berblogging ini, saya terpanggil berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman yang dilalui.

Kebanyakkan blogger ‘personal blog’ kini lebih teruja membuat liputan acara dan iklan semata-mata. Saya juga tidak terkecuali, hampir 2 tahun lena terikut-ikut sehinggalah tersedar 'internal content' semakin hilang dan kurang 'mencengkam'.

Terima kasih kepada rakan blogger yang jauh dan dekat, juga rakan industri online atas ukhwah dan nasihat. Kata-kata expert kita kena ikut, lebih-lebih lagi bila ia penting untuk jangka panjang kerjaya. Penghargaan juga buat subscribers yang setia.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Pengisian Blog Tidak Mempamerkan Personaliti Blogger


Sememangnya banyak pengisian saya bermula sekitar 2015 sehingga 2017 hanya 'external content'. Ada antaranya tersasar dari niche dan personaliti blog yang telah dibangunkan sebelumnya. Blog saling tidak kurang seperti reporter, jurnalis atau media online yang membuat liputan stories cuma penulisan sahaja sekadar berbentuk storytelling.

Blog hilang sentuhan peribadi yang sebenarnya penting dalam menyokong pembangunan diri dan industri, malah mampu menaikkan nilai blog ke takat yang lebih memuaskan. Bila tiada internal content, blog seolah-olah meraih populariti tetapi tiada kekuatan dalam niche ‘circle of influence’ tersendiri.

Sebenarnya tiada bersalahan menghadiri undangan atau acara selagi ia berbaloi dan 'win-win'. Tetapi sebaiknya diseimbangkan dengan penulisan sendiri yang membantu membina personaliti diri. Malah mengikut pengalaman industri juga, ‘internal content’ yang konsisten membantu menaikkan imej dan penawaran nilai harga penulisan lebih tinggi berbanding ‘external content’.

Blogger Malaysia, Ekspresi Blogging Aspirasi Dahulu Dan Kini,

Menambahbaik Pengisian Selaras Tuntutan Industri


Inilah antara sebab kenapa ramai dikalangan blogger berpengalaman lebih menumpukan internal content yang original untuk circle pembaca setia yang mengikuti penulisan mereka. Kerana itu juga mereka mampu mendapat tawaran secara rasmi dengan kadar harga yang tinggi disebabkan personaliti dan penulisan kepada pembaca.

Rugilah ada blog sendiri, tapi tiada entri sendiri. Trending ‘personal blog’ yang terlalu banyak berkongsi ‘external content’ tanpa diseimbangi paksi ‘internal content’ bukan sahaja merugikan diri blogger bagi jangka panjang tetapi menjatuhkan nilai industri terhadap diri sendiri.

Blog sebagai platform kerjaya. Ia juga menjadi faktor terpanggil berkongsi pendapat sebagai peringatan diri. Mungkin juga ada yang sudi memberi pendapat membina untuk difikirkan bersama.

Tahun 2018 adalah tahun meneruskan aspirasi terdahulu dan kini, in shaa Allah. 

Artikel Terkait;

35 comments:

  1. wow.. kalau dari 2012 kira dah lama tu, tuan. Sekarang masa saya taip komen ni dah Februari 2016.

    ReplyDelete
  2. Batul tuh..Setuju... Blog kini lebih kepada acara dan dah kurang aspirasi personal blogging. Entah ini dijadikan sebagai trend atau pun tidak. Sama-samalah kita mengubah kembali industri blogging ke arah yang lebih happy dalam dunia blogging ketika membacanya

    ReplyDelete
  3. Betul Tn KK...hakikatnya bukan mudah nak kekalkan niche yang dipilih ditambah dengan ketandusan idea..Allahu.PC sendiri kadang rasa sangat mencabar..insyaAllah perlahan-lahan..sikit2 cari akar dari mana menyusurnya..

    ReplyDelete
  4. hehe..setuju dgn artikel ini. Ramai blogger yang makin terlebih syok dok dengan event-event yang dianjurkan dan makin kurang update blog mengikut niche mereka tersendiri. Kadang2 dah macam baca laman iklan berbayar lak hehe

    ReplyDelete
  5. Lamanya Bro KK blogging...banyak dah tu pengalaman..sentuh tentang niche..kalau dari awal ada specific Niche memang adakala buntu nak update ikut niche..contoh SA pilih Niche Lifestyle..memang susah nak pelbagaikan input yang berkaitan dengan lifestyle..but slowly cuba balik ikut niche sebab ianya sangat mencabar..

    ReplyDelete
  6. Setuju. Akak pun masih belajar dan belajar. Terlalu banyak perkara dan ilmu baru yang perlu dipelajari untuk menambaik blog. Kadang kala masa yang terhad mempengaruhi kami blogger wanita.

    ReplyDelete
  7. wow tahniah, saya started berblogging since 2011, tak pernah g event time tu banyak menulis cerita mengenai pregnancy, sampai hari tu I started review makeup stuff yang I beli sejak dari tu banyak invitation hehehe apa pun memang seronok blogging job ni dapat jumpa pelbagai rakan rakan hehehehehehhehe... thanks for sharing your journey with us

    ReplyDelete
  8. heeee...thanks bro KK.Insyallah,lepasni ina akan tetap dengan niche beauty.

    ReplyDelete
  9. wahh.. tahniah.. pendapat yang sanagat menarik.. harapnya dapat membantu blogger blogger baru sekarang ini. =)

    ReplyDelete
  10. Semoga hubungan kita berkekalan hingga ke jannah. semoga terus berjaya.

    ReplyDelete
  11. Well said sir.. nowadays many people just starts to write not because of any of their interest anymore and slowly the blog written is more on copy paste. Niche is very important and we can't have everything to be inside.

    Way scare me the most, some people just write because wanna submit work but their actual is to get anything and everything free.... This will even make the industry drop

    To write a good blog is not only about writing but also with inspirations... How to write a good article without it

    Racheal

    ReplyDelete
  12. betul tu. pada saya, identiti tercermin melalui penulisan dan niche yang difokuskan. sebenarnya sifat blogging tu sendiri ialah catatan perkongsian yang seharusnya original. kalau benar menghargai pembaca, harusnya lebih gigih mencipta kandungan lebih berkualiti dengan tulisan sendiri, memfokuskan intipati dan telus dalam penyampaian. apapun, perkongsian yang cukup bagus ni! mohon terus tunjuk ajar! :D

    ReplyDelete
  13. Seronok pulak baca. Emi mula blogging 2010, tapi mula serious pergi event dan segala bagai ni 2013 kalau tak silap.

    ReplyDelete
  14. Lama Bro berblogging.Berjumpa rakan rakan blogger yg lain pun boleh banyak belajar sesama sendiri. Saya pergi event ni kurang sikit. Sangat selective sebab tak berapa pandai bergaul dengan orang. Personality problem. Tapi kalau orang dah sapa saya ok je. So blog saya 2018 more toawards personal experience balik macam dulu. Boring kot baca blog sendiri asyik asyik pesanan penaja je.

    ReplyDelete
  15. Seronoknya dapat berkumpul dengan orang yang sama minat.. syok nya event.

    ReplyDelete
  16. moga terus sukses dlm blogging dgn terbitan n3 bermnfaat kpd semua

    ReplyDelete
  17. Moga terus berjaya dalam berblogging
    Jadi bersemangat nak berblogging dan ada identiti tersendiri bila baca entri ni...
    Thanks bro KK

    ReplyDelete
  18. seronoknya dapat berjumpa dengan ramai blogger hebat. insyaAllah, saya akan sentiasa memperbaiki kualiti penulisan

    ReplyDelete
  19. Blogger yang dah lama blogging, makin lama makin matang. So sewajarnye content lebih bagus. Saya sendiri pun masih mencari kelebihan diri sendiri dan blog untuk lebih maju

    ReplyDelete
  20. betul tu,walaupun dah berblog lama,tapi saya masih mencari ilmu dalam penulisan.walaupun kadang kala kita kata,blog kita santai² je,tapi dalam masa yang sama,dapat memberikan ilmu kepada readers kan

    ReplyDelete
  21. Penulisan yg sangat baik. Sebenarnya saya sendiri merindui gaya penulisan sy yang dulu lebih santai bersahaja. Org kritik kita membaca dgn membina. Missing eriqazz dlm dunia blogging

    ReplyDelete
  22. Tiba-tiba rasa sayu sedih bila baca entri abg, Ty tak nafi memang semakin ramai blogger yang ada sekarang dan hubungan tu dah tidak seperti dahulu walaupun Ty hanya lah blogger part time dan tidak dikenali tapi ukhuwah antara blogger dulu dan sekrang sangat berbeza selain berpuak dan tidak support each other lagi. Lebih kepada caras mencaras memikirkan tekak sendiri. Well , time change and people change.

    ReplyDelete
  23. EH, patut la tertiba rasa tersedak... ada orang petik nama kita

    ReplyDelete
  24. Banyak lagi kena berguru dengan Tuan KK ni...sis pun masih tercari cari arah diri sendiri skrg ni..skjp terpesong dr landasan, skjp tersedarm lps tu terpesong balik...adehhhh pening gini pak..jom ajarin..:D

    ReplyDelete
  25. lama jg tu berblog nya tu.... chaiyok2!

    ReplyDelete
  26. hehehe
    dulu2 memang best
    sekarang jer lah ramai suka menulis yang ke arah ada nilai 'komersial' sikit

    ReplyDelete
  27. Mentor hebat dlm blogging nih! Sgt byk pengalaman. Alhamdulillah tahniah tuan :)

    ReplyDelete
  28. bila abang khir khalod serius.. huhu.. tu lah neeza rasa pengisian blog neeza sejak 1-2 tahun ni banyak kepada external content.. nak cerita pasal diri sendiri macam tak menarik je, so neeza cuba usahakan external contet tu olah sebaik mungkin kepada personal..

    ReplyDelete
  29. Setuju dengan semua poin Abang Khir. Apa yang Asyraf nampak blogger sekarang banyak menulis external content. Bila menulis pasal diri sendiri terlalu pendek dan takde poin yang boleh kita ambil manfaat.

    Asyraf pun masih belajar cara menulis content yang evergreen, InsyaAllah semoga ia bermanfaat untuk semua.

    ReplyDelete
  30. Semoga terus berkarya abam KK. InsyaAllah nama semakin dikenali dikalangan blogger Malaysia

    ReplyDelete
  31. satu penulisan yang mendalam.. teringat dulu saya cop bro KK ni abam penjara.. hahaha..
    dari situ hingga kini tertera beza perubahan yang mendadak pada blog bro KK, 1 perubahan yang positif dalam masa yang sama masih dapat mengekalkan ciri dan identiti penulisan bro.

    semoga terus sukses saya doakan.

    saya masih lagi seperti dahulu. blog sekadar minat mengisi masa luang, tak lebih dari tu. sbb tu macam kurang dari segi penambah baikan sebab macam dah selesa pada tahap sekarang.

    ReplyDelete
  32. Perkongsian yg menarik..
    Setuju..blogger kena ada juga personal touch psal diri sdri...dari terlalu busy advertorial review

    ReplyDelete
  33. penulisan yang "kaw-kaw"

    memang wajar dan selayaknya tuan Khir berkata begitu..

    kejayaan tuan sudah nampak dan saya amat berbangga sebagai rakan blogger dunia maya..

    sekali lagi tahniah dan moga diberi ilham untuk istiqamah menulis dengan begitu hebat sekali

    ReplyDelete
  34. Perkongsian info yang sangat bagus untuk dibaca oleh blogger baru seperti GV. Huhu. GV doakan semoga Mr Khir Khalid sentiasa sukses dalam apa jua dilakukan oleh Mr Khir. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.