Filem Adiwira Badang Kisah Superhero Malaysia

Filem Adiwira BADANG arahan Dato' Prof. Dr A Razak Hj Mohaideen dan terbitan FiTA Studious Sdn Bhd dan UiTM Holdings, ditayangkan di pawagam mulai 15 Februari 2018.

Filem Adiwira Badang, FiTA,

Kita selalu disajikan dengan watak-watak 'superheros' luar negara sehingga ramai yang hampir terlupa bahawa negara kita juga mempunyai nama lagenda yang patut diangkat sebagai adiwira.

Atas aspirasi tersebut, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) telah menerbitkan Filem Adiwira Badang, arahan pengarah filem unggul negara, Dato' Prof. Dr. A Razak Hj Mohaideen. Membariskan pelakon seperti Dato' Sri Aliff Syukri, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor, Fareez Fauzi, Norman Hakim, Zalfin Zin, Datin Nur Shahida M. Rashid, Azmir Aziz, Douglas Lim, Nadia Brian, Esma Daniel, Julia Ziegler dan ramai lagi pelakon hebat tanah air.

Filem terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan UiTM Holdings ini bakal menggegar pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Februari 2018.

Sidang media Filem Adiwira Badang, mmCineplex eCurve,

Sinopsis Filem Adiwira Badang


Filem Adiwira Badang merupakan filem bergenre komedi yang diadaptasi daripada nama legenda 'Badang', namun diberikan suntikan pembaharuan dengan jalan penceritaan tersendiri. 

Mengisahkan seorang pemuda bernama Badrul (lakonan Dato’ Sri Aliff Syukri) atau dikenali sebagai Bad yang kehilangan ibunya Mak Siah (Aminah Rhapor) kerana terbunuh dalam satu kekecohan yang berlaku selepas gagal menyediakan wang perlindungan kepada Geng Taiko.

Sebelum kematian, Mak Siah sempat menceritakan tentang kelahiran Bad, seorang anak istimewa yang lahir dari buluh sebagai hadiah untuk Mak Siah dan suaminya yang tidak mempunyai zuriat. Mak Siah juga sempat memberitahu Bad bahawa beliau akan memiliki kuasa luar biasa yang akan membezakan dirinya dengan manusia biasa menjelang usia mencecah 25 tahun.

Sidang media Filem Adiwira Badang,

Selepas menyambut hari kelahiran ke-25 tahun, Bad mula menyedari kuasa-kuasa luar biasa yang telah timbul apabila dia memegang pohon buluh. Dirinya mula ghaib dan bertukar menjadi halimunan. Sejak itu, kawannya Sarip (Azhari Zain) telah membantu dan melatih dirinya mendapatkan kuasa luar biasa sehingga mempunyai kekuatan dan kelajuan yang maksimum.

Badang mula muncul sebagai seorang adiwira yang dikenali seluruh rakyat Malaysia kerana telah banyak berjasa membantu masyarakat dan membentras jenayah.

Fokus utama Badang adalah membalas dendam terhadap Geng Taiko yang diketuai Abang Tai (Fauzi Nawawi) yang telah menyebabkan kematian ibunya. Tetapi dalam pada itu, beliau jatuh cinta kepada Tisha (Fasha Sandha) yang merupakan adik tiri Abang Tai. Badang mula merasa dilema apabila terpaksa memilih antara dendam dan cinta.

Dato Sri Aliff Syukri, Filem Adiwira Badang, Khir Khalid,

Memartabatkan Nama Badang Sebagai Ikon Adiwira Negara


Filem ini merupakan kerjasama FiTA Studio Sdn Bhd bersama 45 pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi FiTA, Kampus Puncak Perdana. Dato’ Prof Dr. A. Razak Mohaideen memberi peluang kepada 45 pelajar untuk sama-sama terlibat dalam pembikinan filem ini sebagai pendedahan kepada mereka tentang kerja-kerja produksi sebenar.

Ini merupakan filem ke-4 terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dan kali ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk sama-sama menyertai menjayakan filem ini dari pelbagai aspek. Kesan khas hampir 30 minit bagi filem ini pula telah dihasilkan oleh Yusri KRU.

Pengarah Filem Adiwira Badang yang juga merupakan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Dato’ Prof. Dr. A. Razak Hj Mohaideen berkata, beliau memilih untuk mengangkat adiwira sebagai tunjang filem terbarunya kerana sudah lama berhasrat berbuat demikian.

Fauzi Nawawi, Filem Adiwira Badang, Khir Khalid,
Yusri KRU, Esma Daniel, Khir Khalid, Filem Adiwira Badang,

Filem Adiwira Badang, Filem Tempatan Wajib Tonton 2018


Plot penceritaan dan watak-watak yang dilakonkan oleh semua pelakon memang hidup. Dato’ Sri Aliff Syukri juga berjaya menjiwai watak Badrul, juga Badang dan melakonkannya dengan sangat baik, walaupun Filem Adiwira Badang ini merupakan filem lakonan pertama beliau.

Lakonan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi yang tidak perlu diperkenalkan lagi, serta penglibatan ramai pelakon berpengalaman tanah air menjadikan Filem Adiwira Badang ini berjaya menyampaikan persembahan yang mantap dan amat menghiburkan. Filem ini juga secara tidak langsung mengangkat nama ‘Badang’ sebagai nama ikon legenda ‘superhero’ Malaysia.

Filem ini mengubah persepsi saya yang pada awal menyangka ia sebuah kisah klasik Badang yang diperbaharui. Namun ia sebenarnya mempunyai jalan penceritaan tersendiri berbentuk komedi santai dengan pelbagai gelagat lucu, percintaan, sedih, suspen serta tersirat mesej kesedaran. Amat terhibur menonton dari awal sehingga ke pengakhiran cerita.     

Filem Adiwira Badang, Khir Khalid,

Sekalung tahniah atas penghasilan filem yang kreatif dan menghiburkan, juga penghargaan terima kasih atas undangan ke sesi sidang media dan menonton preview screening bersama barisan pelakon serta semua yang terlibat dalam menjayakan Filem Adiwira Badang.

Justeru, bersama-sama kita sokong filem tempatan. Saksikan Filem Adiwira Badang di pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Februari 2018… save the date!

Ikuti info lanjut Filem Adiwira Badang di laman media sosial di bawah;

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Bisnes,40,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,10,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,101,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,85,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Filem Adiwira Badang Kisah Superhero Malaysia
Filem Adiwira Badang Kisah Superhero Malaysia
Filem Adiwira BADANG arahan Dato' Prof. Dr A Razak Hj Mohaideen dan terbitan FiTA Studious Sdn Bhd dan UiTM Holdings, ditayangkan di pawagam mulai 15 Februari 2018.
https://3.bp.blogspot.com/-IwoFa_ceXh0/Wnm0RR8ToMI/AAAAAAAAS4I/9OTOaQfGqC0KquQXqAzRK38Whfn-YFltgCLcBGAs/s640/Filem%2BAdiwira%2BBadang.png
https://3.bp.blogspot.com/-IwoFa_ceXh0/Wnm0RR8ToMI/AAAAAAAAS4I/9OTOaQfGqC0KquQXqAzRK38Whfn-YFltgCLcBGAs/s72-c/Filem%2BAdiwira%2BBadang.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/filem-adiwira-badang-superhero-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/filem-adiwira-badang-superhero-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy